TIGA CARA MINORITI MENGUASAI MAJORITI DIMALAYSIA

 melayurayadaily -Dato’ Azizan Yaakob

Teori politik bahawa majoriti menguasai minoriti tidak selalu benar. Bilangan ramai berkuasa ketas bilangan kecil hanyalah satu teori demokrasi yang selalu teruji kebenaranya.Namun demikian, minoriti menguasai majoriti kerap berlaku dinegara-negara sedang membangun atau satu ketika dahulu dipanggil dunia ketiga. Politik Negara-negara sedang membangun selepas perang dunia kedua beratus-ratus buah Negara bangkit sebagai negara merdeka membentuk kerajaan yang berasaskan demokrasai. Sistem satu parti juga mendakwa bahawa pemerintahan mereka atas asas demokrasi. Tentera yang merampas kuasa juga mendakwa bahawa mereka adalah kerajaan demokrasi. Jiran terdekat kita Nyamar ( Burma) juga mendakwa mereka demokrasi. Soal pandangan luar adalah soal kedua. Yang penting bagi mereka demokrasi cara mereka negara lain wajar tidak campurtangan.

Dalam sistem politik Malaysia, majoriti masyarakat bukan melayu dinegara ini benar-benar telah berubah cara pemikiran politiknya. Trend pemikiran ini terus bergolek kehadapan dan agak mustahil untuk memutar kebelakang. Batu pijak pemikiran mereka adalah PRU 12. Beberapa PRK dan yang terakhir diHulu Selangor dan di Sibu strategi minoriti menguasai majoriti di aplikasikan dan hasilnya agak bercahaya bulan penuh.

Apakah strategi itu?. Tiga cara bagaimana minoriti boleh menguasai majoriti dalam sistem politik diMalaysia di medan geopolitik dan landskap politik tanah air sekarang. Berdasarkan pemerhatian , tiga jalur utama hendaklah diramu sebaik mungkin:

Pertama,

Dalam tulisan saya yang baru lalu secara pintas dinyatakan bahawa konsep ketuanan melayu hendaklah dilecek seleper-leper mungkin. Sehingga psikologi orang melayu sendiri komfliks jiwa. Sebilangan besar bertanya kepada diri sendiri betulkah aku ini pendatang?. Raja-raja melayu disanggah, hak-hak keistimewaan disoal bertubi-tubi sehingga beralah, Pegawai awam yang tidak bijak, rasuah, pemimpin melayu ekstrim, racist, polis dan tentera melayu ganas, pembunuh, Hakim-hakim melayu zalim, berat sebelah, undang-undang negara zalim, ISA hanya untuk menzalimi kaum lain dan sebagainya. Semua ini dilontarkan dalam semua struktur perdana gerakan samada media, pidato, propaganda dan bahasa badan. Dalam komunikasi samada verbal, non verbal serta graphic.

Kedua,

Memperkecilkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dengan membebaskan agama-agama lain juga berkembang. Soal agama adalah mempunyai darjah sensitiviti yang sangat tinggi jika disentuh. Namun demikian mereka mencari jalan agar sensitiviti dapat diroboh dengan segala kemungkinan. termasuk membawa kemahkamah. Mereka sengaja memperjudikan perkataan ‘Allah’ sebagai jalan memporak perandakan umat Islam serta penghakisan aqidah serta membentuk suasana kekeliruan jenerasi baru. Nabi Muhamad dipersendakan dengan seorang Hindu bermimpi menemui Nabi Muhamad saw (S.Balakrisnan kelab ketua kelab penyokong PAS Pahang). Akhirnya diSibu mereka mengatakan didalam gereja bahawa UMNO/BN jika terus berkuasa menyekat perkembangan agama lain dinegara ini. Islam walaupun agak sukar diterobosi tetapi mereka tetap mencari jalan agar ianya menjadi alat untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah.

Ketiga.

Memperalatkan melayu yang ketagih kuasa sebagai ‘tool’ penting yang sangat berkesan dalam jangka pendek dan panjang. Bagaimana ia digunakan?. Pertama, mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu sendiri sehingga psikologi melayu kian meruntuh membentuk libralisma, malu mengaku bangsa. Kedua, menjadi alat untuk melutu raja-raja melayu agar rakyat tidak menghormati raja-raja. Ketiga menebarkan pendapat bahawa bangsa melayu adalah pendatang. Ini di aminkan oleh melayu alat itu sehingga ada sebahagian melayu sudah tercabut dari akar tunjang bangsanya. Keempat mengumpan ganjaran lumayan “ kuasa boneka” jika Berjaya menjejaki putrajaya nanti.

Pilihan raya di Hulu Selangor secara konsensus pakatan rakyat menerjah isu-isu perkauman walaupun dalam berbagai bentuk pembohongan. Soal-soal agama diserahkan kepada parti islam meredah masjid-masjid untuk dijadikan markas politik. Tetapi diSibu lain pula temponya bukan sahaja komponen pakatan kaum cina malah melayu sendiri berpidato lewat gereja-gereja mengesahkan tidak ada kebebasan agama jika pemerintah sekarang terus berkuasa.

Habis apa penyelesaiannya, sementara kuasa masih ada?. Apakah cara menghalang gerakan tiga jalur itu?. Adakah cara tradisi memberi pembangunan, mengukuh, meningkat pertumbuhan ekonomi, pemerataan agihan kekayaan, biasiswa, kuota university, dan langkah baru libralisasi, menjawab persoalan tersebut?. Trend pemikiran yang bergolek kehadapan sekarang seperti tidak menjawab persoalan yang ada.

Matlamat Dasar Awam adalah bagi mencapai equity, efficiency, security, dan liberty (kesaksamaan, kecekapan, keselamatan dan kebebasan). Stone (1998), “kesaksamaan merupakan merupakan satu matlamat yang hendak dicapai dalam usaha menyelesaikan konflik yang wujud dari pengagihan barangan dan perkhidmatan disebabkan oleh rasa tidak puas hati pihak yang terlibat dalam pengagihan tersebut”. Walaupun pemerintah membuat kesaksamaan tetapi masih tidak berpuas hati juga. Kesaksamaan yang mereka kehendaki bukan sewperti apa yang kerajaan berikan tetapi adalah “kuasa” dimenara putrajaya.

Cara sekarang yang ada tidak kena. Selalu tidak menjawab persoalan. Mengulangi balik apa yang tidak releven dengan kehendak. Cara lain wajar difikirkan. PM Najib pernah mengatakan dalam ucapan dasar pertama menjadi Presiden UMNO “ gila banyak jenis gila” tetapi jika kita terus memberi ubat lain sedangkan penyakitnya lain bermakna kita gila. Jika waras, kita berfikir cara lain untuk menghalang bentuk yang sudah kita nampak jelas sebagai satu ancaman.

Sekali lagi saya membina premis untuk menutup bahawa Nicocolo Machiavelli mempersembahkan kepada Penguasa “apakah lebih baik dicintai atau ditakuti, atau sebaliknya. Jawapannya ialah bahawa orang ternyata menginginkan kedua-duanya, baik dicintai mahupun ditakuti. Tetapi kerana sulit untuk mempertemukannya, jauh lebih baik ditakuti daripada dicintai jika tidak memperolehi kedua-duanya”. Seterus katanya lagi “ pada umumnya orang beranggapan: manusia itu tidak tahu berterima kasih, mudah berubah (plin-plan) penipu dan pembohong takut menghadapi bahaya dan rakus mencari keuntungan”.

5 comments:

Ahmad said...

Yang No. 2 tolong perbetulkan..

Islam bukan "agama rasmi" negara .... tetapi "agama persekutuan". Rasmi dengan persekutuan jauh bezanya.

Rujuk Perlembagaan Persekutuan.

Anonymous said...

Yang No. 2 tolong perbetulkan..

Islam bukan "agama rasmi" negara .... tetapi "agama persekutuan". Rasmi dengan persekutuan jauh bezanya.

Rujuk Perlembagaan Persekutuan.

melayurayadaily said...

Sdr.Anon,

maaf saya overlook, memang betul dalam perlembagaan Islam agama Persekutuan. Terima kasih atas ingatan sdr.

Noor Azmi Syah said...

Yang penting sekarang, bagaimanakah kita ingin memperbetulkan keadaan yang tunggang langgang dalam negara? Adakah dengan mengembalikan kegemilangan bangsa dengan cara tok nenek moyang kita dulu.. - DARURAT? Anak bangsa kita kini semakin kabur dengan arah perjuangan bangsa sendiri..

Mohd Faudzi said...

begitu puitis dan seperti biasa kena berhati hati.. selamat berjuang