Pengkhianatan, kebatilan, pembohongan, pertuduhan serta fitnah jika diolah dengan sempurna akan menjadi benar. Sampai hari ini kita masih tertanya-tanya, apakah dosa Saddam Hussein hingga dihukum mati serta Iraq menjadi padang jarak padang terkukur?. Begitulah hebatnya propaganda CNN, menyusun atur gambaran kepada dunia bagi menghalalkan cara untuk membelasah negara-negara islam. Inilah yang merisau Presiden Najib bila banyak isu yang dilemparkan oleh musuh UMNO bertunggak tidak terjawab dan UMNO relax dan tidak menyerang balas.
Lontaran pertama sesuatu isu mungkin rakyat tidak percaya. Kedua tidak percaya, ketiga was-was atau 50-50, keempat mungkin betul, kelima betul juga, akhirnya keenam, benar. Ya, benar. Seterusnya bersisir dalam memori otak. Otak tidak semudah komputer untuk didelete sebarang memori. Sesuatu yang sudah bersarang, memakan masa untuk dibersihkan. Last minutes, tidak main kawan, kirim salam.
Inilah penyakit yang dihadapi oleh UMNO. 'Persepsi'. Bila orang sudah mula membenci kita, apa yang kita buat semua tidak kena. Suami isteri bergaduh dirumah UMNO yang menjadi sasaran. Adakala peniaga tidak untung, UMNO juga dipersalahkan. Gaji tidak naik, sebab UMNO juga. Contohnya lagi, Anwar didakwa oleh Saiful meliwat, UMNO pula yang diseret kepentas. Pada hal, isu peribadi tidak ada kena mengena dengan UMNO. Isu terhadap UMNO bukan baru. Paling serius beberapa tahun sebelum PRU 12, 2008. PRU 12, menjawab segala pertuduhan dengan kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak dan beberapa negeri termasuk negeri sembilan leper. Nasib, PR murah hati Perak dikembalikan dalam situasi nyawa ikan. Bukan kah mahal harga isu tertunggak?.
Peralihan kuasa telah memalapkan banyak virus, UMNO boleh bernafas semula. Namun demikian musuh UMNO tetap menyerang dengan berbagai isu, dari berbagai sudut, antaranya yang besar rasuah, tidak islamik, zalim, menyeleweng, rasis, tidak adil dan sebagainya. Oleh kerana isu-isu itu sudah bersusun tidak terjawab dan tiada serangan balas maka virus berkerumun semula. Makin lama darjah kebenaran pada yang batil itu mula meningkat kearah kebenaran. Sasaran utama Pakatan Rakyat adalah golongan muda (35 tahun kebawah). Mereka ini tidak lagi membelek kertas mendapatkan maklumat. Mereka hanya menekan butang melihat skrin. Berbagai tohmahan terpapar diskrin. Namun demikian, kebangkitan blogger pembela negara menyerang telah menuteralkan serangan mereka. Kemudian mereka melakukan serangan demi serangan sehingga kita mula terasa PR mula sukar bernafas. Oleh itu, tahulah berterima kasih kepada blogger membuat kerja tanpa diarah. Tetapi UMNO tidak boleh bergantung kepada satu bentuk serangan blogger sahaja. Semua kena bangkit dan bentuk serangan mesti berstrategi dan beragam .
Barangkali tumpuan kepimpinan sejak mengambil alih kerajaan yang koyak banyak berkisar kepada mengkompaskan halatuju kerajaan. Dengan masalah ekonomi yang tidak menentu, isu perpaduan kaum yang kritikal dan berbagai isu yang bangkit mendadak. Mengendalikan sebuah kerajaan dengan sebuah parti adalah dua perkara berbeza walaupun nampak sama kerana sebahagiannya orang yang sama. Jika mereka menumpu kepada kerajaan, parti bergerak senget. Jika tumpu kepada parti, kerajaan pula haru biru. Pendek kata seperti kain basahan. Tutup diatas bawah tersingkap. Tarik kebawah, diatas togel. Serba salah.
Hari ini perjalanan kerajaan atas usaha PM Najib dan rakan-rakan kabinetnya nampak bergolek 'smooth', diatas landasan semula. Hanya pacuan belum begitu deras kerana ekonomi baru memucuk. Jika begitu, kepimpinan bolehlah melihat pergerakkan parti pula. Kita sudah masak cara UMNO. Yang dibawah tunggu yang diatas. Pucuk bergoyang akar pun bergegar. Kita kena akui, bahawa itu lah cara menguruskan orang yang telah lama berjaya. Orang yang berjaya selalunya banyak selesa. Mereka relax kerana mereka sudah mencapai kepuasan diri. Sudah terapong-apong tidak tahu apa yang hendak dibuat lagi.
Satu lagi, kepimpinan diatas kena fahami tradisi 'berkerja biar nampak, bukan nampak berkerja'. Mereka mahu kerja mereka ditinjau dari atas. Kerana jika diatas lihat dia berkerja akan banyak 'pahalanya'. Bukan mudah untuk mentransformasikan budaya lama yang sudah berakar umbi ini. Mereka tidak percaya bahawa dibawah mereka terowong besar sudah digali menunggu masa mereka dikambus.
Satu lagi, kepimpinan diatas kena fahami tradisi 'berkerja biar nampak, bukan nampak berkerja'. Mereka mahu kerja mereka ditinjau dari atas. Kerana jika diatas lihat dia berkerja akan banyak 'pahalanya'. Bukan mudah untuk mentransformasikan budaya lama yang sudah berakar umbi ini. Mereka tidak percaya bahawa dibawah mereka terowong besar sudah digali menunggu masa mereka dikambus.
BANGKITLAH
No comments:
Post a Comment