BAHAGIAN 7
Ogos 29, 1998, saya dan rakan-rakan berhambat ke Jeram Perahu Karam perkampungan tersusun orang Asli Ulu Jelai Lipis dengan menaik bot kecil, memecut atas air jernih sungai Jelai. Semakin lama sungai semakin sempit diselungkupi hutan tebal.
Tidak ada lagi kampung paling hulu dari kampung itu kerana sungainya semakin curam petunjuk muka bumi hampir dengan Tanah Rata Cameron Highland.
Tan Sri Anuar Musa Menteri Luar Bandar pada ketika itu memilih Kampung Asli Jeram Perahu sebagai anak angkat kementeriannya dirasmikan oleh DS Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada Ogos 29, 1998. Semua VVIP berkumpul disitu pada malamnya termasuk Menteri Besar Pahang Tun Khalil Yaakob dan TS Anuar Musa serta pegawai-pegawai Kanan KPLB bersama ejensi negeri.
Sepanjang malam kami tidak tidur kerana asyek bersewang bersama Tun Khalil Yaakob yang sangat minat bersewang. Makin lama makin menjadi kerana " hantu sudah mari". Kata orang asli disitu, sewang jangan mula, jika dilayan boleh sampai tidak sedarkan diri.
Sewang asalnya satu adat kepercayaan orang Asli berjampi dan mengubat orang sakit. Jika didengarkan baik-baik hentakan gendang buluh itu adalah untuk menyeru hantu-hantu baik dan menghalau hantu jahat pembawa bencana kata mereka.
Tetapi orang melayu selalu datang pada mulanya hanya memerhatikan sahaja. Lama-lama ikut campur bersewang sama. Datang pemimpin UMNO jadikan sewangn itu sebagai hiburan buat hilang pening . Lantas sekarang, sewang sudah dibudayakan sebagai 'kesenian orang Asli'.
Kemeriahan bersewang itu terhenti pada pukul 5.00 pagi bila terlalu ramai naik pentas dan 'naik hantu' tiba-tiba pentas runtuh!. Mana semua tidak naik hantu apabila gadis-gadis Asli yang manis-manis dari seluruh Pahang penuh diatas pentas !. Mabuklah semuanya. Nasib tiada yang cedera.
Pagi Ogos 30, Bergempita hutan Jeram Perahu Karam helikopter DS Anwar mendarat dipadang sekolah kampung tersusun itu. Dipentas, DS Anwar berucap ringkas dan tidak begitu ceria.
Selepas Jamuan tengah hari, semua VVIP tenjun ketebing sungai dan melompat kedalam perahu, TPM berangkat hilir dengan perahu kekampung Bukit Betong, Jelai kerana ada majlis pertemuan dengan masyarakat kampung sekitar Jelai.
Satu perahu dengan DS Anwar adalah Tun Khalil Yaakob dan Batin Besar ( orang Asli panggil Dato' Omar Osman Batin Bersar –ketua UMNO Bahagian Cameron Highland). Semasa didalam perahu itu, DS Anwar memberi tahu Tun Khalil dan Dato' Omar Osman bahawa lapuran CIA lebih 90 persen kekuatan politik Malaysia sudah memihak kepadanya (Anwar).
Tambahnya lagi, Presiden Habibi yang baru mengambil alih Presiden Indonesia dalam pemilu baru saja diadakan ketika itu menasihatkannya jika dia (Anwar) bercadang untuk ambil alih pemerintahan Malaysia jangan tunggu lama. Presiden Habibi mengingatkan Anwar jika terlambat sudah tidak berguna kerana lihatlah dirinya diIndonesia, dia mengambil alih dalam keadaan semuanya hancur berkecai. Anwar memberi tahu bahawa kedudukan Tun Dr. Mahathir pada ketika itu sangat lemah sokongan rakyat.
DS Anwar tidak sempat minum teh bersama masyarakat kampung Bukit Betong, Jelai, terus menaiki helikopter ke Pulau Pinang. Tidak ada sesiapa menyangka itulah majlis terakhir DS Anwar turun menemui rakyat selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
31 Ogos 1998, Sambutan hari kemerdekaan diPenang meriah. Menteri-menteri kabinet berdiri dipentas sebagai tabik hormat perbarisan dan raptai rakyat silih berganti. DS Anwar berdiri disebelah Tun Dr. Mahathir. TV langsung asyek fokus kepada mereka berdua. Tun Dr Mahathir berpaling muka dari DS Anwar dan sekali pun tiada tersiar TDM memandang muka kepada DSAI.
Rupannya, krisis sudah anti klimeks. TDM telah menerima semua lapuran tentang salah laku DSAI. Liwat, Rasuah, salahguna kuasa, CIA, dan berbagai lagi fail berada diatas meja TDM.
Sept 1, DS Anwar dipanggil oleh TDM kepejabatnya. TDM meminta supaya DS Anwar melepaskan jawatan TPM dalam tempuh beberapa jam sahaja. DS Anwar menentang keras. Pulang kerumah sahabat-sahabatnya sudah berkumpul mendesak DSAI jangan mengalah. Terus langgar.
2 September DS Anwar dipecat dari kabinet !. Serta merta TDM memanggil semua kepimpinan UMNO Bahagian untuk menerangkan tindakannya kepada UMNO dan Rakyat.
Bermulalah gerakan reformasi DS Anwar dan akhirnya tertubuh PKR. Kemudian DS Anwar keluar masuk penjara.
Begitulah, jika tidak ditakdirkan bukan milik kita. Silap selangkah boleh masuk penjara. Pada hal semata tangga sahaja lagi matlamat akan sampai. Jika DS anwar pada ketika itu tenang dan ikut sahaja arahan TDM dan kawan-kawan semua beralah barangkali ada peluang di kemudian hari.
Berehat sesetahun dua, kemudian langgar Presiden parti sebab TDM tidak memecat keahlian UMNO DS Anwar pada asalnya. Pemecatan berlaku setelah DSAI menentang. Pada ketika itu, apa fail pun orang sudah tidak percaya lagi jika didedahkan. Hari ini DSAI sudah lama jadi PM.
Satu ketika sekitar tahun 1990, PM Najib memangku ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana DS Anwar melepaskan jawatan Ketua Pemuda setelah menang Naib Presiden UMNO, PM Najib menghadapi isu ketua pemuda terlalu kuat terlindung bawah bayang Anwar.
Saya telah berjumpa dan memaklumkan kepada PM Najib bahawa isu itu semakin meluas. Musuh politiknya dan pencacai menyanyikan lagu ' Najib bayang Anwar' itu berkumandang diudara.
Apa yang PM Najib kata kepada saya?. " Biarlah apa orang nak kata. Kita baru jadi ketua pemuda. Lama kelamaan besuk akan wujudlah identiti kita sendiri kalau kita pandai. Lagi pun kita tidak boleh drastik, nanti orang semua takut. Kita kena berhati-hati. Anwar itu jahat, nanti kita dulu yang di cantasnya. Lebih baik kita follow sahaja dulu" saya cukup ingat kata-kata itu.
Akhirnya, PM Najib yang terbang lalat jadi PM, DS Anwar terbang lebah masih terlanggar-langgar punggung botol mengejar cahaya matahari dan jendela.
Siapa pandai bersewang?.
Artikel ini ditulis kerana besuk sabtu 24/7/2010 PM Najib Melawat kampung orang Asli Pos Betau Lipis Pahang.
Artikel ini ditulis kerana besuk sabtu 24/7/2010 PM Najib Melawat kampung orang Asli Pos Betau Lipis Pahang.
6 comments:
sebuah catatan pengalaman yang perlu diketahui rakyat Malaysia yang masih percaya bhw Anwar difitnah.
mujur Anwar tak tidur sama kat situ..
sekiranya upacara bersewang itu ada bercampur-baur dgn unsur² syirik dan khurafat, maka wajiblah kita menjauhinya.
wallahu'alam.
Terima kasih Cheguman. Buat Makcik Shima juga saya ucapkan terima kasih memberi perhatian semoga terus bersama.
Kalau kita lihat proses mengubah khurafat itu sebenarnya seperti tidak dirancang. Ia berlaku secara evolusi.Bukan sahaja kepada masyarakat orang Asli malah masyarakat melayu yang Islam pun begitu.
Sekiranya mendadak mereka akan bertindak balas. Lihat, pada mulanya orang melayu hanya melihat. Kemudian ikut sama, kemudian tukar kepada hiburan seterusnya jadikan senibudaya untuk mereka. Kita menyedarkan mereka bahawa itu bukan cara berubat sebaliknya wajar kerumah sakit.
Kita tidak pula taksub dengan dengan budaya itu. Apa yang disampaikan hanyalah gambaran bagaimana 'sakitnya pemimpin menyerap kedalam jiwa masyarakat untuk menyokong perjuangan kita hatta kita terpaksa menunjukkan bahawa kita boleh bersama mereka keatas dan kebawah bukan dikerusi empok semata-mata.
Untuk kita takluki pemikiran mereka kita wajar menangi hati mereka. Kita lihat hari ini bagaimana kafir harbi bertekad untuk menguasai sebilangan melayu yang totok islam, mereka menangi hati si alim ulama' berkenaan. Oleh kerana mereka tahu kehendak mereka itu, Kafir harbi itu berjaya memecahkan melayu. Sehingga sangup mengutuk pemimpin melayu islam didalam gereja. Apakah itu bijak namanya?.
Jadi kita harus mengubah alam bukan alam mengubah kita. TQ
salam,
"Kita tidak pula taksub dengan dengan budaya itu. Apa yang disampaikan hanyalah gambaran bagaimana 'sakitnya pemimpin menyerap kedalam jiwa masyarakat untuk menyokong perjuangan kita hatta kita terpaksa menunjukkan bahawa kita boleh bersama mereka keatas dan kebawah bukan dikerusi empok semata-mata."
kita boleh menyerap ke dlm jiwa masyarakat, bersama² mereka, dgn batas² yg dibenarkan oleh syara'.
wallahu'alam.
Salam hormat makchik shima,
Saya sangat suka membicarakan hal-hal islam bersama makcik shima yang mengingatkan saya supaya tidak lari dari landasan Islam. Tidak ramai orang saling memperingati sedemikian sebagai sahabat.Kita ambil masa untuk perbincangan ini.
Islam membahagikan tiga cabang yang merangkum kehidupan setiap umat islam. Pertama adalah akidah, keduanya Syariah dan ketiga pula adalah akhlak. Kita lihat syariah:
Makna Syariah adalah jalan yang membawa kehidupan seseorang kearah yang betul dan benar.
Bolehlah kita katakan bahawa kehidupan kita ada satu penetapan,garis panduan dan cara bagaimana manusia bertingkah laku yang diredai oleh Allah swt.
Ok syariah terbahagi kepada dua: Ibadah dan muamalat. Muamalat pula terbahagi kepada tiga: politik, ekonomi dan kemasyarakatan(sosial). Ketiga-tiga ini ada garis panduan dan penetapannya yang sama ia itu 'patuh dan tunduk kepada Allah swt'(makna akidah).
Ketiga-tiga cabang ini terbahagi kepada hukum2 penting ia itu halal, haram dan makruh dan harus. Jadi, sosialisasi kita dipihak yang mana?
Sokong dgn semua pendapat & syabas Dato' kerana membuka mata mereka yg hampir tertutup. :-)
Post a Comment