NEPOTISMA


DIKTATOR  sudah pasti memilih konsep nepostisma dan kronisma dalam merangka kepimpinannya atas alasan kebolehpercayaan, keselamatan  seterusnya mengukir sejarah sebuah empayar permerintahan. Dalam kaum keluarga atau kaum kerabat ada kelas-kelas tertentu.  Lapis pertama sudah tentu  isteri dan anak-anak. Kedua, keluarga rapat sebagai feeder menguatkan isteri dan anak-anaknya. Ia boleh jadi sepupu, dua pupu, tiga pupu, anak saudara, saudara mara bertaraf bau bacang pun dikira dalam lingkungan nepotisma.
Jika diperhatikan, seorang diktator lebih cenderung membentuk satu pemerintahan ala sistem feudal melalui proses politik. Walaupun caranya agak berbeza tetapi falsafahnya hampir kurang lebih sama sahaja.  Disini kita mula terfikir bahawa memang benar sejarah sentiasa berulang kepada manusia.
Bagi sesebuah negara adalah mustahil boleh dibariskan kaum keluarga sebagai  pendukung cita-cita besar diktator.  Disinilah terbentuk barisan kronisma yang mempunyai pra sayarat tertentu. Peringkat ini mudah dicatur dan mudah ditukar ganti jika tidak sejalur dengan idealisma seorang diktator. Kroni dipilih dan diangkat menjadi golongan menengah dalam kepimpinan negara. Diktator akan membuat pilihan menerusi berbagai cara bagi memenuhi ruang kosong kepimpinan tersebut.
Inilah penyakit yang sering kita temui semasa kita mengkaji politik negara-negara sedang membangun. Semasa perang dingin antara blok kapitalis-demokrasi dengan blok sosialis-kominis yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dengan Rusia kecenderungan politik dibanyak negara Asia Tenggara khususnya lebih kepada tentera menyertai politik. Negara-negara Indochina, Thailand, Indonesia, Pilipina andalah contoh terdekat waktu itu. Singapura masih mengekalkan The Policestate hingga sekarang.
Dalam sistem demokrasi liberal  memilih calon kepimpinan dictatorship boleh juga berlaku. Kita hairan,  setelah proses membuat keputusan melalui undian dan diumumkan secara rasmi maka datanglah kritikan mengapa nepotisma diketengahkan. Pada hal merekalah yang memilihnya.
Saya mengandaikan beberapa sebab berdasarkan gelagat.  Budaya politik masyarakat dinegara-negara sedang membangun masih terbawa-bawa proses mencipta 'raja'.Walau pun kita agak moden tetapi darah yang mengalir dalam sistem beraja mutlak itu tetap segar.
Kedua, pembangunan politik yang puratanya masih rendah, tahap pemikiran, pendirian, pegangan dan penyertaan politik juga masih rendah dikalangan terbanyak. Olehitu,  sangat mudah terjebak  kepada berbagai manipulasi politik yang bersifat sementara semasa proses pemilihan berlaku.
Harold Laswell pula mengetengahkan idea politik adalah siapa mendapat apa bila dan bagaimana ( politics is who gets what, when and how) merujuk kepada hasilan yang diperolehi seseorang individu apabila melibatkan diri dalam aktiviti politik.
Setelah mereka mendapat hasil menerusi kuasa The Deal (urus janji ) mereka akan  melaksanakan janji itu. The Deal adalah merupakan urusan pertukaran yang bersifat produktif yang mana tujuannya adalah bagi mempastikan faedah atau keuntungan hasil daripada pertukaran tersebut dapat dinikmati bersama.
Dalam masa  Deal inilah proses tawar menawar samada wang atau bukan wang terjadi. Wang adalah deal yang termudah 'touch n go'. Bukan wang kuasa, kontrak, bisness,  nama atau sebagainya berdasar citarasa masing-masing. Nikmat bersama dalam hal ini ' kau undi aku – kau dapat ini atau itu'. Inilah yang dikatakan rasuah politik.
Apabila keputusan diumum, diktator akan menang anak beranak serta kroni membarisi pimpinan tertinggi.  Pada ketika itulah sibuk mengkritik tidak puas hati.
Sistem demokrasi sebenarnya amat mudah dicorak dengan wang dan bukan wang. Sehandal mana sesorang pemimpin bawahan boleh dinafi menerusi  campurtangan pihak teratas. Seseorang penguasa tidak perlu campurtangan secara menyeluruh. Campurtangan hanya diperlukan sekadar mencukupi untuk terus berkuasa. Campurtangan juga dilaksanakan terhadap mana pemimpin bawah yang kiblatnya tidak mengarah mata angin kepada diktator.

3 comments:

Anonymous said...

Salam SM a.k.a MRD,

Wah! hebat sungguh penjelasan yang di buat mengenai Nepotisma dan kronisma,terang dan jelas tapi penuh makna dan kiasan, siapa yang ditujukan , yah! aku faham tentu ada kaitan perkembangan terkini ,pertandingan untuk berkuasa. Artikel SM ini akan lebih mantap jika di huraikan contoh-contoh nya. Nepotisma dan kronisma tidak terhad kepada diktator sahaja. Unsur-unsur kronisma dan nepotima berlaku dalam semua bidang dan padang permainan kuasa, cuma cara dan pendekatan saja yang berbeza. Nah! kalau diteliti dan terperinci akan berlaku dan ada unsur tersebut, samada inklusif dan eklusif. Pokok nya sama aje... bah. kata pokok nya untuk survivality dan sustainablity. Ini kan matlamat nya.Yang penting mesti tahu thresshold nya jangan sampai menginaya rakyat.

Ok setakat ini...jumpa lagi di posting SM yang lain.

melayurayadaily said...

sDR anON,
Terima kasih atas diatas komen saudara. Memang benar nepotisma yang maksudkan ada hubungan dengan keadaan semasa. Saya tidak menghuraikan contoh-contoh kerana saya cuba memadankan dengan personaliti yang berlari didalam fikiran pembaca. Bila saya menyebut seorang diktator yang nepotisma sudah tentu ada dalam bayangan difikiran pembaca. Saya hanya memandu agar fikiran itu lebih terjurus dan terang. TQ

Cheguman said...

selain kronisme 7 nepotisme, dah lama rasanya tak dengar laungan reformasi...