PERJANJIAN RAHSIA PKR-DAP RAMUAN KERAMAT–PAS TERKANGKANG



Pendedahan Zulkifli Nordin diParlimen bahawa DAP-PKR membuat perjanjian sulit dibelakang PAS bahawa PKR menjanjikan Pulau Pinang akan dibebaskan dalam bahasa biasa 'autonomi' dalam istilah lebih ganas 'dimerdekakan' dari Kerajaan Persekutuan.

CATATAN PINGGIR
Didalam Pakatan Rakyat perjanjian bukan diatas meja bulat sebaliknya dipenjuru meja tiga segi. DS Anwar- PKR bercakap dalam dua bahasa kepada  PAS dan DAP.
Pada DAP pasti DSAI melihat lebih tajam apakah kemahuan DAP sebenar. DAP mahu supaya Pulau Pinang menjadi Singapura kedua.  Tanpa DAP membuka mulut DS Anwar membuka tawaran lumayan kepada DAP. Tetapi  Lim Guan Eng yang buta sejarah itu sangat teruja dengan janji merdeka itu.
Sedarkah DAP bahawa satu perjanjian antara Pulau Pinang dengan Kedah ada satu perjanjian bahawa Pulau Pinang dibawah takluk kedah selagi ada bulan dan matahari?.
Kepada PAS Anwar menjanjikan sebahagian besar negeri Melayu dominan seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis  akan diserah secara total kepada PAS dan Hadie dijanjikan Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan DAP.
Nik Aziz tiada lagi dalam bayangan kabinet DS Anwar ?.  Itu urusan mudah bagi DS Anwar kerana Nik Aziz sudah diambang senja. DS Anwar tidak minat kepada orang tua sebagaimana dia tidak minat kepada  AY. Encik Ghafar Baba. Tetapi Nik Aziz adalah tool yang baik sementara waktu.
Sebenarnya, semuanya itu tidak ada dalam pemikiran DS Anwar Ibrahim. Mengikut Senator Izam Mohd Noor setelah bertahun dia bersama DS Anwar lebih cenderung untuk menukar negara ini kepada REPUBLIK.
Kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hadie, Nik Aziz dan Lain-lain yang mimpi siang harus menyertai kuliah subjek REPUBLIK dari mana-mana pensyarah Sains Politik agar tahu apakah makna sebenarnya dan dapat meramal apakah kedudukan  idealisma dan diri masing-masing. Titik.  

1 comment:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dato',
A very good analisis of PR political equation and goal. Very humourous and funny indeed. Hope Dato' can explain what kind of republic that DS Anwar envision in dato' next posting. So that Malaysians and particularly Malays may know.