AGAMA, WANG DAN ILMU –SUMBER KUASA



Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'

Dr. Maza -dipetik dari Minda Tajdid

SEMBANG SENJA
Saya suka menambah bahawa ada tiga faktor penguasaan terhadap hati nurani rakyat. Satu bahagian itu apa yang dikatakan oleh Dr.Maza tadi iaitu 'agama'. Kedua faktor ekonomi ( harta dan wang) dan ketiga, pemikiran ( ilmu, skill ).
Namun demikian amat sukar untuk mencari model pemimpin yang mempunyai ketiga-tiga faktor penguasaan tersebut. Biasanya satu atau dua dari faktor itu sahaja. Ini kerana kos melepas dalam kehidupan. Seseorang yang menuntut ilmu setinggi mungkin tidak berpeluang untuk mencari kekayaan kerana masa berlajar itu agak panjang.
Jika seseorang mempunyai ketiga-tiga itu ia menjadi  sangat karisma. Kesetiaan datang dari berbagai sudut.
Ekonomi, dalam bahasa yang mudah adalah harta dan wang.  Ia merupakan medium atau pemboleh ubah yang sangat berkesan. Ia mengisi keperluan hidup. Sebab itu pemimpin yang kaya raya sangat berpengaruh kerana ia boleh mengubah pemikiran kepada kesetiaan yang unggul.
Seseorang yang mempunyai  apa-apa bidang ilmu mudah tewas dengan wang. Kerana ilmu yang tinggi itu mempunyai nilai wang. Tambah lagi dalam sistem kehidupan hari ini sehingga ada pepatah  Turkey ' wang bukan tuhan' tetapi 'ia serupa tuhan'.
Tidak menghairankan jika seseorang ahli agama bila berpeluang berkuasa ia menukar pegangannya dalam melihat wang atau kekayaan. Walau pun dirinya dapat dikawal, tetapi dia mengizinkan nepotisma berlaku disekelilinganya kerana kuasa membuat keputusan yang luas dan diberi hak kepadanya.
Ilmu, kemahiran dan profesionalisma pula, dimana individu yang mempunyai penguasaan dalam bidang ini sangat berpengaruh.  Ia menjadikan kuasa rujukan. Seorang doktor pakar misalnya, berpengaruh dalam hal-hal perubatan, seorang ahli Sains sosial, Jurutera, akauntan, undan-undang dan sebagainya mempunya jaringan kesetiaannya tersendiri.
Saya hanya memberi garis kasar sahaja kerana tidak dapat menghurai lebih terperinci bagi menyingkatkan ruang, waktu dan memelihara minat membaca. Rumusnya tiga perkara ia itu agama, pemikiran dan ekonomi sangat tajam kesannya terhadap pengaruh dan kesetiaan rakyat.

No comments: