GALAS – BELI UNDI PAS TIDAK PEDULI SPRM ?


                              Nik Aziz sendiri sedang hulur ............ dalam warta berita rm300.


Penasihat Jentera Pilihan raya Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tetap meneruskan untuk menawarkan wang RM200-RM250 kepada pengundi luar PRK Galas. (Sinar Nov 2,2010).
Wan Abdullah seolah-olah mencabar kuasa SPRM dan Polis bahawa tawaran yang melanggar seksyen 10 Akta Pilihan raya itu boleh diabaikan.
Wang berjumlah antara RM 311,400 – RM 389, 250 itu dikatakan sumbangan pihak tertentu  berupa badan NGO.  Wah!.. cukup hebat NGO mana yang bersedia menyumbang sebanyak itu untuk membeli undi bagi pihak PAS ?. Jika ada pihak yang menyumbang sebanyak itu mesti ada tujuan disebaliknya.
Lazimnya NGO  hanyalah mengagih sahaja. Ada penyumbang lain dibelakang tabir.  Ada taukey disebalik NGO itu. Walau pun nilainya RM200- RM 250 itu diberi kepada setiap individu nampak kecil tetapi jika ditotal tidak kurang RM 400,000. Masakan tukang agih gigit jari sahaja !.
Pas lupa bahawa korupsi melibatkan sogok politik atau politik wang bukan sahaja pemberi tetapi egen juga boleh disabitkan jika terbukti mereka membeli undi bagi pihak prinsipal.
Pas dipercayai tetap meneruskannya, kerana ia telah terlanjur menawarkan secara terbuka dimedia. Cara penyampaiannya mungkin berbagai.
Awas!  egen SPRM, malah ada pengundi Galas sebagai  yang bertugas sebagai pegawai SPRM !. Jangan nanti calon yang menang senyum lebar kita pula turun naik mahkamah dan akhirnya terkurung didalam pagar jarang.

2 comments:

chenerong ular said...

Salam Dato,parti pemerintah lama sangat dah buat benda benda macam ne,bagi duit untuk pengunddi balik mengundi.bagi duit tambang,bagi duit minyak kereta,bagi duit makan,bagi duit boat dan macam macam lagi.

Tapai yang kenyang dan penuh pokek siapa ?. Tentu lah orang yang menguruskan semua itu,berapa lepas ke pengundi dan penyokong dan berapa yang masuk pokek AJK bahagian yang menguruskan logistik tersebut.

Duit sapa yang di guankan ?,duit pokek para pemimpin ke ?, bertuahlah lah pemimpin nak bagi duit ambik lagi ada,duit dari tokey baba lah,tokey balak,menang pilihan raya kerjaan bayar balik dengan beri kawasan balak baru,tanah baru kongsi dgan pemimpin kerajaan ?

Jika pembangkang buat sikit jer,terus bising sekampung,sprm lah polis lah,disuruh ambik tindakan ?

Yang badan penguat kuasa ne pun satu HAL,jika orang kerajaan buat benda yang tak betul, PEKAKKAN TELINGA DAN BUTAKAN MATA,JIKA SEBELAH SANA BUAT MACAM SIASATAN DI JALANKAN,Semua duble standard,perbuatan begini lah membuatkan rakyat benci dan meluat kepada pemerintah,ianya memberi kesan jangka panjang terhadap politik melayu.

Ambik jer tindakan,jangan pilih bulu ?, fikir fikirkan lah saya cuma mengingatkan sahaja. WASALLAM.

Azizan Yaakob said...

bTUL cu, Tidak faham bahawa ada beza apa yang dilakukan oleh umno. Mereka tender secara terbuka sudah jadi lain. Mereka nyatakan dalam surat khabar. Umno bukan tidak boleh buat tetapi jangan terbuka.kalau tertup 10,000 pun ikut dia lah. Pilihan raya ada undang2. Saya bercakap dari segi undang-undang. Mereka cabar sprm.
saya pun cabar sprm juga dalam bahasa yang reflection. Kalau hanya memahami sepintas lalu. Sebab itu lambang sprm yang saya letakan.

2.Lagi pun UMNO bukan bagi semua, hanya yang betul-betul difikirkan munasabah sahaja.Itu pun sekadar minyak paling tinggi rm50/. Kalau sdr tidak biasa mengendalikan pilihanraya sebagai jk jangan cakap. Hanya mendengar hujung telinga sahaja. SElalunya, bajet pengundi luar ini dimasukan dibawah akaun pengangkutan. Kerana pengangkutan diluluskan oleh seksyen 10.