RAMPAS KEDAH – MUKHRIZ PATUT KETUAI UMNO NEGERI


UMNO Kedah perlu cukup 'power' untuk rampas kembali negeri itu dalam PRU 13. Ucapan PM Najib tika gulungan PAU ke61 diPWTC baru-baru ini, pucuk pimpinan akan mengubah kepimpinan negeri-negeri mengundang ribut cawan kopi.
Antara ribut itu, jika BN Kedah berhasrat merebut semula kerajaan negeri dari Pas, Mukhriz Mahathir patut menerajui UMNO Kedah.
Walaupun Mukhriz agak muda, tetapi suasana diKedah memerlukan satu kepimpinan yang mampu, tangkas, mempunyai idea baru dan komited.
Jika pRU 12 2008  rakyat kedah menolak BN kerana kekeliruan mendalam pada waktu Tun Dr.Mahathir keluar UMNO maka kali ini Mukhriz patut meyakini semula bahawa keadaan sudah berubah.
Bukan UMNO Kedah menolak Datuk Shafie Afdal tetapi pemimpin Sabah itu agak sukar untuk memahami cita rasa rakyat Kedah memandangkan lanskap politik Sabah agak jauh berbeza dengan Kedah.
Tambah lagi, Menteri luar Bandar dan Wilayah itu mempunyai masa terhad berulang alik ke Kedah. Sedangkan Mukhriz boleh menumpu lebih masa balik kenegeri itu.
Difahamkan, jika perubahan berlaku sekarang akan memberi masa kepada UMNO kedah berubah drastik.

4 comments:

Anonymous said...

itu lah yang terbaik utk kedah.

Anonymous said...

Kami ingin mengumumkan KEMPEN SAVE AIDC BLOG. Kepada yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan kewangan, boleh memberi seikhlas mungkin Melalui Akaun Bank Islam 1303 5010 0580 99 di atas nama Tetuan AIDC Management. Sumbangan anda sangat2 kami hargai dan ucapan terimakasih yang tidak terhingga.

- Yuhu / www.anwaraidc.com -

Anonymous said...

Ya..patut rombak cepat susunan UMNO negeri Kedah.

Cheguman... said...

setuju.