SELANGOR DIPERINTAH KERAJAAN TERAPUNG






Zulhariry Jalaluddin, CEO  YBK Selangor melahirkan keluh kesah dan sesalnya tidak mendapat kerjasama Kerajaan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan peluang pendidikan rakyat.
Keluhan ini disampaikan bagi membalas kenyataan Menteri PWKM, DS Shahrizat Abdul Jalil yang melahirkan atas perkembangan kemiskinan diSelangor membimbangkan sedangkan usaha pembelaan amat kecil.
Apa yang dikesali,  tanah yang dilupuskan kepada YBK seluas 200 hektar tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Projek-projek ekonomi YBK diRawang bagi tujuan khusus YBK juga tidak diluluskan. Sekarang YBK bernafas atas bantuan kerajaan pusat . ( UMal Nov22,2010:4)

CATATAN PINGGIR
Sesuatu pemerintah zalim bukan terletak corak kerajaan  ganas terhadap rakyat semata-mata. Gagal menentukan 'maslahah dharuriyah'( kepentingan asasi) juga adalah bentuk kerajaan zalim.  Kemiskinan dan pendidikan baik adalah kepentingan yang mesti ada dalam masyarakat.
Dua,  Apakah keutamaan itu?.  Pertama berusaha menyerang kemiskinan rakyat dan kedua berusaha mengembang dan memberikan peluang pendidikan kepada rakyat.
Ketiga,  Allah swt menetapkan zakat sebagai rukun Islam dari lima perkara mengapa?. Allah swt menurunkan wahyu terawal surah Al-'Alaq 'Bacalah dengan(menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan' kepada  Rasulullah saw kenapa?. Apakah makna sedalamnya 'iqra' itu?.
Keempat, menyimpang dari jalan sebenar atau jalan lurus dalam erti kata lain adalah sesat. Jika dua perkara itu tidak dijadikan keutamaan dan menghalang kearah itu, ternyata menyimpang dari ajaran islam. Apa bezanya jika dikatakan sesat dari ajaran Islam.
Kelima, dimana suara wakil kepimpinan yang mewakili Islam dalam kerajaan itu hingga apa yang paling asas tidak mampu bertindak kerana dihalang dari kerajaan teras DAP sosialisma itu?. Oh.. tenggelam sama atau jaga periuk nasi?.
Keenam, Jika soal kemiskinan dan pendidikan tidak diutamakan atas alasan politik atau apa sekalipun ternyata kerajaan itu tidak ada hala tuju. Sebaliknya sesuai dipanggil 'kerajaan terapung'. Rakyat amat rugi terutama umat Islam.
Ketujuh, Kerajaan terapung apa bezanya dengan kerajaan 'Junta Tentera' diBurma?. Kerajaan budist diSiam juga ada hala tuju dalam soal kemiskinan dan pengembangan pendidikan.
Minta Ampun, moga dijauhi kemelaratan bangsa sebagai ummah yang kerdil. Ya Allah kembalikan kepada yang hak.

No comments: