TS Muhyiddin Yassin TPM mencabar DS Anwar jika terlalu pakar mengapa tidak naik gaji kekitangan awam negeri dimana Pakatan Pembangkang mentadbir seperti Selangor dan Pulau Pinang?.
Tanpa menyebut nama Kelantan dan kedah, Tok Guru Nik Aziz melompat sambil berkeriau memberi amaran kepada TS Muhyidin "jangan nak jadi gangster". Jika besuk TS Muhyiddin menjawab " benar saya gangster kepala tujuh" apa TG Nik Aziz hendak jawab?
.
Pakatan Pembangkang berjanji kenaikan gaji guru 500R itu dalam 100 hari jika PP memerintah. Oic.. tambah janji lagi? Apa salahnya berjanji. Itu bukan susah tidak keluar satu sen pun. Janji PRU 12 tidak tunai lagi macam mana?. Emmm.. itulah kamu tidak faham, dia macam sekarang juga janji hanya 100 hari. Lebih dari itu dikira luput tarikhlah. Kalau ada dalam 100 hari itu adalah.
Satu ketika semasa saya masih kecil, saya mendengar beberapa orang dewasa duduk disekeliling pelita minyak tanah. Masing-masing membuka helaian tiket loteri, membanding nombor pangkal berapa dan hujung berapa tiket masing-masing.
Apa yang saya faham hadiah pertama 1 juta ringgit, kedua 400 ribu dan ketiga 75 ribu. Masing sedap berangan jika mengena tempat pertama akan jadi kaya raya. Seorang darinya mahu membuat rumah batu orang panggil banglo dua tingkat. Hadiah sejuta, isterinya 100ribu, anaknya diberi 20 ribu seorang.
Seorang pula kata, jika mengena dia akan beli kereta Datsun 120Y. Bakinya dibeli kebun dan sawah padi yang luas. Seorang lagi kata dia berpakat dengan isterinya untuk pindah kebandar, senang isterinya mahu membeli make up katanya sambil diikuti gelak ketawa besar.
Seorang lagi sambil memandang kekiri dan kekanan, nada berbisik dia mengatakan mahu kahwin satu lagi dengan anak dara sunti kah..kah..kah.. Akhir sekali, seorang ini agak pelik juga perancangannya. Dia kata kalau dia dapat sejuta, dia akan agihkan setiap penghuni kampung 10ribu seorang supaya merasa senang sekali dalam hidup. Orang lain bertanya mengapa begitu?.
Dia kata duit loteri kutipan dari orang ramai tidak baik makan seorang. Ia harus dibahagi-bahagikan. Habis apa yang tinggal? Tanya seorang lagi. Dia kata duit sejuta ini banyak berlori-lori. Tidak akan habis jika dibagi-bagi setakat 10 ribu seorang. Kampung ini baru ada 150 keluarga katanya. Beberapa orang lagi marah kerana kawan itu tidak pandai mengira lantas ditiupnya api pelita masing-masing bersurai.
Begitulah sekarang, Pakatan pembangkang berangan-angan jika memerintah negara. Jika dikira 9 resolusi konvensyen diKepala Batas, dalam masa 100 hari kerajaan mereka sudah jadi bangkrap. Belum memerintah sudah bankrap.
No comments:
Post a Comment