ARIFFAHMI MANGSA POLITIK PAS KERANA MENANTU NIK AZIZ








Abdul Ariffahmi bekas CEO PMBK berkata dirinya dan keluarga dipandang serong oleh segelintir pemimpin tertinggi Pas. Pimpinan Pusat Pas telah menekan TG Nik Aziz supaya menasihatkan beliau berundur dari CEO badan itu demi menjaga nama baik parti Pas serta pimpinan Islam. Akhirnya dia terpaksa akur walau pun dia rasa dirinya tidak bersalah. Siasatan SPRM didapati beliau tidak bersalah. ( umal.Dec 21,2010:8)


CATATAN PINGGIR

Abdul Ariffahmi bukan orang politik. Beliau adalah professional merangkap seorang eksekutif. Kalau dia bukan menantu TG Nik Aziz, Ariffahmi masih lagi tiada siapa yang menyentuh. Dalam hal ini Ariffahmi 'mangsa' kepada politik Pas sendiri.

Pokoknya adalah TG Nik Aziz, pihak yang kurang senang kepada Menteri Besar akan cari jalan tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Itulah bahasa yang paling tepat.

Ada dua bagian pemangsa kepada Ariffahmi.  Pertama adalah musuh Pas iaitu UMNO. Arffahmi sendiri tahu akan risiko jika UMNO menguasai Kelantan. Beliau pasti gulung tikar. Risiko itu telah diambil kira.

Kedua,  orang Pas sendiri. Ini yang melukakan hati Ariffahmi. Pimpinan Pusat mendesak MB atas alasan menjaga nama baik parti. Ariffahmi tentu mengetahui mereka yang menjeling dihujung mata kepadanya. Jika tersembunyi dapat dirasa dengan hati. Kita tahu bila  orang tidak suka menerusi bahasa badannya.

Apakah benar mereka mahu menjaga nama baik parti?. Tidak, itu hanya alasan coklat gula-gula perasa strawberry. Apa yang sebenarnya kalau begitu?. Emmm.. sebenarnya mereka tidak senang lagi kepada Menteri Besar itu !. Itu yang Ariffahmi harus fahami politik.

Nah.. sekarang Ariffahmi boleh lihat !.  Adakah mereka datang berunding atau menekan supaya wakil Selinseng yang gempar ' berenang' di Koch VIP KTM Kuala Lumpur –Tumpat?.  Jika mereka benar-benar mahu menjaga nama baik parti tentu mereka bertindak pantas.

Semakin hari nama Pas semakin buruk.  Rasanya tidak. Mereka rela menelan segala keburukan itu kerana ianya berlaku diKelantan. Apa tujuannya mereka biarkan ?. Mereka biarkan kerana itu anak buah TG Nik Aziz. Mereka biarkan masalah itu bertompok disekeliling pinggang MB itu.

Jadi Ariffahmi sekarang semakin faham, nama baik itu ada yang patut diluahkan dan ada yang terpaksa ditelan mentah oleh mereka.  Tidak bersalah dikatakan bersalah dan yang bersalah dikatakan tidak.

Harus diingat bahawa semakin jauh semakin menekan Tok Guru. Mereka akan lega jika hari ini TG kata dia ambil keputusan untuk bersara. Mulut kata jangan, hati kata pergi.

Akhirnya,  biarlah pergi supaya ramai yang senang hati.


1 comment:

Bentaraguru said...

Pergi lagi baik daripada tunggu, malah berhentilah keluar kenyataan berbelit-belit, jangan ikut perangai orang kafir. Mereka tak ada apa-apa.
Nik Aziz, anak-anak, keluarga dan menantu, fikir dan fikirlah. Pembahagian balak kepada kroni, satu cabang merampas hak rakyat Kelantan. Tak adil dilaknat Allah. Mereka susah patut dibantu. Nampaknya, selepas kaya hasil balak, mereka terkam pangkat dan kuasa. Ada wang, bertanding, boleh menang la... Itulah yang menjahnamkan manusia.