KHAIR TOYO ‘KAMBING HITAM’ BERSIHKAN BN





Pakatan pembangkang mengatakan bahawa dakwaan SPRM terhadap DS Khair Toyo  Bekas Menteri Besar Selangor adalah satu strategi kerajaan BN untuk membersihkan imej rasuah  bagi persediaan menghadapi PRU 13.
PM Najib mematahkan hujah itu siang tadi diKedah semasa menyampaikan ehsan kerajaan Persekutuan diKedah kepada mangsa banjir.  Kerajaan BN telah memperuntukan 30.6 juta sebagai bantuan kepada mangsa banjir diutara  Semenanjung.
Memang lidah tidak bertulang kata Bob Titipoli penyanyi Indonesia tahun 1960an. SPRM adalah badan bebas dan tidak terikat dengan musim. Mereka tidak kenal musim sejuk, panas, hujan, kemarau atau musim pilihan raya.
Jika dahulu nama organisasi itu  adalah Badan Pencegah Rasuah (BPR)  maka pembangkang kata BPR tidak bebas, masih ada pihak yang mempengaruhinya kerana ia dibawah JPM. Nah.. kerajaan bentuk Suruhanjaya.  Mereka kata pula kerajaan guna SPRM bersih nama dengan memilih 'kambing hitam' dari kalangan kepimpinan UMNO- BN.
Jika boleh pilih tidak guna BN pilih bekas MB itu, Lebih baik pilih beberapa orang yang potensi dalam pakatan pembangkang,  lebih senang PRU 13 nanti  BN  tidak perlu kerja kuat sangat kah..kah..kah..
SPRM menjalankan tugasnya tanpa ada mana pengaruh. Mereka yang didakwa ada asas perlanggaran undang-undang. Bukan perkiraan politik. Itulah parti pembangkang, jika mereka ditangkap atas apa kesalahan undang-undang mesti mereka kata kerajaan ambil tindakan politik kepada mereka.
Lihat sahaja kes ' Saiful yang diliwat'  mereka masukan kedalam akaun kerajaan juga. Pada hal itu hal peribadi mereka. Pada waktu hendak melakukan  'makan karipap' itu tidak maklum langsung kepada kerajaan. Bila ada lapuran polis mulalah kerajaan dipersalahkan.
Kalau lidah tidak bercabang bukan namanya pembangkang

No comments: