SELANGOR - GAJI SETIAUSAHA AKHBAR PKNS SAMA GAJI PERDANA MENTERI ?







Dari entri blog Gabungan Anti PKR ( GAP) satu lapuran polis dibuat diputrajaya hari ini atas tiga salah gunakuasa PKNS. Satu darinya perlantikan seorang PR Konsultan dan speech writter kepada Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM20,000 sebulan.

CATATAN PINGGIR
PKNS adalah sebuah badan berkanun (bukan syarikat) kerajaan negeri Selangor. Falsafah penubuhan PKNS adalah sama dengan SEDC negeri-negeri lain iaitu melibatkan diri dalam sektor ekonomi skala besar yang tidak mampu diterokai oleh bumiputera diEra permulaan DEB. Contohnya pembangunan hartanah,  Industri dan IKS, perlombongan dan lain-lain. Ia tidak bermotifkan keuntungan semata-mata.
Ia lebih bersifat penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan serta membina usahawan. Syarikat-syarikat kecil bumiputera boleh bergantung dan belajar dari SEDC sebagai inkubator(penetasan). Ia juga sebagai pelaksana visi dan misi kerajaan dalam sektor pembangunan.
Walaupun ia digalak berkembang sendiri dan membuat keuntungan atas dasar 'keutamaan kerajaan' tetapi ia terikat sepenuhnya kepada peraturan dan General Order kerajaan. Sebab itulah setiap negeri jawatan Pengerusi SEDC dipegang oleh MB. Selangor sama kah?. Ini bertujuan supaya badan itu mendapat arah yang sejajar dengan visi dan misi kerajaan negeri.
Harus diingat bahawa PKNS bukan syarikat Sendirian Berhad atau syarikat Berhad yang menerbitkan syer kepada umum. Modalnya disumbang oleh kerajaan dan sumber-sumbernya juga dianugerah dari kerajaan negeri. Contohnya untuk pembangunan hartanah, kerajaan negeri akan memberi tanah kepada PKNS dengan premium yang minimum. Dengan tanah strategic itu PKNS boleh mencairkan dalam bentuk modal tunai dan sebagainya.
Jika gaji seorang bertaraf penulis ucapan atau pegawai akhbar lebih mahal dari MB dan menyamai gaji Perdana menteri sudah ada yang tidak kena. Kalau begitu gaji pengurus besar berapa?. Walau pun nama itu besar bunyinya ' konsultan' tetapi maknanya tetap sama pegawai akhbar. Gaji Ketua setiausaha Negara berapa?  Saya lupa kah..kah..kah..  Jangan marah saya ingin bertanya gaji Ketua Pengarah SPRM Berapa ?.  Agaknya lebih rendah dari gaji pegawai akhbar itu jika benar.
Jika benar dakwaan GAPS itu ini bukanlah bentuk rasuah tetapi mirip kepada salah guna kuasa. Kuasa tanpa batas boleh mendorong salah guna kuasa. Salah guna kuasa adalah sejenis korup. Korup adalah ' kotor'. Rasuah adalah kotor. Kalau begitu samalah maknanya 'kotor' . Wallahu alam.

TERUS BACA KLIK SINI GAP


No comments: