TS KHALID KENA ‘BOO’ – EXCO DESAK UMNO SELANGOR MINTA MAAF !!


                                                                                 " BOOOOO "


Exco Selangor – Dr Yaakob Safari menuduh UMNO Selangor membawa 'pasukan sorak' ke Majlis Persidangan Penghulu-Pengawa seluruh Semenanjung berlangsung di Shah Alam dihadiri oleh TS Muhyiddin Yassin TPM. TS Khalid MB Selangor gempar kena 'boo' oleh sebahagian besar hadirin dikatakan tindakan UMNO Selangor dan JKKP yang tidak beradab dan tidak bermaruah.
Tindakan itu dikatakan kontradik dengan semangat ketuanan melayu yang dilaungkan oleh UMNO. Oleh itu pihak yang terlibat (UMNO) perlu tampil memohon maaf. ( SINAR DEC10,2010:S2)

CATATAN PINGGIR
Pertama, Dapatkah Exco itu membuktikan bahawa yang 'mengeboo' itu sah .kumpulan yang diatur oleh UMNO Selangor'?  sebab majlis itu adalah majlis rasmi persidangan Penghulu-Pengawa seluruh Seemanjung dan UMNO pasti tidak dijemput secara rasmi oleh penganjur.
Kedua, jangan tuduh sembarangan, jika tidak dapat membuktikannya dengan nyata. Sedar atau tidak bahawa Penghulu-penghulu seluruh negara tidak terikat dengan politik dan mereka adalah anggota pentadbiran awam ?.
Ketiga, Sedar atau tidak MB Selangor memberikan ucapan politik diMajlis rasmi sidang Penghulu ?. Dapat atau tidak Exco pembangkang itu membezakan antara majlis rasmi pegawai kerajaan dengan majlis politik?. Seharusnya masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak ( bukan menguap). Siapa yang tersalah adab ?.
Keempat, Meminta peruntukan untuk menyama tarafkan antara Ahli Parlimen pro Kerajaan dengan Ahli Parlimen Pembangkang medannya adalah diParlimen. Bukan dihadapan Penghulu. Siapa tidak tahu adat ?.
Kelima,  Penghulu dan orang ramai pun faham dan masak bahawa taraf pembangkang dengan dengan pemerintah mana boleh sama. Itulahlah kelebihan pemerintah. Jika mahu peruntukan lompatlah keparti pemerintah.
Keenam,  Apakah kerajaan Selangor telah menyamakan kemudahan, peruntukan, keistimewaan antara ADUN Pembangkang (BN) dengan ADUN  pro Kerajaan negeri?. Jangan harapkan orang lain berbuat demikian tetapi dipihak sana tidak berbuat demikian.
Ketujuh,  'sorakan boo' dari lantai  odeon itu mengatakan " Ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat" untuk usul itu dan ini kepada kerajaan Persekutuan,  dengar atau tidak?.  Bagi pendengar yang baik harus faham bahawa ucapan itu tidak kena pada tempatnya. Apa yang harus ditonjolkan adalah apa yang kerajaan Selangor telah buat untuk rakyat bukan mohon untuk wakil rakyat.
Rumusnya,  itulah satu pertanda rakyat sudah mual dengan kerajaan Pakatan Pembangkang. Jika pasang telinga benar-benar dan berdasarkan 'body language' itulah suara penolakan  PR menjelang PRU 13. Titik.

4 comments:

Anonymous said...

KALAU TIDAK TAHU MENARI USAH SALAHKAN LANTAI...KALAU SUDAH BENGAP DAN BEBAL TU, USAH LETAKKAN KEKURANGAN ITU PADA MANUSIA LAIN....NATIJAHNYA MEMANG KHALID JENIS MANUSIA YANG TAK RETI BAHASA,TIDAK TAHU MENYESUAIKAN DIRI,MALAH MELETAKAN KEPENTINGAN POLITIK JUMUD DAN SEMPIT DI TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA....TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA KARIER POLITIK ANDA DAN SELURUH PEMBANGKANG SUDAH HAMPIR KE GARISAN PENAMAT.....PRU KE 12 LALU KALIAN BERNASIB BAIK DAN RAKYAT TERMAKAN DAKYAH..TAPI KALI INI KEADAAN SUDAH BERUBAH DAN TAK MUNGKIN LAGI RAKYAT TERJERAT UNTUK KALI KEDUA.....ITULAH SUARA HATI DAN NURANI YANG MEWAKILI SEBAHAGIAN KECIL RAKYAT....IANYA ADALAH MANIFESTASI SEBUAH KEKECEWAAN DAN SAKIT HATI YANG MERUAP-RUAP...KEPADA KHALID ANDA TUNGGULAH.... SAAT ITU AKAN TIBA....DAN DIPERSILAKAN BERKEMAS SEBELUM ORANG LAIN TOLONG MENGEMAS UNTUK ANDA..........PADA PRU KE 13 NANTI...SESUNGGUHNYA ANDA LAH PENJAHANAM DAN PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA.

Azizan Yaakob said...

Terima kasih sdr Anon. saya sangat setuju, lebih baik kemas-kemas sahaja minggu depan kita dengar ada benda meletup.

arus balik said...

Tak cukuplagi ke jual pasir ke Singapura?. Apa nak elaun sama ahli parlimen BN lagi, rumah urut, lesen judi komputer tak bole buat duit ko?. Cukuplah jadi kuda Anwar Ibraham yang peliwat handalan tu.

Anonymous said...

Salam Tuan Senator,

Apa nak di herankan kalau sudah Ada mata tapi buta, ada telingga tapi tuli, ada mulut di gunakan untuk merapu, ada otak tapi keliru, ada akal tapi kuat mengakal. Itu lah sebab nya tidak dapat membezakan mana satu yang betul pada tempat nya.


KUPAS TUAN SENATOR JANGAN TAK KUPAS. RENJAS SAMPAI LUROH, BARU LAH TAHU LANGIT ITU TINGGI ATAU RENDAH. bAIK LAH DEME ITU DI AJAR DAN MEMPELAJARI MENGURUT TENGKOK BINI.