Majlis ayahenda-ayahenda Selangor dan Wilayah persekutuan mendesak Ronnie Liu Tian Khiew dan Teresa Kok supaya meminta maaf kerana mencampuri urusan agama Islam negeri itu.
Pengerusi Ayahenda Selangor Abd Rahim Mokhtar berkata keluarga dan suku sakatnya tersinggung dengan tindakan dua Exco itu dalam mengarahkan MPSJ menarik balik larangan orang Islam berkerja dipremis menyajikan arak. Tindakan itu mengganggu urusan Islam dan mencemar nama baik Sultan Selangor selaku ketua Agama Islam negeri ini.
Kami berpesan kepada Ronnie Liu dan Teresa Kok jangan main api. Mereka juga mahu supaya MB Selangor mempertahankan penguat kuasaan itu. Pas juga yang selama ini menjadikan Islam sebagai slogan perjuangan menyatakan pendirian rasmi mereka berkaitan ini, katanya.
Kenyataan itu dibuat dalam satu pertemuan Pekida, PPIM dan gabungan NGO Islam yang dihadiri lebih 200 orang diPuchong Selangor. Turut hadir ayahenda Wilayah Persekutuan Zakaria Awang dan Aktivis PPIM, Mohd Mustafa Hamzah.
Ref : Sinar Harian Jan 19, 2011/ s 5
CATATAN PINGGIR
Sangatlah tepat masanya ayahenda-ayahenda negeri Selangor menyatakan pendirian tegas dalam keadaan bukan Islam mencampuri hal ehwal Islam, melayu dan Raja kerana ia menepati agenda tersirat dan matlamat perjuangan.
Dalam keadaan kepimpinan lemah, diperkudakan dan tidak dihormati serta tidak seimbang seluruh kaum keluarga diperdekatkan dan dipersatukan supaya sentiasa maklum dan mengambil tahu hal ehwal semasa tentang bangsa dan agama serta negara.
Kebelakangan ini usaha campur tangan bukan Islam sudah berganda dan melewati batas. Mereka mempertalatkan umat islam untuk mempergunakan masjid, memainkan peranan dalam penderhakaan kepada raja, mempertikaikan orang-orang melayu serta meperbodohkan kepimpinan melayu yang mempunyai kepentingan bergantung kepada belasan ehsan mereka.
Ini semua harus disedarkan agar warga tidak bercabang-cabang dan sesat jalan. Ia harus kembali kesimpang tiga dimana permulaan perjuangan menegakan agama, bangsa dan Negara .
Memberi peringatan kepada mereka yang terlanjur adalah satu tanggung jawab asas dan secara terhormat. Ronnie Liu dan Teresa Kok adalah dalang sebesar dalang dalam pemerintahan melayu PKR yang senang diperkudakan itu.
Kedudukan Pas bercabang pendiriannya tidak boleh diharapkan. Ada yang bertegas dan ada yang cuba mengendur mengikut arus DAP dengan alasan yang tidak sekata antara satu dengan lain. Menteri Besar juga tidak berpendirian jelas dalam hal ini kerana sering diapit oleh dua exco laknat itu.
Berjuang dengan cara berbeza tetapi matlamatnya sama demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Bagi pemeliharaan tiga perkara itu perlembagaan Negara dan keluhuran undang-undang menjadi landasan perjuangan yang mulia.
1 comment:
Salam Dato'..
Tahniah atas nukilan yg mantap & penuh maksud tersirat..Masanya sudah tiba, 30 rapat di dada, buka pengunci jiwa..Ayuh, rapatkan saf perjuangan demi Agama, Bangsa & Negara..
Post a Comment