GEMPAR - AURA ISA SAMAD MENGGONCANGKAN PASARAN SAHAM




Masih ingat lagi lagi, pemecatan Datuk Sri Anwar Ibrahim 1998 tidak menggoyangkan pasaran saham pada waktu itu mungkin kerana situasi pasaran sudah berada dilantai kerana kegawatan ekonomi yang dikaitkan dengan penyangak matawang. Tidak lama selepas itu pasaran memucuk semula kerana ada pelan dharurat MTEN. Nilai Ringgit terus ditambat untuk menstabilkan matawang dan  perdagangan.

Menurut  CEO Maybank Investment. Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, perlantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyebabkan pasaran saham jadi tidak menentu. Dakwaan itu disokong oleh Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) Dr Zainal Aznam Mohd Yusuf kepada porter pembangkang Malaysiakini kemudian  dipaut oleh Utusan Malaysia Februari10, 2011.

Apakah mereka  berdua ini  dapat memberikan bukti bahawa perlantikan tokoh politik itu menyebabkan pasaran saham jadi tidak menentu?. Sepatutnya sebagai ahli professional mereka bercakap  mesti berdasarkan fakta dan bukan omongan yang hanya spekulasi semata-mata. Adakah mereka ini sedar bahawa bekas pengerusi Felda  Tan Sri Datuk Dr Yusuf Noor juga ahli politik?.

Felda bukan syarikat yang disenaraikan dalam BSKL, mengapa pula pengaruh felda hingga boleh menjejaskan pasaran saham ?. Felda bukan syarikat yang sering dirujuk sebagai indeks utama pasaran saham. Tidak ada kena-mengena. Apa yang diketahui harga sawit dan getah yang menjadi teras bisnes Felda terus naik dan stabil.

Andainya perlantikan Tan Sri Isa selaku Pengerusi Felda boleh mempengaruhi pasaran saham Malaysia menandakan beliau adalah seorang sangat barkarisma dalam ekonomi Malaysia. Boleh jadi ia sama dengan  kehandalan Hosni Mubarak diMesir kerana pergolakan dinegara itu telah menjadikan pasaran saham dunia juga tidak menentu.

Apa yang diketahui setiap hari dipaparkan dimedia, ada saham menaik  dan ada yang menurun. Jika yang membuat keuntungan itu tidak dimasukan kedalam akaun Tan Sri Isa melainkan yang rugi sajaha adalah sangat tidak adil. Tidak profesionallah, mereka yang membuat kenyataan itu.

Sepatutnya, sebagai pegawai kanan GLC dan penasihat ekonomi tidak membuat kenyataan terbuka sedemikian rupa kerana nasihat menerusi media bukan suatu jalan yang terbaik, ia boleh mengelirukan rakyat. Sewajarnya mereka menjadi pemudah cara kepada kerajaan. Sesuatu perlantikan itu ada tujuan yang tersurat dan tersirat. Jangan melihat yang tersurat sahaja.

Jangan anggap bahawa GLC itu untuk ahli-ahli koperat sahaja. Kedudukan masing-masing itu atas dasar kemampuan dan kebolehan sebagaimana kata YAB Perdana Menteri semalam. Kebolehan sebahagian dari orang politik mampu berniaga dan berpolitik. Tetapi ramai orang ahli koperat tidak mampu berpolitik.

Teruskan baca KLIK SINI





1 comment:

Anonymous said...

pada saya isu kenaikan atau penurunan pasaran saham bukan menjadi perkara pokok atau menyebabkan pasaran kita tidak menentu, yang paling penting ialah "SOAL MORAL" yang harus di pertimbangkan, kenapa sudah pupus ke pemimpin pemimpin UMNO yang masih aktif untuk di lantik kejawatan itu, agaknya pemimpin pimimpin yang tinggal aktif dalam umno sekarang ini moralnya lebih terok dari DSIS, sehingga menyebabkan mereka yang lain tidak layak di lantik kejawatan itu. KJ tidak di beri apa apa jawatan dalam jemaah menteri, kerana salah laku atau demdam? saya setuju.

Pokoknya nya siapa yang sebenarnya di belakang perlantikan DSIS ITU, atau sudah menjadi pra syarat kerajaan sekarang bahawa untuk melantik sesaorang pemimpin unmo memegang jawatan di dalam sesautu kepentingan kerajaan mestilah orang yang moralnya tercalar, pernah di dakwa dan mungkin rasuah. ini kot penanda aras terbaru.?