PAS DAN PKR DICURIGAI DAN DITAKUTI MELAYU-ISLAM



Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr.Wong Chin Huat berkata,” sejak kebelakangan ini peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO. Manakala undi China kekal tinggi kepada  Pakatan Pembangkang (PP). Lapuran sejak PRU 12, kemenagan Pas berpunca dari undi bukan Melayu, sekali gus mengugat hasrat PP menawan Putrajaya.

Itulah kenyataannya sekarang, kalau dahulu undi Pas tinggi jika ada majority Melayu. Hari ini bertentangan sama sekali. Bagaimana sebuah parti memperjuangakan Islam tidak Berjaya mendapatkan  sokongan melayu Islam, dimana silapnya?. Menurut perkiraan jika undi Melayu hilang 5 peratus PP akan hilang 34 kerusi Parlimen. Oleh itu Pas, PKR didalam kedaan bahaya. DAP kekal dikawasan majority China” katanya  dikonvensyen Nasional  Pengupayaan bangsa: Jaminan Pas di Shah Alam  19 Feb. 2011.


CATATAN PINGGIR

Dr. Wong merasa hairan, Pas sebagai sebuah Parti yang memperjuangkan Islam tidak Berjaya mendapatkan sokongan  Melayu- Islam. Mengapa ?. Dimana Silapnya ?.  Dia pening dalam soal ini untuk memberi cadangan alternatif  kepada Pas.  Dr Wong hanya memaparkan maklumat untuk dikunyah oleh Pas supaya berfikir secara mendalam.

Kita  jawap persoalan  Dr. Wong berdasarkan beberapa jalur yang kita lihat secara kasar mengapa Pas tidak mendapat sokongan orang Melayu-Islam.

Pertama,  PRU 12 sebenarnya semua pihak tidak berpuas hati kepada BN yang dipimpin oleh Pak Lah pada waktu itu, dikatakan mengamalkan nepotisme dan kronisme.  Melaksanakan dasar-dasar yang tidak konsisten, abstrak,  boros,  dikelilingi oleh puak yang berkepentingan, optunis dan berbagai lagi.

Beliau mendapat tentangan dari Bekas PM Tun Dr Mahathir dalam berbagai isu ekonomi dan politik hingga Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO.  Difahamkan usaha Pak Lah membebaskan DS Anwar Ibrahim seolah-olah menidakkan tindakan  Bekas PM itu. Dengan itu UMNO mengalami krisis kepercayaan dari rakyat  seluruhnya.

Pas tidak kuat,  kira 5 peratus undi Melayu lari pada PRU 12 menyokong Pas.  Pas mendapat sokongan yang tidak diduga dari pengundi China, India dan Lain-lain.  Kaum China, tidak puas hati  kerana isu-isu ekonomi manakala kaum India tidak berpuas hati kepada  Presiden MIC , DS Samy Vellu yang tidak mahu berundur pada PRU 12 itu. Itulah yang menyebabkan Pas dan PKR melonjak.

Penglibatan aktif DS Anwar meyakinkan hubungan antara Pas dan DAP agak sukses  dimana sebelumnya Pas dan DAP ibarat kucing dengan anjing walaupun dipihak  pembangkang kerana mereka tidurnya sebantal disari mimpi yang berlainan. Sekarang pun masih begitu, tetapi ia dapat diredakan oleh DS Anwar Ibrahim dengan meyakinkan  mereka pada kali ini mereka akan berjaya merampas Putrajaya.  Jaminannya lebih kurang begini !,  ‘ Kita (Pakatan) rampas dahulu, bila berjaya nanti bergaduh tidak apa, sebab  sudah berjaya”.  Bergaduh orang berjaya hanya berebut agihan, bergaduh dalam gagal langsung melepas.

Mengapa pula DAP hilang sokongan Melayu-Islam?.  Bedasarkan rekod cemerlang DAP, tidak pernah bersangka baik kepada orang Melayu-Islam sejak DAP ditubuhkan. Melayu adalah musuh durjana DAP. DAP sepanjang masa memperkecil, meremeh, menghasut untuk membenci  Melayu-Islam.  Gelagat itu tidak boleh diterima oleh orang Melayu sudah hampir tiga generasi. Generasi pra Merdeka, Post Merdeka dan generasi baru.

Bila Pas berkawan dengan DAP, Melayu-islam menapak kebelakang. Lagi rapat DAP-Pas lagi jauh langkah sebahagian besar orang Melayu. Lagi kuat DAP menganjing Melayu khususnya diSelangor dan Pulau Pinang, lagi kukuh kesatuan Melayu-Islam. Soalnya sekarang bolehkah Pas menjauhkan diri dengan DAP?. Jika tidak , Pas semakin  terjerut. Pada pemikiran orang Melayu-Islam  sekarang Pas bukan sahaja tidak disokong malah dicurigai dan ditakuti.  Mereka menaganggap Pas hanyalah alat kepada DAP.

Kebelakangan ini pula  TG Nik Aziz semakin melalut mengutuk Melayu-Islam, cuba mengukuhkan pandangan bahawa Pas itu Islam, Islam itu Pas. Berbagai isu kontraversi yang melanda diri dan kepimpinannya.  Maka menjauhkan lagi langkah orang Melayu-Islam terhadap Pas. TG Nik Aziz sudah dilihat sebagai liabiliti kepada Pas sebagaimana DS Anwar liabiliti kepada PKR. Kedua-dua tokoh itu menjadi liability kepada Pakatan dan juga kepada bangsa Melayu majoriti.

PKR ?. Emmm PKR  DS Anwar gali lobang dan untuk  kambus parti itu sendiri.  Difahamkan hanya 3 orang sahaja lagi pengasas PKR bersama parti  itu,  pengasas yang lain semua tolong kambus PKR dengan kongkrit !. PKR  sekarang hanya bergantung pada kaki seluar DAP dan Pas. Pas pula tidak yakin lagi untuk bergantung kepada  PKR melainkan hanya kepada DAP. Jika DAP Patah,  Pas dan PKR  lagi terbenam dihempap oleh DAP. Tidak payah patahlah, DAP ditiup angin pun,  Pas dan PKR sudah beku.

Jika kaum China ada sedikit pertimbangan rasional terhadap membina sebuah negara bangsa yang jauh kehadapan dan mempertimbangkan MCA dan Gerakan sebagai sebuah parti bersejarah membawa kaum China hingga begini rupa kejayaan sejak 50 tahun yang silam BN akan menyapu  4/5 dari 222 kerusi Parlimen,  sekurang-kurang PRU 13 nanti.  Pas dan PKR  tidak benafas langsung dan DAP masih kekal bersendirian.



Negara ini balik kelandasan asal makmur dan sejatera. Oleh itu diharap kaum China berfikir masak-masak agar kelangsungan sebuah negarabangsa dapat diteruskan. Sedarlah bahawa semua pihak tidak berpuas hati terhadap pencapaian masing-masing.  Jika sama-sama tidak puas hati atau sama-sama puas hati itulah makna keadilan sebenar.


No comments: