SEMANGAT MESIR BAWALAH KEKERDAU DAN MERLIMAU




Pakatan rakyat sangat teruja dengan situasi yang berlaku diMesir kerana gerakan rakyat dapat menolak dictatorship ditanah Firaun itu. Tanpa mengambil kira keperlabagaian faktor tercetusnya gejolak tersebut  mereka menyamakan antaran Mesir dengan Malaysia.

Sebenarnya, bukan Pakatan pembangkang sahaja yang bersetuju dengan apa yang terjadi diMesir. Seluruh rakyat Malaysia tidak memihak kepada Mubarak walau dari mana latar belakang politik. Saya berpendapat gerakan rakyat Mesir itu sewajrnya dilakukan atas dasar kebenaran berada dipihak rakyat.

Hosni Mubarak dan regimnya sudah melampau batas sebagai sebuah demokrasi. Nepotisma dan kronisme diizinkan berlaku dengan bebas. Mubarak dan keluarganya sendiri mengaut kekayaan tanpa batas sedangkan rakyat sebilangan besarnya menderita kemiskinan, pengangguran dan pertumbuhan ekonomi yang  berada tahap landai dibawah.

Hujung tahun lepas, saya berada diMesir sempat merayau di Cairo dan Sharm ElSheik merasakan memang ada sesuatu yang tidak kena dikalangan rakyat Mesir. Mesir sangat bergantung kepada sector pelancungan  dengan adanya hasil peninggalan Firaun iaitu pyramid, muzium-muzium sejarah dan anugerah tuhan sungai yang terpanjang didunia iaitu sungai Nil dan seterusnya hasil dari turusan Suez.

Sharm El Sheik adalah sebuah bandar pelancungan dipantai Laut Merah kurang lebih sejam penerbangan dari  Cairo. Bandar itu hidup pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Ia dikunjungi oleh pelancung dari seluruh negara Arab yang berdekatan kerana disitu mereka boleh melepaskan wap dengan kara Ok, Disco, arak dan berbagai lagi.

Harga makanan terlalu tinggi. Sepinggan nasi goreng dan segelas air mencapai lebih RM30.00 . Tidak jauh harganya dari Cairo. Itu adalah harga direstoran-restoran biasa. Jika dihotel jangan ceritalah.  Pusat –pusat perniagaan lenggang. Dihotel-hotel hanya bergantung kepada pelancung luar. 

Baik, jika situasi diMesir itu sudah menguasai pemikiran rakyat Malaysia, Pakatan harus membuktikan diMerlimau dan Kerdau. Jika kedua-dua DUN itu dimenangi oleh pembangkang maka benarlah ia boleh dijadikan kayu ukur pengaruh taufan Mesir, Tunisia sampai keMalaysia.

Bawalah semangat Mesir, Tunisia itu keKerdau dan Merlimau. Jika rakyat menolaknya bermakna  Pakatan  Pembangkang sedang dibuai hayalan. Jika semangat Mesir dan Tunisia itu datang dari Pakatan maka  BN pun akan menyambutnya dengan semangat Mesir dan Tunisia juga. Sama-samalah kita beradu siapa lebih Mesir. Siapa yang Berjaya itulah sebenarnya lebih ‘Mesir’. Pihak yang kalah adalah Mubarak.

Boleh kita  tanda tangan sekarang ?.


No comments: