BUANG BAYI PEMIMPIN KURANG MENDENGAR SUARA-SUARA ANAK MUDA – MELAYURAYADAILY – Dato’ Azizan Yaakob



Isu buang bayi semakin berbahang dikalangan rakyat Malaysia. Rekod buang bayi ini rata-rata adalah orang melayu. Isu buang bayi jarang terdengar dari kaum lain kerana kelahiran bayi sebelum berkahwin bukan persoalan kepada mereka. Itu perkara biasa. Bagi umat Islam ia melibatkan bukan sahaja didunia malah sampai keakhirat. Sebenarnya, isu ini bukan perkara baru sebaliknya berlaku sejak negara beralih kezaman perindustrian. Bagaimanapun, kisah penderaan kanak-kanak bercampur-campur di antara kaum .

2009, rekod penderaan kanak-kanak di bilang oleh JKM 1,125 kes. 40 kes buang bayi yang sampai kemeja JKM ( KP JKM Datuk Meme Zainal Rahid). 2010 baru suku tahun bermula masih belum di total angkanya. Melihat kepada gemuruh di sana sini keadaan seperti musim durian tengah meluruh.

Para pemimpin, aktivis dan masyarakat kian panik dengan fenomina yang berlaku. Berbagai kempen diatur secara adhock melibatkan banyak pihak termasuk artis turun padang dalam kempen ‘kami prihatin’. Namun demikian gulungan muda tidak begitu menunjukan respon terbuka dan sebilangan besar senyap laksana ‘tikus jatuh keberas’. Apa masalahnya?. Situasi ini perlu di kaji . Para pemimpin dan aktivis perlu mendekati gulungan anak muda bukan hanya ‘talk on the surface’ semata-mata.

Para pemimpin harus mendengar keluhan, rintihan, bisikan, suara hati anak muda. Apa lagi jeritan dan pekikkan mereka secara berani dan lantang tidak dilayan disana sini. Para pemimpin tidak harus menutup telingga dan membuat tidak mendengar terhadap suara mereka. Kepimpinan bukan sahaja memerlukan kemahiran bercakap, berpidato atau beritorik sebaliknya mereka memerlukan kemahiran mendengar ( good listener). Proses mendengar ini mampu memahami dan menilai apa yang diperkatakan oleh anak-anak muda.

Mengikut Finch, B (1998). 30 minutes to negotiate better deal “ mendengar adalah proses permulaan kepada komunikasi. Mendengar adalah aktiviti paling penting dan mempengaruhi fasa memahami dan mentafsir mesej dalam komunikasi. Dalam kemahiran mendengar wujud unsur-unsur yang mempengaruhi aspek semantik. Mendengar dalam komunikasi ialah mendengar dengan aktif”.

Para pemimpin dan aktivis sosial wajar memperkemaskan proses mendengar secara aktif yang melibatkan lima komponen utama ia itu memilih, memberi perhatian, memahami, mengingati dan memberi maklum balas kepada gulungan muda-mudi. Semakin tinggi kefahaman kita semakin tersuluh terang jalan penyelesaiannya.

Kepimpinan berkesan perlu menyusun strategi mendengar sebaik mungkin. Kerana proses mendengar ada strateginya tersendiri. Tidak dinafikan bahawa para pemimpin mempunyai halangan tertentu dalam proses mendengar kerana komitmen seorang pemimpin terlalu terbeban dengan pelbagai tugas untuk dipikul. Tetapi dalam hal yang memualkan menjolok mata dan anak telinga ia memerlukan proses mendengar secara serius untuk membuat formula penyelesaian yang holistik, berkesan dalam jangka panjang. Bukan menyelesai mengikut tempo ala A go go , ca ca kemudian dangdut langsung rock n roll. Bertukar lagu bertukar rentak dan bertukar pemimpin bertukar dasar. Dasar yang baik mengapa pula tidak diteruskan?.Atau mencipta polisi yang menjerut leher ?.

Dalam isu-isu nasional yang semakin menjelekkan itu pendekatan pemimpin wajar membuka dada dan fikiran untuk sedia mendengar dan memberi penuh tumpuan, perhatian serta kritikal. Mendengar juga dengan mata hati dan fikiran positif terhadap suara-suara anak muda dengan penuh kesabaran.

Pemimpin juga harus menawarkan interpretasi dan persepsi untuk menggerakkan komunikasi yang konsisten kehadapan supaya persetujuan dicapai atau tidak. Ini juga membolehkan kedua-dua pihak untuk meneroka zon ekslusif mereka secara terbuka. Mendengar tetapi membantah atau menegakan benang basah menyebabkan terbantutnya proses untuk mendapat maklumat baru dan automatik gol yang akan dijaringkan tertuju kesasar.

PM Najib selalu mengulangi “ zaman pemimpin serba tahu segala-galanya sudah berakhir”. Dengan itu cara berindak konvensional pemimpin serba tahu juga ikut berakhir. A. and C. Chen (1982). The Art of War mengatakan “ Lifting a strand of hair does not indicate unusual strenghth, being able to see the sun and the moon does not indicate sharp vision, being able to hear the thunder does not indicate sensitive hearing”. Ini bermakna seluruh kepimpinan zaman PM Najib wajar berusaha untuk menjadi outstanding leader, sensitif dan dapat menyelesaikan masalah secara berstartegi dan mengamalkan kaedah mendengar suara rakyat.

Dalam membentuk dasar awam yang merupakan segala keputusan kerajaan untuk laksanakan atau tidak, merupakan proses yang saling bergantung antara satu peringkat dengan peringkat yang lain. Mana-mana negara sekalipun tanpa mengira ideologi, kerajaan berusaha untuk menggubal dasar bagi kepentingan rakyatnya. Walaupun dasar berubah mengikut persekitaran negara itu tetapi matlamatnya tetap kekal. Bukan dasar berubah, matlamat pun berubah. Apa yang penting sebarang dasar yang digubal suara pihak yang menjadi sasaran dasar itu wajar didengar secara aktif.

Akhirnya kita KLIK DISINI bagi kita mendengar cebisan suara anak-anak muda yang tersembunyi dicelah-celah kehidupan.

2 comments:

sri tribuana said...

Ada pemimpin bercakap ajer. Kemahiran bercakap 200%, tapi kemahiran mendengar -ve 100, mcm mana ni Dato'?

Anonymous said...

Ruang minda kebanyakan orangmelayu semakin kecil akibat kerosakkan saraf kerana diracun dengan pelbagai bahan kimia dalam bahan makanan dan minuman. Kerana itu tak dapat membezakan antara nilai baik dan buruk apabila sampai ketahap kritikal.Lihatlah berapa tan makanan ringan yang diimport atau seludup di kedai-kedai merata negara yang setiap saat meracun anak-anak kita.