TAKDIR DAN HARAPAN

 melayurayadaily- surat kepada tuan budiman.

Tuan yang budiman,
Saya ada terfikir bahawa  karya saya ini tidak layak dipersembahkan kedadapan tuan. Namun saya sangat yakin tuan berkenan menerimanya kerana saya tidak ada barang lain yang lebih bernilai untuk dihadiahkan. Semoga dalam masa yang singkat tuan dapat menyelami segala sesuatu yang saya telah pelajari bertahun-tahun dengan penuh penderitaan dan kesengsaraan, kerana itu saya persembahkan karyamaya yang kecil ini dan jika tuan membacanya dengan tekun tuan dapat merasai keinginan saya yang membara agar tuan dapat memandang kebawah dari kedudukan tuan, moga dapatlah tuan memahami bertapa besarnya kemalangan yang saya deritai meskipun saya tidak pernah mengharapkannya kerana takdir menyertai tindakkan manusia, mendahului tuhan . Kemahuan tuan yang sangat keras untuk melihat bangsa dan agama agar dipuncak kegemilangan itu telah melegakan kesengsaraan saya, dan hanya itu sahaja yang sebenar saya harapkan dari tuan. Akhirnya tuan yang budiman, jika menanggah bintang dilangit jangan lupa rumput dibumi. Salam hurmat.

No comments: