melayurayadaily-Dato’ Azizan Yaakob.
Saya membuka jendela dengan memetik ungkapan letter of Niccolo Machiavelli to Lorenzo De’Medici - C.Woekirsari (1961) 11 Principe, terjemahan ke Bahasa Inggeris The Prince, sebagai nasihat kepada penguasa Republik pada awal kurun ke 16, “…Orang harus mengetahui bagaimana menutupi tindakan-tindakannya dan menjadi pembohong dan penipu ulung. Manusia bersifat serdahana, dan begitu banyak manusia disekitarnya sehingga penipu akan selalu menemukan seorang yang siap untuk ditipunya” tambahnya lagi, “ada satu contoh yang masih hangat yang tidak akan saya lewatkan. Alexender X1( penguasa Itali abad ke 15), selalu memikirkan bagaimana menipu orang lain. Ia selalu menemukan korban penipuannya. Tidak ada yang mengatakan, dengan meyakinkan atau begitu mudah bersumpah atas kebenaran sesuatu, dan yang tidak menghormati janji. Namun tipuan-tipuannya selalu menghasilkan apa-apa yang diinginkannya, kerana ia ulung dan menguasai ilmu menipu”..
Negara Malaysia akan jadi punah ranah jika melahirkan lebih ramai pemimpin pembohong, pendusta, memfitnah, mengadu domba, serta hipokrit. Perbuatan berbohong, mengolah cerita serta melaga-laga itu boleh menyirap darah antara kaum merupakan batu api yang tidak bertanggung jawab dan membakar negara.
Halim Samad bersama wakil-wakil kaum cina dan India telah berpakat membuat lapuran polis supaya menyiasat seorang mantan Menteri Besar Perak yang tergusur dari kerajaan negeri, penggemar lagu P.Ramlee “ku sangka panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari” supaya diselidiki kenyataannya ketika berucap di Kampung Kelumpang waktu PRK Hulu Selangor yang lalu. (Utusan Malaysia mei 1, 2010).
Halim Samad meraung mendakwa bekas MB Perak itu berucap keluar api dari mulut, bahawa PM Najib ketika menjawat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengadakan perhimpunan di stadium TPCA, Jalan Raja Muda, Kampung Baru Kuala Lumpur, dia (Najib) memberi tahu pemuda sambil mengangkat keris yang sudah berkarat, “ dan kita mesti basahkan ini dengan darah cina dan banjirkan pekan KL dengan darah cina” adalah kedustaan semata-mata bagi mencucuk ketiak kaum cina di Hulu Selangor supaya terjongket dan melompat tidak memangkah dacing pada April 25 itu.
Masih segar dalam ingatan saya, sebagai pemuda yang hadir berhimpun pada petang itu, dasar membantah Ketua Pemuda MCA Lee Kim Sai ketika itu. menjerit kepada publik bahawa orang melayu adalah bangsa pendatang di Malaysia. Pada perhimpunan itu empat orang Exco berpidato panas dalam hujan rintik, ia itu Fahmi Ibrahim, Ibrahim Ali, Tajuddin Rahman dan Nazri Tan Sri Aziz. Sampai giliran PM Najib hujan mencurah-curah, PM Najib hanya berucap sedikit sahaja kerana alat pembesar suara sengau dimasuki air. Pemuda berdiri dalam keadaan kecut telur kesejukan akhirnya membawa diri masing-masing kepangkal pokok dan tiang-tiang stadium.tercungap itu..
Bagaimanapun tidak dinafikan tokoh-tokoh exco itu berucap gigi nampak berapi mendesak supaya Dr.M memecat Lee Kim Sai dari kabinet. Sehari dua selepas itu, Ibrahim Ali, Fahmi dan Tajuddin tergari diangkut ke pagar jarang sebagai tahanan ISA. Nazri mendapat tips awal, langsung mundar-mandir melarikan diri keluar negara. Jika tidak hujan, PM Najib pun naik black maria sama kekandang ISA. Perhimpunan secara aman itu, tiada seorang pun dibenar membawa apa-apa yang berbentuk senjata tajam. Apa tidaknya, polis membeliakan mata menjeling apa yang keras didalam poket seluar pemuda.
Keghairahan pemimpin yang gian kuasa hari ini, samada berdusta, membohong, menipu rakyat, mengadu domba, serta bersikap hipokrit semakin berkurap termasuklah mengupah orang ( 4 juta) untuk menulis blog bagi memfitnah PM Pak lah yang suka tidur termimpi-mimpi itu, sebelum PRU 12 yang lalu. Ajaran Islamkah berbohong,menipu, mendusta dan memfitnah itu?.Nas mana?, kitab mana?, ulamak mana? Pondok atap daun cucuh mana?. Bising.
Akhirnya sebagai menutupi jendela, Machiavelli menasihati lagi L.De’Medici, “Anda hendaknya tahu, bahawa ada dua cara berjuang: melalui undang-undang dan melalui kekerasan. Cara yang pertama adalah cara yang wajar bagi manusia, cara yang kedua adalah cara binatang. Tetapi cara yang pertama kerap kali terbukti tidak memadai, orang lalu menggunakan cara kedua” seterusnya ia menasihati "dengan demikian, kerana seorang raja (pemimpin) terpaksa mengetahui cara bertindak seperti binatang, ia harus meniru rubah dan singa……. mereka yang paling tahu meniru rubah adalah yang terbaik. Tetapi orang harus mengetahui menutupi tindakan-tindakannya dan menjadi pembohong dan penipu yang ulung”.
Mudahnya, saya ingin mengelaskan bahawa mereka ini juga dididik dan dilatih oleh Chiron, manusia berkepala binatang sebagai lambang kerendahan mereka untuk menghambat kuasa yang mereka sendiri tidak tahu untuk apa.

6 comments:
strategi ini ada bermacam macam untuk mencapai hasrat hati dan perasaan. Tertutama dalam hal hal politik. Nik aziz dgn serbannya, anwar dengan ucapan dan kelentongnya. Pemimpin UMNO, MCA dan MIC dgn gaya masing2(saudara lebih arif dlm hal ini).
pokoknya soal perut dan kuasa, tp yg merana rakyat marhain mcm hamba ini.
haahh berbunyi dah..?
Salam.Putar belit tu dah jadi asam garam org politiklah tu.Tak kiralah org sebelah sinin ke org sebelah senon hehe sama jer.
Petai
seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu...”Encik satu longgok, RM1 sahaja. Tapi kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja.” Tanya lelaki berkenaan: “Berapa longgok semuanya?” Jawab orang asli itu: “Semuanya 20 longgok..”
saja relase tension.kerana perjuangan peribadi sanggup lakukan apa saja.harap dema-dema ni ingat pada warisan akan datang
Salam MelayuRaya,
1. Posting Saudara ini penoh kiasan dan berfalsafah. Penoh makna tersiratnya.Kena baca perlahan - perlahan untuk memahami maksud nya. Bagus dan Keep up , demi untuk mendidik orang UMNO Bagian Jerantut seperti Si Dollak Kicap dan sewaktu dengan nya.
2. Bohong - bohong juga tapi jangan TERTELAN EKOR SENDIRI. nANTI RIOK TULANG BELULANG.
3. MelayuRaya, awak orang belajar tinngi di dua universiti tempatan terkemuka, bidang apa tidak pula hamba ketahui?, tapi hamba nak Tanya boleh kah kalau hamba sekloh samapai tingkan 2 aje boleh tak hamba belajar di kolej luar negara dan dapat diploma tanpa hadir kelas?. Tolong bagi panduan, teringgin sangat hamba untuk membolehkan hamba bertanding jadi tok wakil?.
TQ
Sdr Anon,
Untuk menjadi tok wakil tuan hamba tidak perlu belajar tinggi jika 'orang dipucuk' berkenan pada tuan hamba. Asasnya tuan hamba boleh menang. Dinegeri Pahang MB hamba istihar PRU lepas, UMNO ada kuota penyangak jika tuan penyangak MB tertarik kepada style tuan hamba menyangak, tuan hamba akan jadi calon . Negeri lain hamba tidak tahu.
2. Untuk tuan ingin mendapat diploma luar negara tanpa hadir kelas tidak perlu tingkatan dua. Tidak sekolah langsung pun boleh dapat lebih dari diploma, ijazah, master dan Phd. Apa yang penting dilakukan pergi sahaja ke Chowkit Road apa sijilpun ada jual disana tinggal tulis nama sahaja. Dikedai gambar semua jubah di sedia kan.Hanya orang akan melihat antara kaca dan permata bezanya sangat jelas.
Post a Comment