LESEN JUDI ADAKAN PUNGUTAN SUARA?

melayurayadaily –Dato’ Azizan Yaakob.

Sekitar 1997, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malayasia Dato’ Sri Zahid Hamidi didesak supaya berdepan dengan isu gejala soial yang membuak laksana lahar gunung berapi dikalangan jenerasi muda Malaysia merangkumi lepak, bosia, hiburan tanpa batas, dadah, rempit dan sebagainya. Satu usul dikemukakan dalam Perhimpunan Agung Pemuda mendesak semua pihak bertegas mengatasi isu sosial itu tanpa teragak-agak. Semasa menyokong usul itu semua perwakilan menjerit dan naik atas kerusi agar segera dilaksanakan. Biasalah pemuda.

Reaksi dari itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menotiskan pusat-pusat hiburan dilembah Klang supaya menutup premis hiburan tepat jam 12.00 malam. Pihak berkuasa Tempatan seluruh negara sama juga. Sempena satu majlis hari raya tidak lama selepas itu, Dato’ Sri Anwar Ibrahim sebagai TPM ketika itu menjemput khusus Exco Pemuda UMNO Malaysia kerumahnya. Agak serius, dalam sessi tea group tersebut dia kesal kerana pemuda tidak bersikap libral dalam soal hiburan kerana menjejaskan promosi pelancungan dan keceriaan sebuah masyarakat kota plural. Saya agak tercengang mendengarnya kerana imej Islamik DS Anwar bersuara demikian. Ya, barangkali tentu ada rasionalnya.

Tidak sampai setahun kemudian Polis Bahagian Narkotik Bukit Aman meenjemput Pemuda UMNO Malaysia kesessi taklimat perkembangan dari hasil desakkan pemuda. Apa terjadi ? Ada banyak keadaan berlaku urutan dari aksi pihak berkuasa. Pertama, pusat-pusat hiburan mula beroperasi waktu siang bermula jam 12.00 tengah hari secara haram. Ramai yang bolos dari kantor berhibur waktu siang. Kedua, rupanya di Lembah Klang ramai orang mempunyai milik rumah, banglow, kondo mewah, lebih dari sebuah . Anak-anak muda mereka yang buas menjadikan rumah tersebut sebagai private club. Dalam kelompok-kelompok kecil kurang 10 hingga 20 orang berpesta, berdisko, mabuk arak, dadah, sex bebas, bertukar pasangan, malah ada pesta telanjang sesama mereka. (klip video ditayangkan) . Rumusnya, sebarang yang tertutup sukar dikawal kerana kurang maklumat. Pengajaran ini mematangkan pemikiran pemuda.

Berjudi bukan budaya umat Islam. Bagi umat Islam ada hukumnya ketetapan Tuhan:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah:” Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfa’at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa’atnya”. Dan mereka bertanya kepada kamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “ Yang lebih dari keperluan.”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir. ( al- Baqarah 219 ).

Kedua, - Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk/menyembah) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhi perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( al- Maa-idah 90 ).

Bagi umat Islam sudah jelas. Sebarang pelanggaran undang ketetapan Allah terimalah balasannya samada didunia dan di akhirat.

Judi adalah budaya sebilangan masyarakat bukan Islam. Tidak ada hal untuk menghalang hak budaya mereka. Seperti Bicara Nobisha, saya sependapat tidak ada keperluan mendapatkan pungutan suara dalam hal ini. Kabinet yang selayaknya membuat keputusan. Kenyataan pemimpin agar suara rakyat ditimba akan melahirkan banyak pendapat dan polimik serta perbalahan pendapat. Tidak manasabah dan tidak pratikal. Ia bukan polisi umum melainkan kepentingan sebilangan bukan Islam.

Jika tidak diberi lesen pun judi tetap berjalan secara haram. Siapa yang bertanggung jawab. Bagaimana mengawal? Apa akan jadi jika berlaku penipuan antara mereka? Siapa boleh dipersalahkan. Bagaimana Bank Negara mengawal transaksi?. Siapa yang mengutip pertaruhan?. Bolehkah kawalan dibuat oleh pelaksana kuatkuasaan?. Apa terjadi sekiranya berlaku jenayah hasil dari tidak puas hati? Bukankah itu satu kemudharatan kepada keamanan sosial?.

Saya fikir, kerajaan tidak fikir sangat soal hasil cukai yang tidak seberapa dari judi. Tetapi lebih bersifat mengawal kejadian buruk dan keselamatan negara. Ada sudut yang tidak dapat dilihat oleh publik. Soal kemudharatan. Jika Malaysia tidak lulus, negara-negara jiran tetap luluskan. Singapura dan Thailand luluskan. Jadi sendikit judi haram Malaysia , menjadikan negara berkenaan sebagai pengkalan.

Dahulu, Lee Kuan Yew amat berhati-hati tentang kelulusan judi diSingapura. Tetapi hari ini Singapura telah membangunkan pusat perjudian terbesar di Asia malah bertaraf dunia. Ia menarik sebahagian besar pelanggan Genting Highland. Jualan bilik hotel, makan minum dan pendapatan pekerja ( sebilangan besar melayu) merosot. Peluang pekerjaan juga menurun. Jika begitu keadaannya, ada pertalian antara judi dan pendapatan rakyat. Ada korelasi antara pembekal sayur, bahan mentah, pengangkutan, dan seribu satu macam aktiviti janaan pendapatan halal rakyat. Mengapa antara yang halal dengan yang haram saling bertindih dan berpaut ? mengapa dalam keburukan ada kebajikan?. Inilah persoalan yang menjadikan kita matang.

Nah, Kerajaan tidak perlu pungutan suara untuk melulus atau tidak lesen judi bolasepak piala dunia. Yang penting Kabinet membuat keputusan berdasarkan maslahah negara samada ‘ya’ atau ‘tidak’. Dato’ Sri Anwar menentang keras?. Saya rasa tidak. Jika dia menentang dia patut kembali menjadi ketua pemuda.

No comments: