SAMY VELLU JANGAN JADI POL POT- Melayurayadaily


                                                                                                               
Beberapa tahun lalu saya dan beberapa orang rakan pinpinan pemuda mengikut lawatan PM Najib ( Ketika itu Menteri Pertahanan) terbang ke Kemboja misi bantuan kepada umat Islam diKembodia. Terbang dalam perut Charlie pesawat angkut tentera udara tanpa tingkap dan duduk disilang kambus memakan masa 100 minit bagi mendarat diPhnom Penh. Saya terbayang bahawa saya askar untuk dihantar keVietnam untuk berperang pada ketika itu. Saya agak terkejut bila dapat bertemu dengan orang melayu Cham, di dalam  majlis penyampaian bantuan itu, ucapannya dalam bahasa melayu tetapi perbendaharaan katanya amat terbatas.

Ketika itu Kemboja tidak seperti sekarang agak maju. Hanya ada sebuah hotel bintang tiga, Cambodiana Hotel milik warga negara Singapura. Sebuah hypermarket barang-barangnya dari Malaysia untuk kelas atasan, rakyat terbanyak dihalang masuk, dikontrol oleh askar PBB. Delegasi diberi taklimat tentang Kembodia langsung dibawa ke Penjara S 21, Tu ol Sleng ia itu asalnya sebuah sekolah tinggi kerajaan ( difahamkan university oF Cambodiana) untuk melihat kesan sejarah hasil tangan anak kampung Thong Province, Saloth Sar ( Mei 19, 1928 – April 15, 1998) yang dikenali oleh dunia sebagai Pol Pot ( Political Potential) pemimpin Communist Party of Kampuchea ( CPK) yang dibentuk 1966. Menjadi Perdana Menteri Kerajaan Democratic of Kampuchea (1976- 1979) dengan nama popularnya Khmer Rouge (Khmer Merah).

Waktu warga sedang sibuk pembelajaran askar Khmer Rouge telah menyerbu menutup semua pintu pagar, seorang pun samada pelajar, guru dan kakitangan sekolah itu diharam keluar menjadi tawanan disiksa dan dibunuh secara kejam sebagai mangsa pertama. Kemudiannya selama Pol Pot memerintah di penjara S 21 itu memakan korban 17 hingga 20 ribu orang rakyat kemboja. Tu ol Sleng merupakan satu dari 20 penjara sedimikian zaman itu. Gambar-gambar askar Khmer Rouge terdiri dari anak-anak muda belasan tahun begitu ria dan ghairah menyiksa dan membunuh orang awam melalui berbagai cara. Sebuah katil darahnya masih segar kering dilantai kesan hentakan sebilah kapak ditengah-tengah kepala mangsa yang sedang baring sangat menyayat hati. Sewaktu Khmer Rouge berundur terdapat tujuh orang sahaja masih hidup dari puluhan ribu mangsa penjara itu.

Di Killing Field sebuah perkampungan di tengah-tengah padang pokok asam jawa asalnya sawah padi, kami sempat merayau diatas batas-batas lubang kubur terbuka digali khusus untuk mangsa yang dipenggal kepala, Kepala dicampak kelubang agak kecil dan tubuh kedalam kubur terbuka yang agak luas. 17- hingga 20 ribu orang juga terpenggal disitu. Jika di analisa setiap tempat pembunuhan itu hanya mampu berusaha membunuh hanya 20 ribu orang sahaja dalam tempuh masa 1976-1979. Dari jauh ternampak sebuah bangunan kurus tujuh tingkat setinggi pokok kelapa, adalah muzium perang Choeung Ek mempamirkan Tengkorak yang terkumpul hadiah Pol Pot yang menghidupkan ramai orang ketika ini hasil dari pelancungan. Pelik dunia ini, kekejaman manusia boleh menghidupkan manusia juga. Sama dimana-mana sudut dunia begitu. Di Cina, tembuk besar, di Mesir ada Piramid di Rom, Itali, India, Eropah Timur serta seterusnya.

Regim Khmer merah pimpinan Pol Pot itu walaupun berkuasa dalam masa singkat telah mengorbankan dua juta rakyat kemboja kerana dibunuh, penyakit, terbiar, kebuluran dan sebagainya. Siapakah yang dibunuh? Mereka adalah pemimpin masyarakat, politik, tentera, kakitangan kerajaan. Para peniaga, mereka yang ada hubungan luar negara, ahli akademik, professional, pimpinan agama, pelajar-pelajar sekolah tinggi, penghapusan etnik, pelancung yang tidak sempat keluar ketika dharurat, pegawai asing umpamanya kakitangan diplomat yang tidak sempat keluar dan lain-lain lagi. Arahan Pol Pot siapa sahaja yang memakai kaca mata dibunuh. Ungkapan Khmer Rouge “ Biarkan enkau hidup tidak membawa sebarang keuntungan, kehilangan engkau juga tidak merugikan”. Oleh itu Pol Pot lebih hebat dari Hitler dan Stalin dalam siri pembunuhan berama-ramai.

Apakah tujuannya? Pertama, rakyat yang masih hidup setia pada pemerintahannya. Kedua, Tiada biji benih yang menderhaka agar pemerintahannya kekal. Jika ada yang berakal masih hidup pasti akan muncul lambat laun golongan penentang. Ketiga, sekolah dan gedung perniagaan dibakar kerana tidak diperlukan zamannya.. Semua rakyat dikerah kesawah ladang untuk pertanian bagi memenuhi idealisma kominis ‘samarata,- samarasa. Penghapusan kelas sosial. Keempat, Pol Pot bercita mengasaskan sebuah negara komunis yang paling sempurna didunia. Pol Pot dan Stalin karakternya hampir sama bahawa mereka tidak percaya kepada institusi kekeluargaan kerana menghalang visi radikal sosialnya. Institusi keluarga dipecah-pecahkan dan digaul rata bagi tujuan menyama ratakan sosialnya.

Kemudian saudara bertanyakan apa kena mengena dengan Malaysia? Apa guna meleret tentang Pol Pot dan Khmer Rouge? Lor, saya bawa saudara merenung sejarah itu bagi mudah memahami bahawa dalam hubungan manusia dengan kuasa berbagai perkara boleh berlaku. Kerana kuasa itu sangat nikmat rasanya sukar dipisahkan sampai ramai orang jadi gila. Saya mengingatkan mana-mana pemimpin jangan bunuh karier politik ramai orang dalam satu masa kerana jika berlaku demikian tindak balasnya terlalu cepat menamatkan karier politik pembunuh politik berkenaan. Dalam kehidupan manusia politik, hukum karma tetap berlaku. Ada masa naik dan ada masa jatuh. Kita tahu kita akan mati, kita tidak takut pada mati yang kita takut adalah bagaimana cara kita mati.

Kuasa MIC masuk ketangan Datuk Seri S. Samy Vellu tahun 1979, dua tahun sebelum Tun Dr Mahathir di julang kejawatan PM. Begitu lama, sudah 41 tahun. Sama usianya seorang bayi baru lahir telah muncul dewasa. Tentu beberapa jenerasi masyarakat India berkali-kali berubah. Mereka sudah kempunan melihat kepimpinan baru MIC dimana DS S. Samy Vellu sudah memimpin merentasi empat orang PM Malaysia, MIC masih ditakok lama juga. Bukan saja MIC tetapi masyarakat umum juga harap begitu. PRU 12, rakyat Sungai Siput menolak keras.

“Wah, kalau begitu mengapa saya dipilih lagi sebagai Presiden MIC, bukankah saya menang tanpa bertanding dipemilihan MIC yang lepas?. Itu tandanya saya masih disukai oleh ahli-ahli MIC “.Samy Vellu bertempik. Naib ketua Pemuda MIC, V mugilan dengan berani meletakkan jari pada hidung Samy Vellu “ kalau moncong laras M 16 pada hidung kami, siapa berani tidak mencalon ?”. Tanpa lengah Samy Vellu mencabut parang tanpa Bismillah memenggal kepala V Mugilan. Tergolek ketanah kepala V Mugilan. G Kumar Aamaan, KP Samy dan V Subramaniam terkejut lantas menatah tubuh V.Mugilan. Tidak disedari tiga orang CWC itu turut dipenggal kepala oleh Samy Vellu. Setiausaha Agung MIC S. Murugesan pula silang, menegur Samy Vellu dikatakan terkena hukum ‘karma’ buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. 40 tahun sudah Samy Vellu lantang mendesak Tun VT Sambbathan meletak jawatan sebagai Presiden MIC. S. Murugesan menempah ajal . Samy Vellu mengasah parang. Selang sehari, kepala S. Murugesan tergolek. 5000 lagi yang berhimpun di The Mines Ahad lalu , akan dukurung dan ditembak beramai-ramai. Siapa yang berani tunjuk muka kena. Disayaki juga akan jadi mangsa. Lihatlah. Pol Pot alaf baru Malaysia.
Sekarang kepala yang putus itu mula berhantu mengejar bayang Samy Vellu. Hantu-hantu itu menamakan mereka GAS ( Gerakan Anti Samy Vellu). Semua yang putus kepala bangkit dan dijangka berpuluh ribu yang tidak bermaya sebelum ini akan bangkit. Kebangkitan ini pasti Samy Vellu tidak akan dapat bertahan, sejarah telah membuktikan bahawa kebangkitan rakyat selagi kuat bertahan semakin cepat robohnya seperti pecah empangan letrik hydro. Saya percaya, kebangkitan ini akan menjadikan MIC padu dan kukuh semula hingga beberapa dekad.

Beginilah jika sesebuah organisasi jatuh ketangan orang yang sayangkan diri lebih dari perjuangan bangsa dan negaranya. Tetapi kita tidak terfikir bahawa mungkin DS S Samy Vellu lebih mulia, membiarkan gelombang lebih besar kaum India menentangnya seorang diri dan ia nampak berkeras dan lebih ganas supaya MIC lagi kuat bersatu padu kemudian bila MIC cukup mantap maka secara mengejut melepaskan jawatannya. Dengan itu happy ending akan berlaku seperti kita menangis melihat filem Hindustan akhirnya sebelum lampu pasang kita bertepuk tangan gembira hero memeluk heroin. Jika begitu, semua orang julang DS S Samy Vellu sebagai Hero India Malaysia lebih 40 tahun dikain layar MIC. Saya ada firasat begitu kerana seorang pemimpin yang bijak ia dapat membangkitan rakyat bersatu dalam satu masa jika organisasinya mula berpecah dan hilang arah. Jika benar, saya angkat ibu jari, you are the best Samy Vellu.

2 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Dato' Azizan,
Syabas , satu post yang baik, story line bagus.

Itu tanda zaman kegemilangan akan merudum dan puncak kuasa MIC akan menanda bertukar tangan. Sebelum itu berlaku ianya memerlukan pengorbanan, ada yang tergolek atau dipancung. Senario yang saudara post itu tepat dan dikaji yang tersirat nya. Tiada yang kekal apa yang di cipta oleh Allah dan nikmat yang diberi akan diambil balik. Hukum Karma kata saudara, akan terus berlaku.

Ini menunjuk kan kuasa tidak boleh berpusat pada seorang individu terlalu lama melebihi usia muda remaja, terlalu lama akan menjadi nyayuk. ini masalah nya. Posting saudara banyak pelajaran dan pengajaran nya jika dipelajari.

Allah SAW, telah memberi ilmu untuk dipelajari dialam mayapada ini. Tengok saja kitaran hidup ikan salmon, hidup nya dilaut , bertelus dan menetas nya di hulu sungai, akhir nya mati juga dihulu sungai setelah selesai mengawan dan bertelur. Tengok pula kelawar haiwan ini beranak secara berkoloni ( beramai-ramai)dalam gua , lepas beranak dan anak sudah segar, ibu kelawar itu pun keluar dari gua secara berkoloni untuk mencari makan. Kemudian kembali semula kegua tersebut setelah berhari-hari ditinggalkan tetapi dapat mencari dan mengenali anak nya dalam koloni yang beribu ekor itu melalui bunyi anak dan bau nya, lantas anak itu diberi makan. Ibu kelawar tidak memberi makan kalau bukan anak nya. mana -mana ibu kelawar tidak kembali, kerana di makan ular dan helang, maka anak kelawar itu akan mati kelaparan. Kan ini pengajaran alam bahawa sukses itu memerlukan perjuangan dan pengorbanan . Dalam perjuangan ada yang terkorban dan di korbankan. Yang mergorban akan turut terkorban apabila generasi baru akan bingkas berjuang. Apa kah manusia dan orang politik dan orang berkuasa tidak memerhati dan memikirkan nya ?.Keep it up untuk memberi pandangan dan pemerhatian.

TQ Kuang Bukit.

Anonymous said...

Dato' Azizan,

Matlamat sama cuma cara berbeda. Elemen menakut-nakut kan akan digunakan untuk menjelma kan kesetiaan fartomorgana. Ini para diktator merekeyasakan, untuk mengekalkan kuasa, bagi menunggu revolusi pengikut nya jika tidak dapat menahan lagi kekecewaan dan kemarahan.


TQ