BERNAS DAN FELDA KUASAI GANDUM, GULA DAN MINYAK

 MELAYURAYADAILY- DATO AZIZAN YAAKOB

Sesuatu kepentingan yang mesti ada jika tidak ia mendatangkan mudharat kepada manusia adalah makanan, pakaian, tempat tinggal, keselamatan jiwa adalah komponen maslahah dharuriyah dalam islam. Makanan tidak semua asasi atau mutlak melainkan terkelas kepada  barangan tertentu seperti beras, gandum, gula, minyak, susu (kanak-kanak) dan lain-lain.

Atas dasar ke asasian itu, pemerintah yang adil untuk semua sesebuah negara mengawal supaya jangan ada pihak yang mengambil kesempatan menghalalkan cara terus ia dilesenkan. Harga dikawal pada minimum. Jika tinggi pemerintah memberi subsidi supaya miskin kaya dapat hidup. Perakus keuntungan tidak sewenang-wenangnya menaikan harga. Walau pun simiskin makan sedikit, sikaya makan banyak atau pengilang membaham karong tetapi subsidi terus terkandung kerana akhirnya pengilang (IKS) akan sampai kepasaran semula dengan harga agak murah. Ini adalah pusingan biasa. Adakah tidak adil pemerintah mengawal?.

Bagaimana pun sejak dari post kemerdekaan rakyat sering di ancam, diugut oleh pengedar yang 'besar kepala'. Mereka sorok, seleweng, dan ugut pemerintah agar mereka diberi kebebasan. Musim-musim perayaan melayu-islam mereka meragam. Politik tidak setabil mereka mengancam. Kadang gula disorok ada muslihat dan mesej tertentu " kononnya zaman ini kurang manis" kepada mereka yang faham bahasa gula.

Orang yang lama hidup sudah masak dengan trick basi ini. Ada sahaja signal mereka. Bukan jalan raya sahaja ada signal. Dalam masyarakat plural pun ada signal. Satu ketika dahulu beras adalah makanan asasi selalu disorok. Musim perayaan orang cina jika tidak bersedia lebih awal, paling awal seminggu kedai tutup, menangislah anak kelaparan.  Tetapi setelah BERNAS memonopoli beras gejala ini  tidak pernah berlaku lagi.

Kita sudah bosan isu ini meniti sepanjang zaman. Tidak pernah ke Pemerintah terfikir untuk kunyah dan telan tompok hitam ini sekali gus sahaja ?. Mengapa kita suka meletak muka kita kelantai untuk tunduk kepada segelintir mereka ini. Tidak terfikirkah kita untuk berikan kuasa gergasi edaran gandum kepada BERNAS kerana pengalaman berasnya. Felda sebagai pengeluar minyak sawit terbesar mengapa kita tidak terfikir  supaya Felda terus mengedar minyak. Begitu juga gula berikan sahaja kepada Felda kerana   mereka mempunyai networking serta capital yang cukup jika sukar untuk mengujudkan ejensi baru ?. Paling malas berfikir, setidak-tidaknya wujud peluang pekerjaan baru mengerumuni sektor.

Mereka selalu kata bahawa pegawai-pegawai dan menteri-menteri melayu otak yang amat serdahana kurang intelektual, serta tidak boleh berfikir diluar kotak biasa, tidak genius maka tunjukkanlah selama ini kita bukan lembab tapi kita bagi peluang. Cukuplah saban hari, saban tahun diugut dengan gula, tepung, minyak. Bila Ismail Sabri cakap sekali sahaja bagi tahu mereka barangan kawalan itu akan diberi kepada stesen minyak lesen untuk mengedar, terus batang mereka  masuk dalam telur.  Tetapi jangan lupa,  mereka habis disitu?. Tidak. Tidak samasekali. Oleh itu,ministry bertanggung jawab wajar fikir untuk selesai perkara yang berulang kali, mesti pukul rapat-rapat sekali sahaja. Mengapa harus pusing untuk selesai banyak kali? Works smart. Peduli apa?.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Suara majlis,

Berapi dan bersemanggat sungguh sudara dalam posting ini. Sekali fikir sudara lebih bijak, lebih pandai dan lebih genius dari Pak Ismail Sabri dan Jentera nya. Apakah sudara berfikir mendalam faktor ekonomi " Supply and Demand" , kan ini penentu harga nya, bagaimana pula faktor usahawan dan keadilan dalam berniaga. Intervensi kerajaan adalah untuk mengawal harga supaya barangan ada dipasaran dan dapat dicapai oleh lapisan marhaim. Disini kuatkuasa dan sikap pengguna amat penting, kuatkuasa menjalan kan kerja berterusan dan beramanah. Pengguna pula tidak terburu bimbang hingga beli untuk stok. Masalah tidak akan selesai walaupun apa sudara sarankan. BIar kan pasaran terbuka berjalan dan subsidi kerajaan secara minima. Masalah ini adalah dummy dan di hebohkan dan panik. berani ... biarkan sebulan adakah rakyat malaysia mati tanpa gula dan kebulor tak makan roti canai, kehausan tak minum tea tarik.



TQ

Dato' Azizan said...

Sdr Anon,

1. terima kasih hadhir discrean ini dan sedia berbincang untuk kepentingan rakyat dan negara.Suka saya menerangkan bahawa saya adalah rakyat biasa, tidak lebih dari itu.Kita bersuara disini kerana kita tidak ada akses lain untuk disampaikan walaupun agak tebuka.

2. Suply and Demand.

Bahan bakar,beras,gula,minyak masak antara barangan permintaannya menunjukan keanjalan tidak sempurna.Harga naik kuantiti permintaan tetap sama( jika berlaku perubahan terlalu kecil)rupa bentuk keluknya dipanggil vertikal Demand menegak bersama harga.Langkah kawalan adalah untuk membentuk keanjalan sempurna.Berapa banyak permintaan pun harga tetap sama dan keluknya horizontal, ia itu garis harga selari kekanan bersama kuantiti.

3. Melihat kepada vertikal line produk seperti gula,minyak dan gandum ia menyamai petroleum,beras maka tendensinya adalah sesuai ditawarkan dalam bentuk monopoli.Kerajaan hanya mengawal satu atau tiga empat kerat dalam kesetabilan harga dan tidak perlu bertemu dengan ramai para salur pasaran. Usahawan tetap wujud walaupun bentuk monopoli tetapi usahawan yang paling rapat dengan pelanggan ia itu peruncit.

4. Isunya sekarang adalah usahawan 'orang tengah'(saluran besar) mereka telah bertindak tidak adil selama-lamanya walaupun diberi peluang sejak merdeka tetapi gelagat mereka tetap sama iaitu 'mencekik' dalam keadaan genting seperti beras satu ketika dahulu. Siapa kah mereka ini? sdr kajilah dengan mendalam siapa mereka.

5.Yang menjadi masalah bukan pengguna persendirian tetapi mereka yang hidup bergantung pada gula seperti penjual kueh,restoran, perusahaan kecil dsb. Kebanyakan mereka adalah melayu. Kadang-kadang mereka panik sebab kaum keluarganya hidup berdasarkan pendapatan sedemikian.Kais pagi makan pagi, gula untuk sesuap nasi.Berapa ramai sedemikian terutama kehidupan dalam masyarakat kota.Yang anih, para IKS besar-besar suply tetap ada.Contohnya kilang-kilang biskut, icecream dll.Siapa mereka?. Adakah kita berfikir dan melihat dengan mendalam sesuatu isu seumpama ini?.

6. Hari ini dunia melihat Negara ini sebagai model ekonomi campuran dan ramai yang mengambil ikhtibar hatta USA sendiri.Open market baik tatapi apa gunanya menindas pada sebahagian kecil barangan yang yang asasi. Bukan semua kita minta dimonopolikan. Saya juga benci pada monopoli dan suka kepada kebesan. Tetapi kita terpaksa suarakan untuk masa depan.

Terima kasih daun keladi.

Cheguman said...

Salam ziarah daripada sahabat lama yang kini menetap di Melaka (dulu Jengka8).

Teruskan perjuangan.

Cheguman