Kenyataan Dato’ Sri Anwar Ibrahim mengganjarkan kepada DAP Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah permulaan kepada langkah menuju republik. Bekas setiausaha politiknya YB Senator Mohd.Ezam Mohd Noor menyelar bahawa Anwar kemungkinan menubuhkan sistem republik adalah manasabah kerana sudah tentu Ezam pernah terdengar ura-ura ini semasa bersama (klik sini). Jika dahulu saya menggariskan tiga cara minority boleh menguasai majority semakin jelas azam mereka menjadikan republik sebagai gol atau matlamat akhirnya bagi menjaring secara meluas sokongannya kepada anak semua bangsa. Resepi ini cukup memberangsangkan kaum lain dinegara ini kerana itu yang mereka mahu.
Anwar sentiasa menggunakan konsep ‘dummy’ dalam mencapai sasarannya. Dummy adalah “thing that appears to be real but is only an imitation”. Sesuatu digambarkan nyata tetapi ianya tidak benar. Ini style Anwar saya perhatikan sejak berada dibangku ketua pemuda UMNO Malaysia lagi. Kepetahannya berpidato membawa odeon berhayal adalah keistimewaan Anwar yang sukar dibandingkan. Kemampuan Anwar boleh memukau orang, tidak lagi ramai tokoh seperti itu didunia ini. Dia boleh menukar pemikiran orang dalam beberapa minit jika dia membuka mulut. Tidak hairan orang seperti tokoh-tokoh pakatan rakyat tercungap dengan ‘art of convincing’ Anwar. Anwar belajar art ini dari Indonesia sejak mudanya kerana dia tahu ada kolej yang cukup berwibawa dalam pelajaran itu disana. Tidak hairan jika idealisma republik itu menjadi idaman dan cita-cita Anwar.
Dummy adalah satu konsep seni janji yang menarik dan memberansangkan. Soal boleh atau tidak dilaksanakan itu bergantung pada situasi.. Pilihan raya yang lalu mereka membuat dummy dengan menjanjikan semua percuma jika mereka berkuasa Contohnya , tol free, sekolah free, air free, letrik free, orang-orang tua diberi bantuan bulanan dan mahasiswa dijanjikan yuran percuma serta menurunkan harga bahan bakar. Kemudian membentuk hayalan 16 september sehingga semua orang jadi gamat dengan dummy nya. Kali ini menjanjikan TPM kepada orang-orang China ( DAP). Setelah berjaya ia tahu tidak mudah dilaksanakan tetapi ia juga tahu Rakyat sangat mudah diberi alasan. Dummy ada ilmunya tersendiri. Tidak ramai orang boleh melakukan dummy. Saudara tentu ingin mendalami ilmu dummy kerana banyak juga orang berjaya kerana dummy.
Jika benar hasrat menukar negara ini kepada sistem republik bermakna menghumban semua perlembagaan negara kelaut. Unjurannya satu rangka revolusi direncanakan. Ini lazim berlaku apabila sesuatu negara bangsa itu berusaha kearah merubah sistem pemerintahan. Revolusi Iran memakan masa yang panjang untuk menukar sistem pemerintahan beraja kepada Republik Islam Iran. Apa yang berlaku diNepal juga sama walaupun tidak sehebat revolusi Iran. diNepal revolusinya rakyat bangkit serentak menolak pemerintahan beraja dinegara itu. Di Indonesia kebangkitan nasional menentang penjajahan Belanda kedudukan raja-raja dan kesultanan tenggelam bersama arus Belanda kerana kecuaian mereka tidak ikut serta dengan kebangkitan nasionalisma rakyat Indonesia. Bila Indonesia merdeka, posisi mereka tidak diambil kira, langsung idealisma republik sangat lancar. DiTanah Melayu raja-raja memainkan peranan utama dalam menentang Malayan Union dan kebangkitan nasional dengan itu kedudukan mereka menjadi penting didalam sebuah negara bangsa Malaysia hari ini. Bukan mudah merencana gagasan revolusi kerana ia mememakan masa, banyak korban samada harta benda hatta nyawa.
Anwar mungkin tidak yakin dengan keputusan mahkamah memihak kepadanya. Hanya satu cara yang agak ada harapan dengan menjanjikan kaum lain ganjaran kuasa yang lebih besar supaya menentang BN dan PRU 13 PR jika menguasai kerajaan. Dengan kemenangan itu akan membebaskan dia keluar. Bagaimana jika Pas memegang jawatan PM jika PR menang?. Tidak. PAS sudah tua dalam perjuangannya, Mereka sudah sekian lama jatuh bangun mengejar bendera itu. Pasti tidak membebaskan Anwar. Untuk apa PAS menjemput Anwar balik ke medan dan memberi laluan kepada PKR yang masih berhingus memerintah negara? Jawapannya Anwar akan bertambah lebih menderita. Ini lah keanihan politik. Tidur sebantal mimpi lain-lain.
Saya meramalkan 2012 atau 2013 satu gejolak besar berlaku dinegara ini. Jika berlaku dalam tahun2013 bermakna jika dikira dari tahun 1969 maka angka 44 tahun akan muncul. Angka 44 adalah sangat tidak digemari oleh kaum cina. Rasa ketakutan mula bergetar sekarang dengan kenyataan Anwar itu . Saya tidak takut pada diri saya, tetapi saya sayangkan negara , bangsa dan agama saya. Marilah kita anak semua bangsa menjadikan angka 44 itu sebagai angka yang semua orang suka tanpa menafikan fengsui adalah fikiran manusia bukan tuhan sebaliknya hanya idea.
2 comments:
Salam Saudara SUARA MAJLIS,
1. Tiada satu pun benda akan kekal atau malar, termasuk soal memerintah. Sejarah lalu menjadi bukti. Ini fakta.
2. Propangganda atau dummy kata saudara adalah benda yang sama. Teknik mengujudkan keyakinan massa. Ini juga fakta.
3. Ramalan dan meramal adalah kesukaan manusia, banyak yang meleset dan tidak tepat. Segala sesuatu dah di tentukan oleh ALLAH, Hanya Dia saja mengetahuai perkara ghaib dan akan berlaku. Ramalan manusia adalah satu pembohongan dan fitnah untuk mensesasikan keadaan. Ini juga fakta.
4. Spin menyepin adalah kerja manusia, kerana sifat manusia suka membelit dan berbelit-belit.Ini fakta.
5. Kutuk mengutuk adalah seloka manusia. Ini juga Fakta.
Pertanyaan saya:
Apakah benar , air free dan letrik free ? diberi oleh PR seperti di Selangor. Ini faktor tak betul. Apa yang diberi percuma untuk 20 meter padu (ini subsidi).Letrik tiada percuma. Ini kan fakta sudara spin atau dummy perkataan sudara. Ini Fakta.
Pertanyaan Kedua:
Benar kah sudara tidak takut?, Apa benar sudara sayangkan negara, bangsa dan agama?, adakah kenyataan ini meragukan?, hanya saudara yang tahu, tapi ingat lah perbuatan dan perkataan sudara mencermin hati budi sudara. Apakah ini juga dummy?.
TK
Sdr Anon
1. Saya akui bahawa mana-mana makhluk Allah swt tidak kekal atau malar. Tetapi Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dirinya sendiri untuk mengubah.Kita cuba berakhtiar melanjutkannya lebih jauh.
2.Dummy orang pahang kata "pungkor" jadi saya berusaha menyangkalnya kerana kita tidak boleh hidup dalam bayangan pungkor.
3. Ramalan ada secara sains dan ada secara ta'kulan.Secara Sains contohnya bulan gerhana, ramalan cuaca terbukti. Ta'kulan berdasarkan penglihatan tajam pada semua sudut. Ramalan tidak jadi tepat jika sesuatu yang buruk akan berusaha mengatasinya. Yang Terjadi kerana terlepas pandang secara mendadak. Kita membawa orang semua berfikir agar ia tidak terjadi.
4. Spin adalah satu seni. Dalam apa bidang spin sangat penting. Jika kita lemah kita terspin. Kita kuat kita menyepin. Tapi spin kita untuk siapa? Spin 'dia' untuk siapa? itu saja bezanya.
5. pekej demokrasi ciptaan barat yang kita pakai hukumnya begitu. Acuan demokrasi kutuk mengutuk dedah mendedah, sindir menyindir adalah biasa.Jika membiarkan orang mencurah kutukan kepada kita, kita tidak react akan menjadi benar masyarakat akan hukum kita, lebel kita jika kita tidak react.Akhirnya jadi budaya politik. Itu fakta.
6. Saya percaya kepada kehidupan kita didalam kerangka Allah swt. Tidak bergerak sebiji zarah tanpa keizinaNya.Jika kita penakut dan tidak berlindung pada tuhan kita akan jadi orang biasa, pengikut. Kita mencorak alam bukan alam mencorak kita.
7. Terima kasih atas komen saudara yang begitu tajam hingga puas saya mengelaknya tikaman saudara. Datanglah lagi kelaman ini dan kita boleh bersilat dipentas lagi.Sudara sangat pendekar. TQ
Post a Comment