HAPUSKAN PMR DAN STPM

melayurayadaily- Dato' Azizan Yaakob

YAB. Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri mengajak rakyat berfikir dan memberikan pandangan apakah perlu UPSR dan PMR dimansuhkan?. Saya rasa terpanggil untuk melontarkan pandangan diatas pelawaan itu.  Sikap TPM dalam hal ini sangat terpuji kerana mengajak rakyat berbahas dan mencari satu rumusan untuk dilaksanakan agar setiap dasar yang dilaksanakan nanti semua pihak akan bertanggung jawab dan tidak menuding jari antara satu dengan lain. Saya percaya parti pembangkang tidak berminat untuk memberikan buah fikiran  mereka dalam hal-hal seumpama ini kerana jika  tiada silap, habislah modal mereka.

Penghapusan UPSR  sebagai modiul penutup selama enam tahun di sekolah rendah harus diteliti dengan mendalam. UPSR adalah persimpangan penting untuk para pelajar memilih bidang disekolah menengah samada mereka akan memilih bidang sains, sastera atau lain-lain. Barang di ingat bahawa tidak semua pelajar mampu meneruskan pelajaran dalam bidang sains kerana latar belakang kehidupan yang berbeza.

Persimpangan ini juga merupakan makanisma pemilihan sekolah asrama penuh yang sangat selektif bilangannya.  Jika dihapuskan UPSR, apakah standard piawaian yang mengukur kemampuan mereka untuk dipilih selain dari peperikasaan yang bersifat adil terhadap matrik mereka?. Tidak ada peperiksaan langsung diperingkat ini menyebabkan warga pendidikan menjadi relax. Bagaimana pun suatu sistem dibentuk secara holistik bagi mengurangkan orientasi peperiksaan.

PMR wajar dihapuskan kerana ia merupakan jaring halus yang menyebabkan keciciran pelajar dalam usia sangat muda. Memadailah diperingkat menengah ini hanya satu peperiksaan sahaja iaitu SPM.  STPM pula harus ditukar kepada  konsep matrikulasi. Tidak ada keperluan untuk STPM lagi sekarang melainkan ianya dijadikan pra universiti bagi pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat diuniversiti melalui SPM. Konsep pemarkahan pra unversiti  dicadangkan agar sebahagian markah semasa belajar dan sebahagian peperiksaan akhir.

Orientasi peperiksaan telah membentuk generasi hari ini dari bermula wujudnya sistem pendidikkan formal menyeluruh dinegara ini. Zaman telah berubah jauh tetapi sistem masih kekal. Bagaimanapun untuk mengubah sesuatu sistem tidak boleh sekali gus kerana banyak hal yang harus difikirkan. Memusingkan kapal besar tidak sama menukar haluan sebuah perahu kecil.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa dua peperiksaan memadai  diperingkat rendah dan menengah. UPSR dan SPM. UPSR boleh dibubarkan jika kita cukup bersedia bahawa semua sekolah menengah diMalaysia tidak dibezakan dan sama tarafnya. Tiada lagi asrama penuh yang menjadikan warga pendidikan berlumba kearah mencapainya kerana ia menjadi 'tool' prestasi pelajar, guru dan sekolah lantas membentuk budaya. Ganjaran membentuk budaya.

1 comment:

Mrs Joe said...

pandangan yg bernas