PARA MENTERI- READ THE BOSS’S MIND

melayurayadaily- Dato Azizan Yaakob

Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.Satu lagi, kerana pulut santan binasa. Seterusnya  lagi, orang tua-tua berpesan sebelum bercakap ' nganga' dahulu, mempunyai falsafah yang mendalam bahawa bercakap memang mudah tetapi kesan dari kata-kata atau percakapan yang dikeluarkan itu berbagai. Orang tua-tua dahulu bukan pandir tetapi mereka tidak punya peluang mencari ilmu seperti sekarang. Universiti mereka adalah alam terbentang. Segumpal dijadikan gunung, setitik dijadikan lautan. Mereka mengeluarkan falsafah berdasarkan pengalaman yang mereka rentas, pemerhatian yang tajam  serta membuat kesimpulan berdasarkan apa yang berlaku dipersekitaran mereka. Semuanya berguna kepada kita, tetapi kita tidak perdulikan sangat soal bahasa, kononnya bahasa itu tidak ada nilai duit.

Hari ini, dalam pembentangan RMK 10, PM Najib semasa merumus ucapannya telah mengajak semua pihak dari berbagai stratifikasai sosial  diMalaysia berfikir sempena 'World Cup'  agar mempelajari konsep pasukan yang menjulang piala. Semua pihak bermula dari penjaga gol, pemain belakang, pemain tengah, dan penjaring gol mestilah bergerak senada untuk mencapai matlamat atau  gol kemenangan. Begitulah sebuah pemerintahan, jika ingin menjadi sebuah kerajaan yang akan dipilih lagi dalam PRU ke 13 dan seterusnya harus tersusun dan bergerak sebagai dalam satu "team" kerana kedungusan seorang dua pemimpin akan menyebabkan sebuah kerajaan akan ruyup.

Bapak –bapak menteri cukuplah membuat kenyataan kepada publik isu-isu yang boleh mengelirukan dan boleh menjadi bahan jenaka para media, bloggers serta masyarakat umum. Barang diingat bahawa sesuatu yang dilontarkan itu bukan mudah untuk dipadamkan kerana banyak pihak yang menangkap dan mentafsir  dari berbagai sudut. Usaha memadamkan kenyataan yang bolos tanpa berfikir panjang itu  akan membebankan jentera parti pemerintah, jentera kerajaan dan para media serta bloggers yang membela negara. Jika modal itu hanyalah provokasi atau setakat idea cadangan atau finding mentah maka Pak menteri tidak perlulah ketengahkan dahulu kerana ia mengundang banyak tafsiran dan kekeliruan dari rakyat terbanyak. Jadikanlah kabinet sebagai medan.

Benang yang kusut jangan ditarik sebaliknya carilah punca. Pak menteri wajar membaca fikiran boss untuk melontarkan sebarang pendapat atau kenyataan. Kemudian, sangat kelihatan tidak berpendirian jika hari ini kata begini dan esuk mengata begitu.  Atau hari ini menteri kata begini esuk Perdana Menteri terpaksa menyapunya. Pernah berlaku hari ini timbalan menteri disatu ministri kata  perlu, besuk menterinya kata tidak perlu. Apa maknanya ini semua, jangan fikir rakyat tidak ambil pusing kenyataan mereka. Sebatang sungai jangan ada kualanya satu kelaut dan satu ketasik. Biarlah kedua-duanya kelaut.

Seorang PM tidak menegur anggota kabinet seperti bapa dengan anak atau majikan dengan pekerja kerana mengendalikan orang yang dianggap 'terpilih' melaksanakan visi dan misinya sudah tentu dapat mengukur apa yang difikirkannya. Kenyataan tentang pasukan bola diParlimen itu wajar diamati supaya jangan berdegil lagi. Sebagai contohnya Pak Menteri Idris Jala dengan isu  Malaysia akan bangkrap 2019 jika belanjakan subsidi 74bilion setahun telah memberi bola tanggung untuk di smash oleh Pakatan Rakyat.Walaupun kita tahu PR tidak boleh melaksanakan janji akan menambah subsidi 300% jika mereka memerintah sebagai 'dummy' mereka dalam konvensyen pakatan Rakyat di Kelantan tetapi kita membagi ruang kepada mereka membuat dummy.

Saya tidak berhajat memberi contoh-contoh dungus yang lain tetapi memadai satu contoh itu agar cukuplah Pak menteri bertindak tidak bijak dan harus memandang jauh kehadapan. Janganlah terlalu ghairah membuat kenyataan apabila dijolok pembesar suara serta perakam suara oleh para media kerana berbagai perangkap dipasang untuk mencari berita baru dan sensasi sebagai pelaris jualan mereka. Ingatan juga bahawa setiap patah perkataan dikeluarkan adalah dipegang sebagai dasar pemerintah.

Rumusnya, letakkan diri ditempat yang betul dan berperananlah ditempat masing-masing membawa visi dan misi diatas satu bukit tidak boleh ada dua ekor harimau jantan.

7 comments:

one one no belen said...

Salam Datok.Masaalahnya kenapa UMNO masih melantik pak menteri yang taraf dungus seperti ini?.Sudah sampai masanya UMNO memberikan guideline untuk memilih calon sebelom mereka dicalonkan.Letaklah calon yang benar benar layak serta berkalibar yang boleh bekerja bukan hanya pandai menjilat buntut

Anonymous said...

Not bad Dato' with the idea. kekadang kita pun pening dengan keputusan-keputusan atau decision yang dikeluarkan oleh pembuat dasar tak ada consistency, itulah lookhole yang diambil peluang oleh pembangkang.Saya lihat pemimpin sekarang macam orang sakit perut suka makan nasi bubur.Saya setuju biarlah kita buat kerja report pada boss, dan boss buat keputusan dan beritahu rakyat jangan semua nak cari publisity. teruskan menulis dan cetuskan idea yang kritis, SALAM.

Anonymous said...

MRD,

Fening fening fening kita rakyat Malaysia sekarang ni nak buat no plat kereta bayar rm 150/ tiap-tiap kali beli roadtax pula, macam2hal pulak. Ada share ke?

sangkakala said...

Dato melayuraya,

berani dato' hentam menteri apa?menteri pandir kita tu?. Tahniah memang patut gasak mereka, tak tau kah orang sudah pusing kepala ni.Buat susah PM sahaja. Sekarang ni baru saja nampak nak aman dah berserabut pula.

Teruskan

Anonymous said...

Pak Menteri cakap tak serupa bikin lah tu namanya ato'

Anonymous said...

Dato' Azizan,
Tahniah kerana keberanian dato',
tapi harap berhati2 juger sebab kerana mulut badan boleh binasa, walaupun berani kerana benar tetapi kena fikir juger kita mentimun dan Pak menteri Durian....tapi tak per kita tunggu Durian jadi tempoyak ....kita tenyeh-tenyeh dia.

melayurayadaily said...

Terma kasih diatas komen saudara-saudari dilaman ini.

2. Bukan semua menteri yang kita tegur secara terbuka.Dan bukan semua mereka kita tegur melainkan segelintir yang sering score gol sendiri.

3. Kita tidak mahu seorang dua campak batu seluruh jentera parti pemerintah kena buat kerja memadamnya pada hal sepatutnya kita tumpu pada serangan hal-hal yang datang dari luar. Jika kita asyek menepis api dari dalam sahaja bila masa kita boleh fikir ancaman luar.

4. Antara kita ada kewajipan bersedia kehadapan jika ada sesuatu yang tidak kena. Ada yang kita beri pandangan cara tertutup dan ada yang terbuka. Oleh kerana kita orang kecil, kita tidak ada aksesibiliti untuk menegur secara tertutup maka kita pilih jalan terbuka.

5. jangan bimbang, selagi niat kita untuk menegakkan agama, bngsa dan tanah air selagi itu tuhan pelihara kita walaupun saya kerap menjadi mangsa.