JIHAD

Agama Islam bukan semata-mata falsafah atau teori. Ia mengutamakan gerakan dan aktiviti bertujuan mengujudkan kesan amali dan praktikal dipadang kehidupan manusia. Segala-galanya bertumpu kepada matlamat.
Bagi mencapai matlamat tidak kira melalui pendekatan dakwah, politik, ekonomi sosial dan budaya.  Apakah matlamat itu?.  Ia tidak lain penyatuan ummah agar lebih kuat melalui pencapaian individu atau kolektif.
Seluruh ummah mu'minah samada lelaki atau wanita menyatukan diri, bersinergi, berlumba dalam berbagai gerakan dinamis menuju matlamat dengan garis yang ditentukan oleh Allah yang maha kuasa.
Dr.Muhammad Na'eem Yasin  dari Universiti Jordan dalam bukunya Jihad  terjemahan  Ismail Hasan(1985)  memaknakan  Jihad itu " gerakan dinamis yang tidak putus-putus". Dia juga  mengetengahkan  pendapat Imam Ibni Taimiah mengatakan Jihad itu hakikatnya ialah " berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai dari Allah dan keimanan, amal salih dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dari kekufuran, kefasikan dan kederhakaan".
Baik, beberapa  cabang pendekatan yang utama dalam pencapaian matlamat adalah pendekatan dakwah, politik, ekonomi, sosial dan budaya mempunyai cara dari pelupuk mata berbeza namun ia terkait rapat antara satu dengan lain tidak boleh diasing dalam mencapai matlamat. Anak sungai yang berbeza bersatu disebatang sungai mengalir kelaut. Laut adalah matlamat air.
Mari kita dekati sepintas lalu. Dakwah bertujuan mengembangkan penganut dan proses pemantapan iman adalah menukar sifat engkar (kafir) kepada patuh dan tunduk kepada Ilahi.
Kedua,  pendekatan politik adalah  beberapa bentuk gerakan bagi mendapatkan kuasa bertujuan memperkembang, mempertahan, memelihara dan mendominasi ummah. Ketiga,  pendekatan sosial  sebagai jalan mengukuh jalinan ummah yang bertaraf 'saudara' seagama.
Keempat, ekonomi untuk pengukuhan kekuatan ummah terhadap pengisian keperluan hidup, pertahanan dan kemakmuran ummah dan kelima pendekatan budaya bagi membentuk satu cara hidup ummah yang seragam, tidah berpecah, satu identiti, satu nilai cerminan seluruh kehidupan berdasarkan 'manhaj'( jalan yang ditetapkan )  ilahi.
Kelima-lima cabang pendekatan itu tidak ada individu terpisah darinya kecuali ia memencilkan diri dari arus perdana atau berada diluar komuniti Islam yang besar.  Bicara ini kita membincangkan konteks negara majority umat Islam seperti Malaysia atau the club of doom yang lain.
Apabila kita membicara soal politik boleh dikatakan dunia islam mundur dibidang ekonomi, sosial, budaya kerana factor politik. Unjuran dari itu dakwah juga turut mengempis. Zaman post Rasulullah politik berlaku perpecahan sejak khalifah empat yang terakhir ia itu zaman  Syaidina Ali r.a lagi.
Kenapa berpecah ?. Jawapannya mudah !.  Tidak lain dari aktiviti merebut kuasa. Siapa yang layak menjadi khalifah (ketua). Ia berlaku dalam semua stratifikasi sosial. Kecil cara kecil dan besar cara besar. Rendah cara rendah, tinggi cara tinggi. Politik telah membudaya ummah akhirnaya semua cabang pendekatan lain terjebak kekancah politik. Langsung semua cabang alat mencapai matlalamat lain haru biru dan berpetak-petak.
Ekonomi dijadikan alat untuk menyerang antara satu sama lain.  Sosial dipecah mengikut cita rasa politik. Budaya dicorak mengikut ragam parti-parti politik. Dakwah menjadi dakwah politik tidak terkembang keluar lingkungan ummah.
Matlamat jihad sudah jauh dari sasaran kerana ummah hidup seperti sekumpulan ketam didalam bakul.  Tarik menarik, tekan menekan, cantas mencantas, dendam mendendam, khianat mengkhianati malah bunuh membunuh sesama  sendiri. Semua menjadi budaya politik. Tidak ada satu cabang yang sepenuhnya diangkat.
Tekanan yang dihadapi oleh kelompok ummah bukan sahaja dari luar malah dari dalam lebih dahsat dan menakutkan. Semakin hari tekanan dari luar terhadap ummah kian mara dan meluas. Sedangkan ummah tetap berteguhan pegangan dengan berbagai alasan atau dalil salah satu mesti dijatuhkan seranap-ranapnya.
Apa yang lebih malang lagi, mereka itu menjemput rakan-rakan 'engkar' terhadap Allah untuk meranapkan kekuatan saudara-mara mereka.  Pada mulanya mereka menjadikan puak anti Islam itu menjadi pasukan gabungan mereka untuk menyerang.  Akhirnya, kerana kelemahan akal dan bilangan semakin mengecil mereka diperalatkan oleh puak anti Islam itu untuk memusnahkan sesama  Islam sendiri.  Hulu menjadi mata.
Golongan yang engkar itu tidak sekali-kali  patuh dan tunduk kepada Allah swt. Mereka sentiasa  bersikap negatif dan memusuhi serta menyekat dari jalan Allah Azza Wajalla. Allah telah awal-awal memberi notis kepada  kita rahsia-rahsia hamba-hambanya. Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Al Baqarah ( 217) " Mereka tidak berhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) jika mereka berupaya".
An Nisaa' ( 89  )  " Mereka mahu supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka  telah menjadi kafir lalu kamu menjadi sama dengan mereka. Maka janganlah kamu jadikan mereka penolong-penolongmu".
Al  Baqarah ( 105 ) " orang-orang  kafir dari ahli kitab dan orang-orang musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari tuhanmu".
Ar Ra'd (33) "sebenarnya orang-orang kafir itu dijadikan (oleh syaitan) memandang baik tipu daya mereka dan dihalanginya dari jalan( yang benar)"
Al  A'raf ( 44 - 45 ) " sesungguhnya kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim, (iaitu) orang-orang yang menghalang- halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok".
Allah swt telah memberi notis kepada kita siang-siang lagi mengapa kita berdegil ? Mungkin hati kita tertutup kerana jihad kita terhadap kuasa duniawi lebih dari segala-galanya hingga mengorbankan kepentingan ummah.
Kita sanggup mentafsirkan wahyu bersandarkan akal bukan akal bersandarkan wahyu.  Islam apakah itu ?. Jika orang kata kita sesat dan menyeleweng waow... kita melompat dan menerkam !.  Hangpa renunglah baik-baik. Ini bukan kata-kata saya tetapi saya menyampaikan berkali-kali kata-kata  Allah swt. Nak lawan apa haah..?.

No comments: