SEMUA PERKAUMAN


ASAS strategi antara organisasi politik diMalaysia adalah perkauman berlindung disebalik pemasaran idea tertentu. Mereka menggunakan kaedah-kaedah pemasaran bagi menyebarkan idea yang memberi manfaat atau tidak untuk membentuk, menarik, mengekal dan mengubah sikap dan gelagat sasaran umum supaya menyokong dan komited.

Boleh dikatakan semua parti-parti politik diMalaysia bergantung hidup kepada perkauman samada jelas atau terselindung. Tanpa menyentuh landasan politik sukuan diSabah dan Serawak bagi mengelak keluasan topik dan cepat jemu.

Tidak mudah mengangkat penerimaan sesuatu organisasi politik kaum jika idea yang diketengahkan tidak menujah sentimen dan pemikiran umum. Berpijak atas batu perkauman adalah praktikal dan murah. Kita lihat satu-satu:

UMNO dikenali oleh dunia sebuah organisasi politik Kebangsaan Melayu. Ahlinya terdiri dari melayu-bumiputera. Semestilah memperjuangkan kaum dengan idea perpaduan rakyat dan pembangunan dalam semua aspek kehidupan.

Bila menyebut melayu sudah tentu terangkum Islam sekali. Sayangnya, apabila rakyat sudah merasakan pembangunan manusia dan fizikal kian tepu, sokongan juga terumbang ambing. Membangun dengan keruntuhan. Apa pun ia masih terlandas atas dasar bangsa melayu. Soalannya: Apakah sesuai idea pembangunan dipasarkan lagi dalam keadaan melambak dan deflasi?.

PAS terbentuk kesan penarikan diri ( khawarij) segelintir kepimpinan UMNO kerana berbagai sebab. Faktor utama adalah kecewa perebutan jawatan dan tidak secocok dengan dasar. Mereka manarik sebahagian melayu-islam ikut serta.

Mereka menjual idea untuk menubuhkan negara Islam dan Undang Islam sepenuhnya. Diakhir akhir ini parti itu juga menjadi parti perkauman kerana idea negara Islam telah digugurkan setelah didesak oleh gabungan Pakatan Rakyat. Idea negara Islam itu dijual runcit dpinggir terpencil dan menyorok-nyorok sahaja. Tidak boleh diwar-warkan kerana orang kampung pun sudah tahu.

MCA, ditubuhkan atas landasan kaum China. Selari dengan UMNO memasar idea pembangunan kaum China dan perpaduan rakyat. Tetapi bila kaum China sudah terbangun, slogan perpaduan dikurangkan dan parti itu hilang sokongan. Orang China lebih galak kepada perpaduan sama China dan menuntut liberalisasi sepenuhnya. Mereka tidak gemar konsep agihan lagi. Puak bangsat mesti dipinggirkan . Kerana bangsat merugikan. Mereka lupa adanya sikuat kerana berdirinya sibangsat. Jika semua kuat, kuat makan kuat sebahagian pula jadi bangsat !!.

Gerakan, sebuah pertubuhan keahliannya agak terbuka tetapi didominasi oleh kaum China. Sama dengan UMNO dan MCA kempen pembangunan kaum China dan perpaduan. Tetapi parti itu ranap sekelip mata PRU 12 menjadikan parti itu hilang punca. Ideanya agak kelabu. Tendensi terus berkubur kerana keahliannya terserap kelain parti yang memerintah negeri pulau mutiara itu atau mengambil sikap memencil diri.

DAP, sebuah pertubuhan politik chauvenis ( sempit ) kaum China. Walau pun keahliannya nampak liberal tetapi kaum lain minoriti dan tidak dominan. Hanya pencukup korum. Oleh kerana ia adalah on-line PAP pemasaran ideanya agak kekiri mirip sosialis.

Setelah mendapat kuasa di Pulau Pinang DAP mula sedar reality rakyat Malaysia, langsung menjual idea liberal walaupun agak kekok. Cuba mendekati umat Islam tetapi sering terpijak kulit pisang. Apa pun perkauman China masih menjadi sari perjuangan utama. Tidak boleh dinafikan

MIC, Pertubuhan kaum India dengan idea pembangunan masyarakat India dan perpaduan. Idea menonjolkan diri dalam kepimpinan mengatasi agenda pembangunan menyebabkan parti itu mengalami krisis demi krisis kepimpinan. Setiap krisis melahirkan parti baru. Jumlah yang kecil pecah kepada kepuk kecil. Sokongan terhadap parti asal kaum itu juga merodom.

PPP, Makhal Sakti dan MIUP adalah parti serpih kaum India tadi. PPP dan MIUP Nampak keahliannya terbuka tetapi kaum India mendominasi organisasi itu. Bila berkumpul ramai ahli dari kaum lain langsung kelam. Tidak Nampak Idea yang Jelas melainkan ajenda pembangunan kepimpinan kaum India. Masyarakat yang ramai pemimpin dari pengikut jarang berjaya. Idea yang baik akan ditentang oleh pengkritik yang baik. Akhirna satu pun tidak menjadi.

Sampailah masa kita membicarakan tentang organisasi siasah PKR. Ia adalah serpihan UMNO 1998. Reformasi atas dasar membela Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dan rasuah salah guna kuasa. Keahliannya agak terbuka.

Keahliannya setara antara kaum melayu, India dan China. Bagaimana pun kepimpinan atas dikontrol oleh kepimpinan melayu. Jika dicampur antara ahli India dan Cina melayu minoriti. Ini bermakna minoriti menguasai majoriti.

PKR memasarkan idea keadilan pemerintah. Idealisma ini diketengahkan agar rakyat tertarik dengan satu bentuk benar-benar adil jika mereka berjaya memerintah. Keadilan itu mungkin samada semua senang atau semua susah. Yang pasti semua susah berdasarkan apa yang berlaku dalam parti itu sekarang !.

Puas memandang, mengapalah tidak ada parti-parti politik pakatan rakyat membawa idea perpaduan rakyat melainkan berpakat-pakat untuk merebut kuasa dan menguasai Puterajaya. Dapatkah memerintah dalam keadaan anarki?.

Mengakari semangat penubuhan semua organisasi politik diSemenanjung ini semuanya berasaskan kepada perkauman yang berselindung disebalik idea-idea yang menonjolkan idealis dan nilai estitika samada pembangunan, perpaduan, keagamaan, keadilan dan sosialisma maka tidak perlu tuduh menuduh kononnya perkauman, rasis dan sebagainya.

Jika perkauman, semualah perkauman. Jika rasis, semuanya rasis. Kerana semua hidup atas perkauman dan rasis !. Kerana rasis bermula dari perut ibu, tadika, sekolah hingga terdewasa dan mati dalam kelambu rasis. Tidak mungkin rasis dihapuskan kerana salur besar kehidupan berlorong rasis. Terimalah seadanya. Bumi lain langit pun lain.


Ber- air dah telinga mendengar rasis.


3 comments:

dzimba said...

Racist adalah cuma merupakan satu bentuk serangan oleh pihak tertentu dalam mencalarkan imej pihak yang satu lagi. Dlm kontek politik (perkhidmatan) yg bersifat elusif maka salah satu cara untuk menjatuhkan lawan adalah dengan memberi imej (gambaran) yang buruk, ada orang dipanggil king kong, gajah, barua dsbnya... justeru itu jika imej sudah buruk maka sikap kesetiaan (loyalty) pada sesuatu benda atau parti akan mula luntur dan beralih kepada "alternative products" atau pakatan altenatif. Itulah strategi dalam sektor perkhidmatan atau politik yang digunakan oleh pihak pihak tertentu. Apa yg jelas matlamat menghalalkan cara digunakan secara meluas dan rakyat yang pening lalat.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Suara Majlis,
Satu tulisan ilmiah cara mudah buat golongan muda memahami politik negara. Pandangan dari "practical politician" yang dapat membaca kejadian parti-parti dalam Malaysia. Input yang sangat baik untuk membuat penilaian.

Anonymous said...

terima kasih dzimba dan wzwh, pandangan saudara agak intelektual dapat mengesan kepincangan masyarakat Malaysia. Teruskan memberi idea. tq