PEPERANGAN POLITIK KEKUATAN PASUKAN MESTI DIUKUR

UMNO BERADA DIMANA SEKARANG?.
BAHAGIAN 4

Untuk melihat dan lajak kehadapan kita harus berhenti sejenak sejauh manakah kita meninggalkan tanah kita mula melangkah dahulu. Jika tidak dapat diukur dengan tali rantai kita mengukur dengan jarak masa. Kita juga harus bertafakur diperhentian ini untuk merenung berapa kekuatan yang kita ada untuk melangkah kehadapan dan apakah kelemahan kita untuk bergerak lebih jauh. Jika kita merasakan  tubuh kita agak penat kerana usia, apakah strategi yang boleh dipakai bagi mengekalkan hayat dan kekuatan untuk hidup lebih panjang.

Sebuah parti politik seperti UMNO yang telah meningkat usia tua ( 64 tahun pada 2010) harus bergerak atas landasan strategi untuk bertahan lebih lama lagi. Jika kita menganalogikan kehidupan seorang individu dalam satu usia 64 tahun, kehidupan dari tahun ketahun adalah bonus anugerah tuhan yang sangat tiada ternilai.

Sebenarnya bukan UMNO sahaja yang mengalami usia sedemikian, Rakan-rakan komponen BN yang lain terutama MIC, MCA menagalami usia ketuaan.  Begitu juga parti seperti PAS dan DAP agak sama. Masing-masing mempunyai penyakit yang boleh tahan simptumnya. PKR adalah adalah parti baru sebab itu ia bersifat kebudak-budakan. ( usia PKR 12 tahun). Baru lepas bersunat.

Rakan-rakan sebaya yang lahir pra kemerdekaan seperti Golkar,  LDP dan  Kongres dan parti pimpinan Marcos di Filipina telah lama dibaringan. Ada yang terus bernesan dan ada yang masih seperti duri semalu. Ditiup angin kuat pun menguncup. 

Golkar contohnya,  masih hidup dan setiap pemilu meletakan calon untuk merebut kerusi  tetapi sering dipelepah oleh parti yang baru muncul sahaja. Berdasarkan pemerhatian, parti politik yang pernah berkuasa agak lama bila jatuh tidak mampu untuk bangkit semula apatah lagi untuk merebut kekuasaan semula.

UMNO/ BN jika tewas pilihan raya ke 13 ini jangan berharap untuk  bertangga semula. Ia  akan menguncup dan lama kelamaan hilang ditelan zaman. Pada peringkat awal kekalahan masing-masing menjadi fana kerana tidak percaya bahawa sekuat UMNO boleh hilang kuasa begitu sahaja. Setelah bangkit dari fana akan menuding jari antara satu sama lain. Kemudian akan membawa diri masing-masing.

Namun demikian masih ada yang berpendapat parti itu harus dihidupkan kembali kerana sayang pada sejarahnya dan berbagai lagi. Tetapi percayalah, ramai yang hanyut dan ramai pula yang akan mencari sarang baru untuk mencari kehidupan politik baru. Sebahagian pula berpendapat bahawa sebuah rumah yang usang lebih mudah diruntuh dan bina baru daripada membaiki seluruh kerosakan yang bertompok-tompok rata.

Kita lihat sahajalah beberapa negeri yang jatuh PRU 12. Hanya Perak yang dapat bangkit semula kerana ada jalan untuk berbuat demikian. Tetapi  jika dilihat negeri lain yang bolos, semangat kepimpinan dan ahlinya  sangat kusut dan tidak bermaya. Barulah kita sedar bahawa  Orang UMNO hanya hebat  ketika menang dan ada kuasa. Jika tewas dan tidak ada kuasa mereka tidak dapat menjana kuasa dan kekuatan yang ada dalam diri mereka dimana lebih berkuasa dari segala-galanya.

Kuasa yang terlalu lama  menjadikan seseorang itu lumpuh bila tiada berkuasa. Barulah juga kita sedar bahawa pentingnya kuasa sebagai tungkat dalam kehidupan politik. Jika tidak, ibarat sebiji bateri eveready yang tidak menyala api lagi. Tong sampahlah tempatnya..

Sebuah organisasi agak berbeza sedikit dengan putaran hidup manusia kerana ia dikongsi oleh ramai manusia.  UMNO pada ketika ini terdapat 3, 478, 393 ahli  dari 192 Bahagian dan 16, 235 cawangan. Semua berumur 18 tahun keatas. ( Hishamudin Tun Hussin,.Utusan Malaysia Mei 4, 2010 ).Setelah dibersihkan keahlian terbaru 3,186,850 pada 2010 ( Presiden UMNO). 

UMNO adalah sebuah parti politik yang paling lengkap dari segi struktur organisasinya. Tidak ada parti politik didunia ini sekemas UMNO dalam susunan organisasi dari pucuk hingga ke akar rambut. Ada pucuk, batang, dahan, ranting, daun, akar tunjang dan akar rambut. Induk, wanita, pemuda, puteri. MT pusat, negeri, Bahagian dan cawangan.

Proses silih berganti, pertukaran organ dalaman yang sentiasa berlaku menyebabkan organisasi politik itu terus  segar dan dinamik. Sebab itu proses kedinamikan ini tidak boleh terhenti hingga berlaku aliran bertentangan dengan sistem dalaman organisasi. Komplikasi akan timbul kerana berlaku sekatan disana sini saluran pembuluhnya. UMNO akan mengalami  masalah jantung. ( lihat perlembagaan UMNO- pemilihan tiga tahun sekali).

A.and C. Chen (1982) dalam bukunya Art of War berkata    "Controlling a large army is the same as controlling a small army. It is only matter of organization. Similarly, wheter fighting against a large or small army, one should follow the same guiding principles of good organisation and efficient communication".

Sebuah organisasi yang besar seperti UMNO memerlukan strategi perang politik yang cukup mampan bagi mempertahankan kekuasaan lebih lama lagi.

Ikuti post akan datang.

No comments: