Dalam bahagian 2, saya mengupas bahawa kekalahan Amerika dalam perang Vietnam adalah disebabkan antaranya strategi bertahan, tiada sokongan luar, dalam jiwa rakyat Vietnam itu sendiri berbelah bahagi kerana kemiskinan dan kedahaifan masyarakat petani diVietnam tidak dapat membezakan antara kominisma dengan kapitalisma serta demokrasi. Kali ini saya saya membawa faktor-faktor teras lain pula.
Sebilangan besar anggota tentera Amerika yang agak plural itu memasuki angkatan tentera adalah semata-mata atas kerahan tenaga bagi tujuan perang Vietnam. Bukan kerana minat atau karier. Undang-undang kerahan tenaga, sesiapa yang engkar akan di penjara atau dikenakan hukuman keras.
Dipenghujung tahun 1960an dan 1970an, berkembangnya pengaruh kehidupan 'Hippies' diAmerika. Golongan muda Amerika lebih seronok dengan kehidupan bebas tanpa batas mereka. Beratus- ratus kumpulan rock muncul bagi mengisi kegemilangan zaman hippies tersebut. Antara yang popular adalah Deep Purple, Bad Company, Uriah Heep, Santana, Abba, Bee Gees, Eagle dan berbagai lagi. Kumpulan Rock ini memuja kehidupan seronok dengan hidangan marijuana ( ganja), fit, heroin, morfin, kokin, black dan berbagai nama lagi. Sedangkan pada waktu itu tidak ada undang-undang mandatori mengenai dadah.
Deep purple contohnya, sampai hari ini masih popular lagu 'smoke on the water fire in the sky' manifestasi keterujaan hayalan ganja . Untuk lebih jelas difahami, lihat bagaimana penghisap shisa pada masa kini, bagaimana ogah itu digunakan untuk mendapatkan asap wangian tembakau tersebut. Bukankah bila disedut asap berkumpul diatas air dalam balang dimana sebelum itu tembakaunya dicucuh diudara (atas).Ini adalah budaya baru anak muda diMalaysia bawaan Arab padang pasir yang membanjiri Malaysia selepas September 11.
Bob Marley mengatakan ganja itu herba. Kebebasan dadah, musik rock dan sex bebas dikalangan generasi muda Amerika pada waktu dikombinasikan dengan perhimpunan hippies diseluruh pelusuk Amerika. Tiga hari, tiga malam, tujuh hari tujuh malam, dimana kumpulan rock tidak berhenti-henti diudarakan secara life. Perkembangan ini bukan sahaja setakat diAmerika, malah mempengaruhi dunia termasuk Malaysia. Pada ketika itulah juga bermulanya pengaruh seluar jean biru yang bersepah sekarang. Majoriti golongan muda Amerika ghairah dengan hippies dengan lambang 'peace' ( dua jari ditunjukan).
Tiba-tiba kerajaan Amerika mengarahkan golongan muda mereka itu keVietnam untuk berperang. Bukan kah komflik jiwa bermula menyertai angkatan tentera lagi ?. Tidak kurang dipenjarakan kerana keengganan mereka. Bila mendarat kaki di Vietnam, berbagai halangan ditempa. Termasuklah penyesuaian diri dengan cuaca, hutan rimba, sawah ladang, nyamuk agas, lintah pacat yang janggal bagi mereka.
Vietnam berada di Golden Triangle bekalan dadah dunia. Apa lagi, shurga barulah bagi mereka menutup kekecewaan. Vietcong mengumpan gadis-gadis sexy yang ditanam virus siplis, Vietnam rose dan berbagai lagi virus yang boleh membawa maut kepada askar Amerika yang menggumulinya. Rupanya, dalam perang semuanya dijadikan alat untuk kemenangan termasuk manusia sexy !. Diluar kotak fikir kita.
Bagi askar Amerika rata-rata tidak ada visi perjuangan, melainkan membunuh atau dibunuh atau dapat menyelamatkan diri. Mereka tidak ada idealisma, matlamat selain dari keterpaksaan. Untuk apa mereka membebaskan negara asing?. Mereka juga sedar bahawa Vietnam Utara dan Vietnam Selatan adalah serumpun dan Vietcong ada disekeliling mereka. Mereka juga melihat berbondong-bondong askar Amerika mati dan rationya terlalu besar. Masing-masing menunggu bila giliran mereka akan mati. Psikologi inilah menjadikan mereka sakit jiwa dan menggian dadah saban hari dan masa.
Bagi askar Amerika rata-rata tidak ada visi perjuangan, melainkan membunuh atau dibunuh atau dapat menyelamatkan diri. Mereka tidak ada idealisma, matlamat selain dari keterpaksaan. Untuk apa mereka membebaskan negara asing?. Mereka juga sedar bahawa Vietnam Utara dan Vietnam Selatan adalah serumpun dan Vietcong ada disekeliling mereka. Mereka juga melihat berbondong-bondong askar Amerika mati dan rationya terlalu besar. Masing-masing menunggu bila giliran mereka akan mati. Psikologi inilah menjadikan mereka sakit jiwa dan menggian dadah saban hari dan masa.
Bagi Vietcong, azam mereka membebaskan negara mereka dari kolonialisma. Merapatkan balik bangsa serumpun Vietnam mereka. Gol mereka jelas. Boleh diukur. Itulah yang menjadikan semangat mereka luar biasa. Jika mereka terkorban adalah untuk tanah air mereka. Tentu ada istilah syahid mereka tersendiri. Satu kebanggan pada anak- cucu mereka dan generasi terkemudian.
Orang Amerika untuk apa?. Apa perlunya Amerika menyuap mereka dengan kapitalis dan demokrasi jika majority rakyatnya mahukan kominis?. Sebab itulah askar Amerika 53,193 terbunuh, 153, 452 merana dan 1740 hilang tidak dapat dikesan. Merana itu kerana sebahagian yang tercedera parah, cacat, impak salahguna dadah, jangkitan virus, sakit jiwa dan lain-lain. Hilang pula termasuklah melarikan diri, ditawan dan dibunuh, bunuh diri dan mati tidak dapat dikesan.
Jika dibilang, sedarlah kita bahawa perang sangat kejam, menuntut nyawa kita untuk diserahkan seperti nayawa seekor semut. Semuanya ini terjemahan ego kemanusiaan.
Jika dibilang, sedarlah kita bahawa perang sangat kejam, menuntut nyawa kita untuk diserahkan seperti nayawa seekor semut. Semuanya ini terjemahan ego kemanusiaan.
NOTA: saya diminta oleh pembaca supaya posting tidak terlalu rapat kerana mereka memerlukan masa lapang untuk mengikutinya. Jadi, dipost akan datang saya akan paparkan apa yang saya lihat sendiri kesan perang Vietnam waktu saya melawat Saigon baru-baru ini. ikutilah posting kehadapan... salam hormat.
No comments:
Post a Comment