PM NAJIB ISTIHAR PERANG JANGAN BERTAHAN- TEWAS! PASTI TEWAS !!!

SIKAP DEFENSIF WAJAR DITUKAR KEPADA OFENSIF JIKA INGIN MENANG DAN BERKUASA –melayurayadaily-Dato' azizan yaakob.

                                                                                       BAHAGIAN 1

Berlakunya peperangan Vietnam kerana mengukuh teori Domino diAsia Tenggara bahawa apabila sesebuah negara jatuh ketangan kominis, negara terdekat akan jatuh. Mudahnya, makan semua tetapi satu demi satu. Kerana kuatnya bertompok dikepala Pak Presiden US J F Kaneddy dan diikuti oleh L.B Johnson dan dikukuhkan oleh R.M Nixon pergolakan di Indochina melibatkan Vietnam, Kemboja dan Laos kerana terlibat dalam perang dingin sejak antara blok komunis dengan kapitalis yang bermula sejak 1 November 1955 hinggalah Saigon jatuh 30 April 1975.

Lyndon B.Johnson mengatakan "battle against communism.. must be joined.. with strength determination" kemudian Richard M.Nixon dengan doktrin Vietnamization nya adalah dua presiden US yang ghairah melaksanakan perang Vietnam berbanding  John .F Kennedy yang nampak evolsioner sebelumnya.

Amerika sebagai Bapak kapitalis  menghantar tenteranya bertangga naik keVietnam 1961-1962. Sekitar tahun 1965 pemindahan tentera secara besar-besaran bagi campur tangan langsung dalam mengitar kominis Vietnam Utara secara kombat.

Chien Tranh Viet Nam (the Vietnam war) atau bagi kominis memanggilnya Khang Chien Chong My ( Rasistence war against Amerika mengkomitkan antara Amerika yang disokong oleh sekutu-sekutunya dengan Vietnam Utara yang disokong oleh sekutu kominisnya Russia dan China. Vietnam adalah medan super ego kominisma dan Kapitalisma yang membahagi dua planet bumi ini.. Amerika dan Russia mengambil kesempatan beradu kekuatan seluruh strategi  perang.

Amerika yang sekutunya membantu setakat lepas batuk ditangga telah berkongsi kekuatan dengan Army Republic of Vietnam (ARVN) berantakan dengan Vietnam People's Army (VPA) atau North Vietnamese Army (NVA) yang bergabung tenaga dengan pasukan dalaman Vietnam Selatan yang bergelar Vietcong atau National Front for The Liberation of South Vietnam ( NLF).

Dari mata kasar dapat dilihat bahawa peperangan ini antara puak dalam Vietnam Selatan ia itu NVA, sebagai tentera kerajaan dan NLF atau Vietcong (komunis Vietnam Selatan). Amerika membantu Tentera Kerajaan dan Vietnam Utara yang dibelakangnya Russia dan China membantu Vietcong. Namun demikian Russia hanya pakai remote control sahaja.

Setelah ditotal selepas Saigon jatuh kepada Vietnam Utara, anggaran 4 juta orang Vietnam Utara dan Selatan terkorban. R.J Rummel seorang penganalis perang mencatat 1.011 juta orang tentera Vietnam Utara lesap. ACCF Record by country casualty (as of 12/98) mengira 266,000 ke 316,000 orang tentera Vietnam Selatan  tergusur.

Selepas 30 April 1975 hingga 1984 gerakan pembersihan pro Amerika, 100,000 didakwa. 643,300 dibunuh, 400,000 pelarian (boat people) yang terapung dilaut, berkubur dilaut Cina Selatan.

Dipihak Amerika pula 53,193 terbunuh. 153,452 hidup merana, 1740 hilang tanpa pesan di Vietnam ( agaknya lari balik). Tiada angka sebenar jumlah kos peperangan kerana data-data itu tidak sekata kerana rahsia Pentagon. ( mungkin malu belanja besar tapi kalah). Dari 7 januari 1975 hingga 30 September 2003 USD 8.3 bilion  dibelanjakan oleh kerajaan US bagi insuran, kebajikan, saraan dan bantuan perubatan kepada veteran perang Vietnam sahaja.

Lor, mengapa Amerika segergasi itu tewas? Sedangkan semuanya tip top samada askar mahu pun logistic. Jawabnya mudah sebab Amerika kalah, lembab strategi pada perang itu. Apa dia binatang itu?  Amerika hanya menggunakan segala kekuatan, kepintaran dan strateginya hanya bertahan. Mempertahankan Vietnam Selatan hingga kekawasan sempadan sahaja.

Kedua,  Vietnam Utara ada link dalaman iaitu Vietcong diVietnam Selatan. Ketiga, sokongan dari negara sekutu dingin. Keempat, Askar Amerika terhimpit dengan perang psikologi. Kelima, moral askar Amerika hancus kerana dadah dan perempuan ( serangan virus dan sakit jiwa). Ke enam, askar Amerika perang  tanpa idealism, tanpa tujuan dan hala tuju yang tidak jelas serta banyak lagi yang ingin dikupas.

Bardasarkan perang Vietnam saya akan mengupas dalam bentuk peperangan politik secara umum, secara khusus perang politik diMalaysia UMNO/BN Vs Pakatan Rakyat . Mengapa Anwar mencium kaki Yahudi semula ( agaknya sambil  menangis air mata buaya) Ikutilah posting akan datang

2 comments:

Anonymous said...

Salam SM,

Post yang baik. Perumpamaan yang jelas. Pertelingkahan dan pembahagian adalah kerana EGO, itu saja. Kalau kedua pihak meninggikan EGO selagi itu lah tak berjumpa jalan keluar. Masalah ini makin terok akibat prasangka burok makin memburok.Itu saja.

TQ

Cheguman... said...

salam Dato,
saya tak mahu komen ttg artikal ini.

tiap kali sy menemui org Jerantut, sy akan tanya, Azizan buat apa sekarang? kata mereka, bisnes.

maka saya bayangkan Datok tekun berniaga dan tidak lagi hiraukan politik.

rupa2nya sangkaan sy meleset. melihat pada blog ini sy tahu Dato cuma tidak lagi menjadi YB, namun tidak pernah lari dr perjuangan.

Syabas.

sy cuma nak beritahu bhw Dato memang hebat.