PM NAJIB- SERANG! JANGAN TINGGAL PASUKAN- TEWAS!!!


BILA HATI BERBELAH BAGI PEPERANGAN AKAN PASTI TEWAS
BAHAGIAN 2
base_camp

Dalam posting bahagian 1, antara kelemahan Amerika dalam perang Vietnam adalah mengambil pendekatan bertahan (deffensive strategy) dalam lingkungan Vietnam selatan sahaja. Gerakannya mengebom dikawasan sempadan kemboja, Laos  dan sempadan Vietnam Utara serta wilayah-wilayah dikuasai oleh Vietcong hingga beratus-ratus juta USD sehari dibelanjakan.


Vietcong merupakan gerila tempatan yang dibantu oleh NVA sangat cekap mengusai persekitaran Vietnam selatan. Bagi Vietnam Utara pengeboman Amerika disempadan mereka hanyalah merupakan halangan kecil untuk menyalur bantuan ketenteraan dan logistik kerana wilayah itu telah dikuasai mereka lebih awal lagi. Saluran perbekalan dan bantuan berjalan lancar.


Tentera darat Amerika pula bertahan dari asakan Vietcong terhadap wilayah yang menjadi sasaran Vietcong. Sudah tentu satu demi satu wilayah tewas ketangan Vietcong kerana Vietcong berada dimana-mana diVietnam Selatan. Mereka terdiri dari petani-petani dan orang awam yang terlatih dalam serangan hendap. Inilah ranjau yang dihadapi Amerika termasuk dalam perangkap gerila Vietcong. Keadaan bertambah sakit lagi tentera kerajaan Vietnam Selatan tinggal berpusat sebagaimana tentara mana-mana kerajaan lain.


Apa yang paling bahaya sekali Amerika berhadapan dengan hati nurani rakyat Vietnam yang berbelah bagi terhadap perlunya kemenangan dalam perang Vietnam itu sendiri. Bagi rakyat Vietnam kehidupan miskin mereka sebagai petani tidak ada bezanya antara komunisma dengan kapitalisma. Bagi mereka, jika Vietnam utara menguasai Vietnam Selatan sama sahaja. Kepentingan Kapitalisma dan demokrasi hanyalah keuntungan kepada penguasa Vietnam Selatan sahaja. Begitu juga dikalangan askar-askar Vietnam Selatan diperingkat low ranking mempunyai komplikasi jiwa yang sama. Apa pentingnya mereka melawan habis-habisan tentera Vietcong yang sebangsa dengan mereka?. Pada hal Vietnam Utara dan selatan terbentuk satu negara dipecah dua kerana kolonialisma barat. Hal-hal dalaman inilah terlepas pandang oleh Amerika.


Tidak terlalu besar kesilapan jika ‘bombing strategy’ Amerika dimanfaatkan dengan mengebom Hanoi dan wilayah Vietnam Utara bagi menyekat kemaraan serta melumpuhkan bantuan kepada Vietnam Selatan. Amerika mempunyai cukup alasan untuk melakukan demikian kerana idealisma Vietnam for Vietnam adalah gagasan kominisma Vietnam Utara. Tetapi oleh kerana ego dan terlalu yakin bahawa bangsa kerdil Asia itu bisa dikalahkan dengan ‘petikan jari’ akhirnya Amerika menerima kesan moral yang berpenjangan.


Bila kita membicarakan soal peperangan umum, dunia tunggal ini jika bergabung tiga Negara untuk melancarkan perang kepada mana-mana negara sekalipun akan tewas . Tiga negara itu adalah Amerika, Britain dan German. Amerika istimewa dalam bidang logistic yang menyediakan kelengkapan perang. German pula mempunyai askar yang berdisiplin, skill yang tinggi serta keberanian yang luar biasa. Manakala Britain pula bagus dalam bidang strategi perang.


Bagaimana pun dalam perang Vietnam, Amerika mendepani Vietcong boleh dikatakan bersendirian dan tidak mendapat sokongan padu dari negara-negara sekutu kapitalis. Bagi negara sekutu tidak Nampak kepentingan strategik pada perang Vietnam yang miskin pada waktu itu. Kedua, negara sekutu juga sudah mengkaji latarbelakang Vietcong dan mereka tidak mahu menghantar nyawa tenteranya untuk terkorban sia-sia. Berbeza dengan Iraq ada dua kepentingan utama iaitu ‘emas hitam’ dan moral keagamaan kristian.


Perang Vietnam, Gerakan anti kominis Korea selatan menghantar bantuan ketenteraan kedua terbesar selepas Amerika berjumlah 320,000 orang sekitar tahun 1968. Kemudian 1973, Korea Selatan menarik balik semua askarnya dengan angka kematian 5000 orang dan cedera 11,000 orang. Penarikan ini berlaku dua tahun sebelum kejatuhan Saigon 1975.


Ketiga terbesar adalah Australia, keseluruhan tenaga pembantu perang (bukan semua tentera) adalah 50,000 orang. Penghantaran bantuan tersebut sekita 1962 bertangga naik dan hanya bermukim disebuah wilayah sahaja ia itu di Phu’oc Tuy Province. Total kematian adalah kecil pada angka 501 orang dan New Zealand menghantar seramai 552 orang. Philippine, membantu melalui skuad PHLCAG (Philippines Civic Action Group) seramai 10,450 bukan tentera tetapi dibidang perubatan dan bantuan umum kemanusian.


Disini, amat malang bagi Amerika ketika peperangan dipuncak tegang Korea Selatan menarik balik tenteranya seramai lebih 300,000 orang dari Vietnam, menyebabkan pertahanan Amerika semakin kendur dan bolos sana sini. Dalam peperangan, tempuh yang panjang berbagai hal boleh berlaku diluar jangkaan. Maka dapat difahami bahawa kita tidak boleh bergantung kepada bantuan luar, sebaliknya bantuan luar hanyalah sebagai sokongan moral sahaja.


Sedutan peperangan Vietnam ini sangat menarik bagi saya, kerana ia merupakan satu peperangan yang panjang melibatkan berbagai-bagai strategi, kekuatan dan kelemahan yang merangkumi model yang boleh diteladani dalam peperangan politik yang akan dinyatakan selepas ini. Sila ikuti pos yang akan datang.

No comments: