AKUI HAKIKAT BAHAWA ISLAM MUNDUR


Kita wajar akui bahawa 1.4 bilion dari 57 negara yang mewakili  kurang lebih 20 persen populasi dunia adalah umat islam yang rata-ratanya mundur.

800 juta dalam kegelapan buta huruf. Jika dikira dalam anjakan tamadun manusia hari ini kita boleh mengandaikan bahawa buta huruf alaf baru melebihi satu billion kerana buta IT. Dalam dunia hari ini buta huruf tidak lagi didefinisikan  tidak boleh menulis dan membaca tetapi naik setangga  lagi iaitu  buta IT. Jika mengandaikan  sekitar 400 juta celik IT, ia cukup bagus.

Kita tidak boleh menyangkal semberono  beralaskan hujah dangkal seperti sebiji buah bangkung yang penuh butir tidak berisi. Selayaknya kita mendengar dahulu kenyataan  seperti pandanngan yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek  berputar atas pendapat Syed Ali Akhbar ' dalam tulisanya  'Malaysia and The Club of Doom'.

Kita harus mengakui bahawa ada kebenaran berdasarkan pemerhatian rata-rata populasi  umat islam berada dijalur timuran merangkumi Asia Tenggara,  Benua Afrika, Timur Tengah dan lain-lain  agak mundur dan terkebelakang. Jangan menegak benang basah. Bukankah kita sudah lihat dengan mata kepala sendiri?.

Bila disebut negara seperti diBenua Afrika, Lembangan Sahara dan pesisir teluk, serta gugusan Asia Tenggara, negara manakah yang dapat kita jadikan model. Emeriyah Arab Bersatu?, Mesir?, Saudia ? Pakistan? Algeria? Indonesia? Turkey? Uzbezkistan? Iran ?  Yang mana satu?.

Itu sebab kadang-kadang dalam kita merenung mencari model itu kita bertemu dengan diri kita sendiri, Malaysia. Tetapi kita menolak sifat angkat bakul sendiri. Kita akan rasa teruja bila ada negara lain mengangkat kita. Ya.. itu hakikat.

Sedarkah kita bahawa sebahagian  dari umat islam dinegara-negara tertentu seperti baru keluar dari zaman purba  dengan melalui tahap terkebelakang melebihi 50 tahun dari negara kian membangun seperti kita?. Mereka menghadapi masalah buta huruf, pendidikan,  taraf kesihatan, kebuluran, tidak cukup zat, kemiskinan, kemelaratan dan normad ?.

Ada negara–negara kaya hasil bumi hanya dikontrol oleh segelintir dan sebilangan besar rakyatnya dibawah paras serdahana dan melebar diparas kemiskinan dipiramid populasinya?. Pembangunan rakyatnya berdasarkan atas inisiatif sendiri tanpa peduli pemerintah. Hasil bumi dipulun dan dilaburkan oleh penguasa atau elit bagi membangunkan masyarakat  dibarat atas nama FDI.

Memang benar bahawa antara masyarakat Islam dengan bukan Islam dipisahkan oleh tebing falsafah. Disatu pihak memegang falsafah aggressor nasionalisme – materialisme dan disatu pihak aggressor menuju akhirat. Kedua-duanya bersifat ekstrim.

Bagi yang pertama tadi mereka menjadikan dunia ini matlamat akhir dan yang kedua itu Akhirat matlamat akhir dan dunia ini sementara.  Bertitik tolak dari 'sementara' itulah  lahirnya  pemikiran serta falsafah yang membentuk gelagat  bersifat laluan sementara didunia. Nah, cuba kita bayangkan segala-galanya sementara.

UMNO telah mengubah falsafah  kesementaraan itu dengan menyeimbangkan menjadikan dunia ini penting sebagai jalan keakhirat. Keselamatan dan kesejahteraan didunia merintis jalan kesejateraan diakhirat. Oleh kerana  ia membentuk falsafah baru bagi umat islam dinegara ini maka dasar- dasar itulah dipanggil sekular oleh PAS. Didalam mentafsir sekular maka mereka mentafsirkan bahawa falsafah UMNO ini disamakan dengan sekular barat. Mereka tidak nampak bahawa falsafah UMNO berada garis keseimbangan kedua-duanya kerana sikap skeptical dan prejudis. Kombinasi dua  dalam satu falsafah ini, telah mengubah berkesan membangunkan ummah. Inilah ramuan yang sedang dipelajari oleh negara islam mundur. Malaysia. Malaysia. Malaysia. 

Model pemikiran lama PAS ini adalah cabutan sampel dari seluruh dunia islam hampir sama  menjadikan kemunduran kepada seluruh  1.4 bilion umat islam. Namun demikian ia tidak bermakna tidak berguna langsung  kerana ia boleh mengawal agar Falsafah baru itu. Tidak bertukar kepada duniawi semata-mata. Yang menjadi masalahnya adalah apabila  kesempitan totok itu berluasa mengakari pemikiran masyarakat islam.

Sebab itulah Malaysia agak terkehadapan menyelusuri negara-negara maju hasil dari perubahan falsafah matlamat mengejar kemulian diakhirat  dengan memelihara kemulian didunia. Rabbana atina fiddunia hasanah  wafil akhiratil hasanah waqina azabannark. ( oic... betul ke ni ustaz ?). Pemikiran dan falsafah ini sebenarnya dituntut oleh Allah swt pada umat islam yang berfikir.

Jika masyarakat cina memilih kembali kebelakang menyelusuri negara  mundur lain sebagaimana  dinyatakan tadi, silakan memilih  mereka!. Bagi orang melayu tidak ada halangan untuk menuju sebuah negara islam. Biar pun mundur kerana falsafah dunia ini sementara sahaja. Anda yang mengejar dunia macam mana? Ikut sama?.

2 comments:

Dot said...

salam,

yang mundur bukan Islam tetapi umatnya yang masih jahil dalam mentafsir ayat2 AlQuran yg penuh dgn misteri yg belum terungkai sedangkan ramai cerdik pandai barat menceduk ilmu dari AlQuran utk digandingkan dgn kemajuan sains.

bila umat islam diajak utk menyelami maksud tersirat dari ayat2 AlQuran supaya boleh diketengahkan menjadi pemangkin umat, ramai yg membantah kononnya tidak mahu mencemar kesucian AlQuran itu sendiri. alangkah dangkalnya pendapat demikian kerana bijakpandai Islam sejak zaman-berzaman sentiasa mendalami isi AlQuran hinggakan tidak putus2 mereka membuat tafsiran demi tafsiran mengikut panduan guru2 yg muktabar & hingga kini kita dapat membaca kitab2 tersohor rujukan ulama2 tersebut. apakah kerana kita berpendapat ulama2 terdahulu sudah habis membuat tafsiran & huraian,maka kita harus berhenti mengkaji & meneliti ajaran Kitab Suci kita sendiri? mengapa kita begitu jumud dlm hal sebegiini sedang pihak2 kafir seperti zionists tidak pernah berhenti mencari kemajuan dari isi AlQuran?

mengapa pula kita beramai2 tidak berani & lantang membantah berdemonstrasi bila ada orang2 yg mengaku ulama tetapi memutar belitkan ayat-ayat Allah hanya utk mendapatkan keberuntungan diri & puak mereka sahaja? apakah demonstrasi hanya utk memperjuangkan seseorang atau sekumpulan manusia sahaja?

mengapa tidak ulama2 ini membina kekuatan umat dari segi ekonomi menggunakan kebijaksanaan mereka mengkaji maksud ayat-ayat Allah supaya umat Islam tidak lagi dipandang mundur @ hina?

islam juga ugama perdamaian tetapi dicacatkan oleh puak2 yg berfahaman melampau yang mengambil maksud ayat-ayat AlQuran secara separuh-separuh sesuka hati demi menghalalkan cara mencapai matlamat...jihad bagi mereka ialah menjatuhkan kerajaan yg memerintah dengan aman selama ini tetapi mereka lupa, menahan nafsu sebenarnya lebih mulia dari pergi berperang...
wallahuaklam

melayurayadaily said...

Sdr Anti bohmau

Saya berminat dengan komen saudara memang tepat.Terhurai dan jelas. Semoga mereka yang 'berkenaan' sedar akan kejahilan dan kebatilan mereka.

Terima kasih semoga dapat berkongsi fikiran lagi.