Kamus DBP memberi pengertian perkataan 'liberal' adalah orang yang berfahaman bebas menyokong kemajuan tetapi menentang hak istimewa.
Liberalisma merakam sejarah yang sangat bermakna kepada manusia dari sudut mana ia berada kerana telah mengubah seluruh pemikiran penghuni dunia selepas peristiwa renaisans ( kebangkitan). Cerita asal usulnya begini, agar kita dapat kaitkan apa yang berlaku sekarang:
Masyarakat yahudi dan zionis yang bertempiaran diEropah telah merasakan bahawa agama kristian sangat istimewa dan berpengaruh di Eropah pada zaman itu. Pengaruh dan kekuatan Kristian telah menghalang yahudi dan zionis berkembang. Lantaran itu mereka mula mempengaruhi para intelek libral diEropah berjuang menentang gereja dengan mengadakan teori-teori palsu tentang goblok dan sikap jumud agama kristian terhadap kemajuan.
Puak gereja telah menyangkal dengan keras ilmu yang tersebar dalam kepalsuan itu. Mereka tahu bahawa kepalsuan yang sengaja diada-adakan oleh puak libral dan yahudi zionis bagi menghancurkan agama kristian. Puak ilmuan libral dan yahudi-zionis bertindak balas terhadap gereja mengatakan bahawa mereka menentang dan menindas ilmu dan intelektual serta kemajuan.
Kebijaksanaan mengolah, menyusun, menyebar dan memaparkan serta mempropagandakan pemikiran mereka secara meluas maka kepalsuan dan kebatilan menjadi kebenaran dan diyakini oleh masyarakat Eropah. Langsung bangkit apa yang dikatakan renaisans di Eropah meminggirkan terus institusi agama. Dengan itu bermulah pemikiran baru yang berasaskan tiga tunggak utama iaitu politik ( kenegaraan), ekonomi dan nilai etika.
Apakah pemikiran dan falsafah dalam gagasan liberalisma itu?. Nah.. liberalisma adalah 'aliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkatkan kebebasan individu. Ia digariskan seperti berikut:
(a) Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau sekatan yang paling sedikit dalam ekonomi, politik, perundangan dan sosial (kebebasan moral).
(b) Antara gagasan-gagasan pemikirannya adalah:
(1) Individu lebih penting dari masyarakat
(ii) Masyarakat wujud untuk individu
(iii) Individu bebas dari nilai agama.
(c) Oleh kerana ketenteraman masyarakat perlu dipelihara maka moral agama digantikan dengan nilai etika walau pun krisis demi krisis timbul dibarat samada dalam keluarga, ekonomi,siasah serta masyarakat.
Itulah yang dikatakan liberalisma sebenarnya. Jika diterangkan dari makna liberalisma iaitu ' fikiran yang bebas menyokong kemajuan dan pembaharuan tetapi menentang hak keistimewaan'. Apakah ada kaitan dengan perkembangan negara kita masa kini?.
Ini mengimbas jika kita terdengar ada idealisma mereka mengatakan bahawa mereka menyokong kemajuan dan pembaharuan tetapi menentang hak istimewa maka itu signal sudah masuk fasa renaisans liberalisma.
Mereka juga mengatakan bahawa perancangan ekonomi dan politik yang meninggalkan hak istimewa akan maju. Masyarakat yang berpegang kepada agama dan membelakangkan etika tidak akan maju. Kerana orang yang berpegang kepada etika tidak berpegang kepada agama seperti apa yang berlaku zaman pos renaisans. Ia prinsip asas liberalisma. Etika telah mengambil alih peranan agama.
Sehari dua yang lalu, IMF telah berkirim salam dan pesan bahawa jika MBE tidak mengamalkan liberalisasi ekonomi tidak akan berkembang. Sidang kongres Ekonomi MCA menambat 13 resolusi libral. Libral… libral… libral.
Liberalisasi telah bergelombang minta dihapuskan sebarang hak istimewa bangsa teras diMalaysia. Puak yang bertahan sudah kian lemah dan berpeluh jantan, hanya berpaut pada pelampung yang tidak tahu bila akan terlucut.
Pembangunan negara yang selama ini dalam konsep terpimpin diperemehkan. Fahaman demokrasi terpimpin, ekonomi terpimpin dan kemasyarakatan yang berasaskan agama dianggap menindas dan zalim seperti apa yang berlaku dizaman pra renaisans diEropah berabad-abad dahulu sedang marak sekarang. Sejarah mengulangi manusia dan manusia mengulangi sejarah. Terpulanglah. Anda dipihak yang mana?.
1 comment:
Some of Us NEVER LEARN
Post a Comment