SEORANG LIBERALIS MENOLAK AGAMA



Lewat post sudah saya menerangkan asal usul libralisma mengikut jangkauan dan kefahaman yang saya capai berdasarkan siratan sejarah dan fakta terkembang dari para pemikir sosial tersohor.

Liberalisma sedalam lautan maknanya kerana ia satu istilah  yang berdiri atas satu garis dasar. Ia adalah sebatang sungai aliran pemikiran yang bertujuan untuk mempromosi kebebasan individu tidak kira digugusan politik, ekonomi, social, dan agama.

Saya ulangi bahawa Liberalisma itu berdiri tiga komponen penting sebagai syarat penuh amalannya. Pertama, individu lebih penting dari masyarakat. Kedua, masyarakat wujud untuk individu dan ketiga, individu bebas dari agama.

Dalam menilai prinsip pertama itu, individu lebih penting dari masyarakat dapat kita suluh aksi atau gelagat mana-mana kepimpinan meletakan diri, cita-cita dirinya maha utama. Baginya, posisi diri itu adalah maslahah dharuriyah (kepentingan asasi ), tidak boleh tidak. 

Gayanya, jika cita-cita dan posisi diri itu tidak tercapai  ia boleh jadi mudhrat kepada masyarakat umum. Cita-cita untuk meletakkan kepentingan masyarakat umum itu belakang kira dan hanya boleh dijual janjikan apa sahaja yang ideal, setelah kedudukannya tercapai. Buat sementara, masyarakat harus jadi batu pijak bagi dirinya melantun kelangit.

Jika fahaman ini berkembang, ramai orang berfikir bahawa diri adalah lebih penting dari masyarakat apa jadi?. Jika ianya berlaku kepada satu dua orang dalam masyarakat masih lagi ada pertimbangan. Jika bilangan yang ekstrim itu ramai akan berlaku individualisma menguasai masyarakat, bermakna  libralisma sudah berjalan lancar. Itulah sasar sebenar liberalisma.

Apabila ramai dikalangan individu bersikap tidak peduli kepada orang lain sekitarnya, terbangunlah kebebasan diri. Apa sahaja tingkahnya tiada yang boleh menghalang. Tepuk dada tanya selera. Sex bebas, homosex, bisexual, lesbian, pemerdagangan manusia, moral, akhlak hanya bermahkota dihati.

Naik setangga lagi, kekaguman masyarakat individualis itu bukan pada akhlak atau moral yang baik. Sebaliknya mereka kagum dan teruja kepada rupa kebendaan atau apa yang dikatakan fahaman materialisma. Sesiapa yang mempunyai kekuatan kebendaan, harta benda, kewangan akan menguasai masyarakat individualisma. Sebarang bentuk spiritual atau kerohanian tidak bernilai apa-apa. Orang-orang yang baik dan bersarikan  kepada kehidupan moral dan akhlak akan tersisih. Malah menjadi musuh materialisma nombor satu.

Ketaksuban, kefanatikan, ekstrim, chauvenis (sempit) serta memuja-muja tokoh mereka tanpa  banyak keterbukaan fikiran adalah masuk fasa kedua ia itu masyarakat wujud kerana individu. Lagi luas cengkaman pemikiran ini lagi berjaya liberalisma  menyeluk sampai kedasarnya.

Setakah lagi, dihujung ketaksuban dan kefanatikan itu meningkat kepada 'mempertuhankan' individu tersebut.  Setiap kata-katanya adalah benar, tidak boleh dipersoalkan dan mesti dipatuhi sehingga seseorang pemimpin itu dianggap keramat.( lihat ayah Pin).

Lantaran itu, agama  langsung tidak releven kerana agama menetapkan  timbangan yang berat dalam urusan spiritual, kerohanian, akhlak dan moral. Agama adalah musuh durjana liberalisma.

Dengan menggembur tokoh terpilih dikalangan rakyat sesebuah negara bangsa yang telah ditusukan dan dimandikan dengan air bunga liberalisma yang hikmat, dunia dapat dibentuk mengikut acuan ' tuhan baru' hasil rekaan zionis. Sasaran Zionis yang utama adalah negara dimana berkubunya umat islam supaya berkembang golongan 'engkar' kepada kebesaran Allah dengan senjata tajam Liberalisma yang merupakan pokok asal kepada kapitalisma dan demokrasi.

Maka sebab itulah ada pemimpin  yang rela nama Allah itu diguna pakai oleh sesiapa jua kerana ia tidak hanya berguna atau ekslusif kepada mana-mana pihak,  sebaliknya ia adalah 'sign' sejagat  samada dikuil, gereja, To' Kong, bangunanan atau rumah-rumah ibadat . Ia adalah satu lambang bebas yang bermaksud tuhan atau 'god'. Allah itu diizin, diterima pakai oleh berbeza fahaman agama. Seorang penyembah bahala pun boleh memanggil  sembahan mereka itu Allah. Seorang yang menyembah  roh nenek moyang juga boleh menyebut nama nenek moyang mereka Allah. Seorang Tok Cha Sami budha juga boleh dipanggil Allah.

Sebenarnya idealisma itu semata-mata ingin mengelirukan umat islam supaya perkara yang jelas menjadi kabur dan was-was lantas jenerasi demi jenerasi mendatang akan bersimpang siur kemudian lenyap langsung dalam kesesatan. Itulah matlamat libralisma yang sejati. Manusia membebaskan diri terus  dari  apa jua agama, apa lagi islam yang diakui amat sukar dihakis. Tidak mustahil.

Begitulah bahayanya liberalisma jika dijejaki tangga-tangga pemikirannya secara halus. Oleh itu bagi umat islam perhatikanlah pelopor liberalis dengan sepenuh perhatian serta menyelidik gelagat mereka kerana Allah swt memberi petunjuk  kepada  kita,  jika kita melihat dan berfikir.

Tidak hairan jika mendoakan Lim Guan Eng dalam Khutbah Jumaat berlaku awal diPulau Pinang kerana ada 'bapak liberalis Islamik' penjaga pulau itu.

Siapa?   Emmm…. Dia tu lah, siapa lagi ?  Malek suara buluh halus ? emmm tidak. Hehehe... Malek dia kawan saya dulu.   Habis?  Lu fikirlah sendiri… …poyo  sampai ke tua….

1 comment:

Anonymous said...

Dato, Azizan,

Apa hal nya Suara majlis dan Melayuraya daily tidak dilink oleh Sri Tribuana dan Blog Urag jerantok. Nak tanya aje?

TK