PM Najib telah menggariskan teras pemikiran MEB bahawa potensi dikembang dan kurang potensi diangkat sebagai jalur induk perlaksanaan MEB. Menyingkap lebih dalam ucapannya diPadang merdeka sempena Hari Malaysia sept 16, 2010.
Boleh dikatakan tidak ada media arus perdana mengupas garis penting itu yang sepatutnya difahami oleh rakyat. Mungkin kenyataan itu sengaja dibiarkan tersirat atau tidak mahu menekankan topik itu kerana terlalu banyak topik lain yang perlu diketengahkan.
Untuk mendalami pemikiran itu kamus DBP mengelaskan perkataan potensi itu kepada tiga peringkat iaitu 'potency' diertikan sebagai kekuatan dan kemampuan. Ringkasnya kuat dan mampu. Kedua, 'potential' (potensial), maknanya yang akan jadi, bakal ada upaya dan ketiga, potentiality (potensialiti) maksudnya kuasa atau sifat terpendam, perlu dicungkil.
Potensi adalah mereka yang lebih sasa dan ada kemampuan sendiri tanpa perlu dibantu oleh pihak lain termasuk kerajaan. Mereka merancang, melaksana , berkembang dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri tanpa pertolongan sesiapa.
Mereka mempunyai gaya tersendiri tanpa bergayut dan kerajaan menggubal polisi-polisi yang tidak menghalang usaha mereka. Mereka diperingkat ini membentuk peluang baru bersaing dengan kerajaan.
Potensial pula, adalah kumpulan atau individu yang berbakat boleh berkembang dengan syarat ada sedikit pertolongan pihak pemerintah atau ejensinya atau pihak lain. Sekali mereka 'take off' dengan baik mereka boleh terbang tinggi sebagai manusia potensi pertama tadi
Potensialiti pula adalah satu kumpulan atau individu mempunyai bakat, kemahiran, sedar akan potensinya tetapi tidak berupaya atau terfikir jalan yang boleh mereka terbang tinggi. Kumpulan ini jika digilap dan dibantu akan mempunyai masa hadapan yang cerah.
Melawan arus dengan ketiga-tiga sifat diatas adalah kurang potensi seterusnya tiada potensi langsung atas beberapa sebab dan latarbelakang. Contohnya, pelajar-pelajar sekolah rendah diLong Parsia serawak atau hulu Tembeling diPahang mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR wajar ditimbang masuk keasrama bantuan penuh kerana serba serbi kekurangan serta kedaifan bermula dari rumah hingga kesekolah. Kekurangan guru, alatan mengajar, persekitaran yang negatif untuk belajar. Andaiannya jika mereka berada dibandar kemungkinan mereka lebih baik setanding dengan pelajar yang lain.
Dalam sebuah negara kerajaan yang adil mengimbangkan kehidupan rakyat sambil mengiktiraf potensi adalah tanggung jawab yang semestinya tidak boleh dipandang sebelah mata. Rakyat yang berpotensi dan berdayamaju juga berganding bahu dengan kerajaan membina peluang dan menyerap sebahagian rakyat kurang potensi untuk dibantu dengan berbagai cara.
Membicarakan ekonomi tidak mungkin menjadikan semua kaya dan berpendapatan tinggi secara menyeluruh melainkan membesarkan golongan serdahana dimana golongan berpendapatan rendah mengecil. Paling-paling ideal pendapatan rendah dihapuskan.
Boleh ke?. Mustahil !. Kita harus percaya ada kuasa lain yang mentadbir seluruh manusia. Allah swt maha mengetahui urusannya apa yang kita tidak ketahui. Sebab itulah Allah swt memerintahkan umat Islam itu berzakat kerana kemiskinan itu tetap wujud dalam semua zaman.
Jadi, sebarang polisi mengatur yang kuat digalakan, yang lemah pula dibantu bermakna liberalisasi masih terpimpin. Itulah bahasa yang boleh menggantikan DEB yang menjadi musuh kaum yang menuntut liberalisasi kerana kerakusan mereka. Rumusnya kita masih berada diatas trek yang sama. Peti kaca akan mengukur samada gerabak yang kita naiki tergelincir atau tidak.
3 comments:
Orang Melayu bukan musuh DS Najib. Musuh sebenar adalah mereka-mereka yang berkomplot untuk menjatuhkan DS Najib sendiri serta kerajaan dan mereka-mereka yang menyalak diluar batasan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan.
Justeru itu, DS Najib wajar ikhlas denga segala luahan orang Melayu terhadap MEBnya.
6 NKRA telah di tetapkan. Pelaksaanan nya di umboh tanpa henti selagi ada fuel nya, iaitu MEB, GTP,ETP dan RMK-10. Kita mesti terbuka dan berpandangan positif. Saudara SM, Kejayaan nya 90 peratus kerana SIKAP ( ATTITUDE) kita dan 10 peratus telah ditakdir samaaada berjaya atau gagal, kerana ini perkara rahsia ALLAH, sebagai insan kita berusaha, tawakkal dan berserah kepada ALLAH. PERPADUAN adalah jajaran nya, PRIVATE sector adalah engine nya dan Kerajaan adalah pelincir nya. Insyaallah Berjaya.
Masa nap sekejap.TQ
terima kasih Kenn dan Anon kadang2 kita kena cakap berlapik dalam menyuarakan hak kita kerana dalam keadaan harini apa yang kita nyata diattack bertubi-tubi.
Post a Comment