SINGAPORE TIADA HAK BERCAKAP ERTI TOTAL DEMOKRASI


Singapore tidak ada hak membicarakan soal total demokrasi kerana mereka berada dalam acuan 'sosialis demokrasi' yang cenderung kepada authoritarian. Tidak ada demokrasi sebenar diSinga pura pada hakikinya walau pun mereka mengamal ekonomi terbuka.
Dalam  system dunia hari ini  ideologi kian kompleks. Antara pekej ideologi liberal dengan sosialisme-komunisme sudah bercampur baur.  Di China dan Vietnam serta negara-negara komunis lain masih mengamalkan politik komunisme sebaliknya sistem ekonomi bertukar kepada liberal. Negara-negara berkenaan sudah tidak percaya kepada sistem ekonomi sosialisme-komunisme kerana mengakui ideolgi itu 'menghalang potensi manusia'.
Bagimana pun mereka masih mengamalkan tradisi sosialisme-komunisme untuk memerintah negara. Ringkasnya ekonomi liberal, politik sosialis-komunis.
Lor..., Mengapa begitu ?  ada dua sebab utama. Pertama,  elit tradisional mahu mengekalkan warisan kuasa. Kedua,  melakukan perubahan secara evolusi. Menukarkan satu sistem ideolgi tidak semudah memusingkan sebuah kapal dipelabuhan.
Mengapa ekonomi percaya kepada sistem liberal kapitalisma ? politik pula tidak percaya kepada percaya kepada potensi manusia ? mengapa pula tiada kebebasan politik?.
Dalam konsep fahaman liberal sosial, politik, ekonomi, budaya dan agama ada pekejnya tersendiri menuju kebebasan penuh berdasarkan kawalan undang, disiplin dan etika. Begitu juga sistem sosialis-komunisme ada garisnya.
Sistem ekonomi bebas tidak mengizinkan politik kotak( inbox politics)  kerana ia bertentangan dengan  tangga potensi kemanusiaan. Percayalah, lambat laun ekonomi liberal akan mengubah politik liberal tidak tertahan. Apabila ramai rakyatnya kaya raya dan tingkat ekonomi mereka membesar keatas dalam kotak piramid, mereka melakukan kebangkitan menuntut kebebasan politik.
Ketahanan sistem politik terkawal hanya dapat tergantung sejauh mana kepimpinan elit dapat meletakan  rakyat didalam kotak. Suatu hari Singapura akan berubah kepada liberalisasi politik selari dengan dengan sistem ekonominya. Peranan ekonomi akan membudaya sosiopolitiknya.
Tetapi ada yang tanya bila?  mudah saya tidak mahu campur. Itu rakyat Singapura punya hak.
Apa yang saya hendak sampaikan disini,  Lee Kuan Yew Singa pura supaya tidak menyamakan sistem politik Singapura yang authoritarian itu sistem politik negara lain terutama negara Asean demokrasi sepeti Indonesia, Pilipine, Thailand dan Malaysia.
Malaysia mengamalkan demokrasi terpimpin. Apa dia demokrasi terpimpin?
Menggalakan potensi manusia  dalam semua bidang dalam masa yang sama memelihara golongan yang kurang potensi kerana berbagai factor ( Ucapan PM Najib – Sempena Hari Malaysia di Padang Merdeka Sabah Sept 16, 2010 ). Ini atas dasar percaya bahawa manusia bukan robot dan potensi tidak sama.
Barang di ingat bahawa Singapura tidak boleh jadi Malaysia,  Malaysia tidak boleh jadi Thailand, Indonesia tidak boleh jadi Pilipine. Tidak boleh sama sekali.
Kita harus percaya dengan bebas dan jangan sekali-kali kita meruncingkan perbezaan. Jika melihat cermin, sudah tentu kita akan mengatakan " aku terbaik". Jika kita luahkan kepada umum apa yang ada didalam hati kita ketika melihat cermin, sudah tentu orang akan menilai dan memperbesarkan kelemahan kita.
Lee Kuan Yew tidak ada adab ini terhadap negara-negara jiran. Sebenarnya LKY bersikap demikian kerana ada dendam peribadinya kepada Malaysia tidak pernah surut dan toleren. Buruknya dendam peribadi itu disemaikan kepada rakyat supaya mengikut temponya.
Kadang-kadang saya terfikir dendam itu jadi baik untuk mengekalkan dinasti authoritarian dengan mengurung pemikiran rakyat didalam sebuah kotak yang bernama  Singa pura. Rakyat Singapura sebenarnya berfikir panjang hal ini. Tetapi kalau terlalu panjang berfikir itu boleh jadi dungu !. Kah..kah... kah...

No comments: