RUANG PASAR BARU POLITIK MALAYSIA


Perkembangan terbaru sangat gempar masjid dan surau menjadi medan pasar baru bagi pengukuhan politik Pakatan Rakyat. Masjid dan surau bukan lagi medan kemuliaan umat islam sebaliknya antara bukan Islam dengan umat Islam  menjadi pasar dagang undi.

Trend ini berubah selepas pilihan raya umum ke 12, apabila Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri disemenanjung. Rangsangan untuk mengukuhkan kedudukan dengan berbagai cara yang tidak terfikir oleh umat Islam sebelum ini. Nampaknya ia berterusan walaupun banyak pihak menegur termasuk Sultan sebagai ketua Agama Islam sendiri supaya tempat ibadat tidak dijadikan pasar dagang undi.

Kamus Dewan memaknakan  Market itu 'pasar', perniagaan barang-barang tertentu; berjual beli; membeli atau menjual dan memasarkan.

Kotler (1999)  dalam bukunya Principles of Marketing  mengatakan pemasaran adalah " Satu proses sosial atau pun pengurusan dimana individu atau pun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakan sendiri atau melalui pertukaran produk atau nilai dengan satu pihak lain".

Apa pula kata  Persatuan Pemasaran Amerika ?.  AMA pula mengatakan bahawa " pemasaran adalah satu proses perancangan dan perlaksanaan konsepsi, harga,  promosi dan pengedaran idea, barangan dan servis untuk membentuk pertukaran yang dapat memuaskan objektif individu dan organisasi".

Nah.. cuba kita analisa ketiga-tiga makna diatas samada dari sudut bahasa dan istilah. Nampak gayanya, boleh kita padankan makna tujuan bisnes diatas kepada situasi politik pada masa kini.

Dalam pemasaran tradisi ( berasaskan produk seperti barangan contohnya sabun, kereta, kasut dan peralatan dll) terdapat lima jenis pemasaran bukan tradisi iaitu servis, pemasaran diri, pemasaran tempat, pemasaran organisasi dan pemasaran idea. Kelima-lima ini terdapat didalam pekej pasar baru politik yang menjadi tajuk perbincangan ini. 

Saya tidak mempunyai ruang untuk membicarakan terperinci kerana saya percaya bahawa sasaran saya adalah golongan 'tertentu' dalam kontek nich-market yang pasti memahami dan tidak payah dicincang seperti 'gulai kawah'.

Pemasaran organisasi yang dilakukan oleh organisasi perniagaan  dan bukan perniagaan (bukan tujuan untung duit) dengan tujuan untuk membentuk, mengekal atau menukar sikap dan gelagat sesuatu masyarakat terhadap sesebuah organisasi parti politik.

Pemasaran diri sangat menarik minat para pemasar pada masa kini untuk dikaji. Pemasaran diri adalah satu usaha pemasaran yang direka bentuk untuk menanam, minat, perhatian dan kesukaan pihak sasaran kepada seseorang. Contohnya ahli-ahli politik cuba berucap gelagat kontraversi untuk mendapat perhatian dengan tujuan untuk mempengaruhi dan meraih sokongan undi dari para pengundi.

Pemasaran idea pula mengenal pasti dan memasarkan isu-isu sosial atau idea kepada  masyarakat contohnya apa yang berlaku akhir-akhir ini bahawa umat Islam dirayu oleh PAS supaya tidak perlu bimbang dengan DAP kerana mereka tidak pernah anti Islam dan anti melayu dan umat islam dijamin dibawah pemerintahan mereka.

Untuk menyakinkan masyarakat melayu-Islam masjid dan suraulah medan atau pasar yang paling sesuai kerana itu adalah institusi yang paling tinggi penghormatannya bagi umat Islam. Jika ruang pasar elit bagi umat islam ini ditembusi bermakna DAP telah mencapai standard atau piawaian yang diminta oleh umat Islam.

Harga atau kos promosi itu tidak mahal. Memadai 1000 ringgit atau lebih kurang buat belanja kopi penganjur !. Atau itulah mungkin harga umat Islam.

Woi… murahnya !!!

6 comments:

Anonymous said...

SUARA MAJLIS,

Penghujahan yang baik, disamping
meluaskan pemaknaanPASARAN,Merangkumi Benda dan bukan benda, bagi melepasi dan merentasi batas pemahaman Pemasaran secara konvensional.

Penghujahan SUARA MAJLIS akan lebih baik dan bertambah mantap juga jika sauada meneliti posting Dr. Asri mengenai isu yang Suara majlis perkatakan, baru lah dihidang sebagai "gulai kawah Daging Cincang" lebih lagi di masak tempoyak dari durian HC di dusun B, amat enak dan sedap. Fahami Maksud gua ini secara makrifat nya jangan secara harfiah nya.


Selamat berbuka Puasa bila tiba waktu, bila azan magrib berbunyi. Orait.

Anonymous said...

SUARA MAJLIS,

Penghujahan yang baik, disamping
meluaskan pemaknaanPASARAN,Merangkumi Benda dan bukan benda, bagi melepasi dan merentasi batas pemahaman Pemasaran secara konvensional.

Penghujahan SUARA MAJLIS akan lebih baik dan bertambah mantap juga jika sauada meneliti posting Dr. Asri mengenai isu yang Suara majlis perkatakan, baru lah dihidang sebagai "gulai kawah Daging Cincang" lebih lagi di masak tempoyak dari durian HC di dusun B, amat enak dan sedap. Fahami Maksud gua ini secara makrifat nya jangan secara harfiah nya.


Selamat berbuka Puasa bila tiba waktu, bila azan magrib berbunyi. Orait.

azizan said...

Terima kasih bro. hantar dua komen yang sama. hi hi hi

azizan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

SM,

Maaf tertekan 2 kali, bro anggap saja sebagai emphasize atau penekanan . Apa respond Bro, jadiakan dialog, baru ada semanggat nak komen.


TQ

azizan said...

silakan saya gembira saudara melawat dan memberi komen. Saya membincangkan tentang pasar yang dijadikan oleh PAS pada ketika ini dimasjid adalah keterlaluan menimbulkan kesan yang mendalam kepada kita kerana kita rasa terhina apabila kafir harbi memperalatkan sibodoh untuk promosi DAP dengan sedikit bantuan mereka sangat kagum menadahnya. Maaf saya tidak terbaca artikel Dr.Asri jadi saya tidak dapat mengupasnya. InshaAllah saya baca.