SINGAPURA DILANGGAR TODAK


Masih saya ingat kala pemuda Malaysia mengadakan pertemuan dengan KNPI – Kesatuan Nasional Pemuda Indonesia diJakarta beberapa tahun lalu, seorang pemimpin KNPI telah membicarakan tentang Singapore. Dia sesal dengan Tengku Abdul Rahman Putra PM pertama Malaysia menyerahkan Singapore kepada Lee Kuan Yew.
Saya bertanya mengapa begitu?. Katanya "kalau Malaysia terlalu pusing menguruskan Singapore kerana keranah Lee Kuan Yew mengapa tidak diserah saja kepada Indonesia ?". Saya tercengang.  "Sudara carilah jawapan sendiri. Titik." sambungnya.
Singapore adalah sebuah bandaraya pulau, satu wilayah yang 'simple'. Laksana itu, ia mempunyai komponen sempadan wilayah, kerajaan, rakyat, undang-undang dan kedaulatan maka Sains politik kata itu adalah ciri-ciri  sebuah negarabangsa. Bagi saya sebenarnya Singapore jauh dari konsep itu.
Ia tidak boleh terlalu kembang hingga saban kali menyebut model sebuah negara  ada pihak menuding jari keselatan  "lihat Singapore'. Kalau ada masa panjang sering saya canggahi pendapat itu.
 Saya pernah bertengkar dengan seorang  ADUN DAP Leong Ngah Ngah  dari Triang dalam Sidang Dewan Pahang yang selalu merujuk kepada Singapore. Sikit-sikt Singapore. Tidak sah kalau tidak menyebut nama Singapore dalam ulang  kali ucapannya.  Singapore kitab suci bagi DAP.
Akhirnya, suatu hari dia mengaku apa yang saya katakan benar setelah dia meneliti semula teks saya yang dia minta copynya. Dia kawan baik saya kerana  selalu bersamanya . Orang lain takut berkawan dengannya.

Dikala itu hanya DAP seorang sahaja pembangkang diPahang. Lagipun pada ketika itu DAP tidak macam sekarang DAPig. Kalau sekali sekala minum tea tarik apa salahnya?. Itu baru jiwa besar!.  Itu sebab Dato' Sri Adnan marah  agaknya , langsung  potong leher  saya PRU berikutnya. Saya tidak fikir Tok Nan berjiwa kecil.
Menguruskan sebuah kotaraya agak mudah berbanding dengan  memerintah sebuah negara seperti Indonesia, Pilipines, Malaysia, Thailand dan Vietnam contoh yang paling hampir dengan kita.
Kepimpinan Singapura tidak perlu kebijaksanaan yang luar biasa untuk memerintah sebuah Dewan Bandaraya.  Sebaliknya lebih sedikit dari seorang 'Datuk Bandar atau Mayor' sudah memadai.
Sebab apa saya kata begitu ?,  kerana dia hanya mengurus satu kumpulan manusia dalam satu kawasan bandar samada politik, ekonomi, sosial, budaya agama dan berbagai lagi.
Mengurus sebuah bandaraya dengan penduduknya berkerumun hanya bergantung kepada kehidupan yang tidak banyak hala tidak serumit pemerintahan dimana rakyatnya bermacam-macam halkah membina kehidupan.
Singapore tidak ada masalah petani padi, petani caca marba,  nelayan selagi ada pantai,  penoreh getah, peneroka rancangan tanah, orang  Asli, Orang pulau, orang gunung,  setinggan dan sub-urban. Mereka tidak pernah kenal erti orang kampung.
Mereka juga tidak pernah terfikir bagaimana menguruskan sungai dan anak-anak sungai,mata air, pantai yang panjang, hutan-rimba, mineral, tasik, haiwan ternakan dan binatang liar atau mergastua malah tidak ada pengalaman menguruskan tanah milik permohonan rakyat  dan lain-lain. Paling tinggi mengurus longkang menyerupai sungai.
Mereka juga tidak pernah terfikir menguruskan pembangunan luar bandar, mengatasi masalah kemiskinan yang tegar, golongan  kanak-kanak yang kurang zat,  perbezaan  kualiti hidup dibandar dan perdesaan dan banyak lagi.
Sebagai sebuah bandaraya, Singapura hanya perlu menyusun masyarakat secara teratur mengikut cita-cita politik pemerintah. Semua tanah milik kerajaan maka apa pun idea perancangan samada perumahan, komersial, rekreasi boleh diwarnakan mengikut selera.
Rakyat pun sebenarnya boleh disusun dan didisiplinkan dengan mudah ala askar kerana ia berada disatu kawasan dan segala maklumat mudah disampai. Dalam masa kurang satu jam sudah berkumpul disatu padang jika kecemasan. Mudahkan ?.
Singapura tidak perlu mengadakan bancian penduduk kerana maklumat kelahiran, kematian, manusia  keluar masuk setiap hari di update oleh Jabatan Statistik negara itu, padan dengan petikan dua jari pada butang sahaja.
Itu sahaja?  Tidak,  ada benda lain yang hendak saya sampaikan.  Sebenarnya Singapura ada penyakit 'rendah diri'  atas kekerdilan wilayahnya itu . Kita sambung lain kalilah. Cemus pula  cakap lama-lama tentang Singapore. Titik.
Kueh  raya ada lagi ?

1 comment:

Anonymous said...

Salam SM / MRD,

Sepitas lalu Singapore tiada beza nya dengan negara merdeka dan berdaulat yang lain, Seperti Malaysia, indonesia, USA, UK. Yang membezakan adalah Stratifikasi atau lapisan nya, dan letak duduk geografi nya samaada strategik atau tidak, minda penduduk nya darisegio kreativiti dan inovasi nya.

Oleh kerana itu, saya amat bersetuju dengan pandangan Sm bahawa memerintah negara singapore umpama memerintah bandaraya hongkong atau pun Kuala Lumpur. Singapore kalau umpama badan air hanya ada satu stratifikasi sahaja tidak seperti Makaysia ada empat stratifikasi, iaitu luar bandar , pinggir bandar , separa bandar dan bandar, begitu juga penghuni nya, memang rencam atau komplek.


Singapore tidak ada apa kelebihan dari sudut politik dan geografi nya berbanding Malaysia, melainkan human capital nya, itu pun sumbangan ekspartariat. Kelibehan Malaysia ialah natural resources nya, manakala pembinaan human capital nya sedang di majukan kan. Satu masa nanti Malaysia akan mengatasi Singapore seperti satu masa dulu zaman 70' an dan awal 80-an. Pokok nya kita perlu bersatu dan stabil politik dan keselematan nya. Jangan Cah keting , dengki mendengki tapi saling kerjasama dan bantu membantu. Ini kekuatan kita.

TQ, kueh raya jangan makan sorang je.Jangan cemoh berkarya untuk saya mengkomen nya.