Lagenda nusantara sekitar abad ke13 mengisahkan tentang seorang raja mengarahkan rakyatnya dipulau Singa menahan lutut (betis) sebagai batas serangan ikan todak melompat dari laut kedarat menyerang manusia.
Muncullah seorang budak memerhatikan kedunguan dan kezaliman raja menjadikan rakyat sebagai banteng mati bergelimpangan. Budak itu, tampil menasihatkan raja supaya banteng manusia itu digantikan dengan batang pisang. Logiknya, apabila todak melanggar batang pisang akan tembus dan melekat lantas todak akan pupus.
Raja menerima idea itu dan berjaya, sebaliknya budak itu dibunuh kerana keegoan raja tidak mahu ada yang pintar mendiami pulau Singa pura itu ( negeri Singa).
Lagenda ini terlalu futuristik. Ada banyak futuristik penglipur lara dari zaman kezaman. Sekitar 1960an P. Ramlee, mengarah dan melakun layarkan "orang jual orang" dalam banyak siri filemnya. Hari ini kita sibuk dengan perkataan lain " permedagangan manusia" yang benar-benar menjadi perusahaan yang menguntungkan !.
Selepas lingkungan 600 tahun lagenda Singa pura dilanggar todak, peristiwa itu kembali dalam dalam realiti masyarakat Singapore selepas merdeka dari Malaysia 1965 hingga sekarang.
Singapore adalah sebuah negara demokrasi. Demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat untuk rakyat semua kita memahaminya. Demokrasi adalah keputusan berdasarkan suara terbanyak.
Mengikut catatan, Singapore terdapat tidak kurang lapan pertubuhan parti pilitik ia itu PKMS ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), PKS ( Parti Keadlian Singapura), PRS (Parti Rakyat Singapura), PSN ( Parti Solidariti Nasional), PDS ( Parti Demokratik Singapura), PP ( Parti Pekerja/Workers Party), DPP ( Demokratik Progressive Party ) dan PAP ( Peoples Action Party).
Sebenarnya walau pun diadakan pilihan raya umum Singapore, Setiap kali PAP menang semua. Tidak ada parti lain berjaya menembusi PAP. Oleh itu PAP memerintah secara mutlak . Hakikatnya, Singapore diperintah oleh system satu parti. Pembangkang hanya dilantik dari parti-parti politik yang tewas mengikut cita rasa PAP.
Di dunia ini banyak negara diperintah melalui sitem satu parti. Yang pasti adalah negara-negara sistem beraja (absolute monarchy), pemerintahan parti komunis, pemerintahan tentera, pemerintahan dictator, regim rampasan kuasa dan lain-lain termasuk negara demokrasi yang tidak liberal demokrasi seperti Singapore. Menampakan demokrasi kerana adanya pilihan raya umum sahaja.
Dalam konteks negara mundur dan negara sedang membangun, atau negara yang merdeka selepas perang dunia kedua semuanya mengaku bahawa mereka memerintah secara demokrasi hatta negara yang diperintah oleh regim rampasan kuasa pun mengatakan mereka demokrasi. Mereka mentafsir demokrasi itu bersandarkan helah mereka.
Mengapa saya kata Singapore tidak demokratik ? Mustahil sesebuah negara demokrasi calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya dari berbagai-bagai parti tidak ada seorang pun yang menang. Ini mesti ada masalah yang terkurung jika diresapi secara dalam. Tidak mungkin begitu.
Sebaik mana pun sesebuah parti politik pemerintah mesti ada kelemahannya. Amat mustahil juga parti-parti yang bertanding menghantar calon-calon yang sangat lemah dan tidak berwibawa. Melainkan calon-calon terbaik dari setiap parti itu takut untuk bertanding kerana berbagai halangan dan dugaan pahit akan dihadapi sebelum dan selepas pilihan raya. Pasti begitu.
PAP pasti menghalang sedaya upaya mana-mana ahli politik bijak dari parti lain kerana mereka tidak mahu ada model atau idola yang rakyat boleh lihat kepimpinannya mempengaruhi rakyat. Ia sangat bahaya kepada system. Jika terlepas juga mereka akan kawal secara lain sekurang-kurangnya memperlahankan volume suara dengan berbagai sekatan.
Tujuannya adalah bagi memelihara kuasa nepotisma dan kronisma dinasti politik PAP turun temurun. Mana-mana pihak yang lantang akan disanksi hingga tidak bersuara lagi.
Diversi selalu dilakukan kepada rakyat Singapura supaya tidak focus kepada apa yang berlaku disekitar kehidupan politik mereka. Rakyat Singapura selalu ditakutkan dengan Singa, harimau atau naga dikalangan negara tertangga yang hampir seperti Malaysia dan Indonesia. Malaysia selalu menjadi mangsa provokatif pemerintah pulau itu.
Contoh terbaru, LKY secara mendung tidak tiba-tiba hujan panas mengatakan Malaysia melakukan diskriminasi terhadap kaum lain oleh pemerintah. Saya tidak faham apa yang tersirat lainnya, melainkan apa bila majoriti rakyat Malaysia melompat, dia akan kata " look at your enemy!" kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati dengan 'musuh' diMalaysia. Rakyat Singapura akan kecut perut.
Inilah dilakukan oleh LKY sepanjang kehidupan politiknya. Sesungguhnya Malaysia tidak pernah terfikir bahawa Singapura sebagai jiran terdekat adalah menjadi musuh nombor wahid. Namun demikian Singapore sentiasa mengujudkan sensitiviti kepada rakyatnya dengan berbagai persediaan seolah-seolah bila-bila masa kan berperang.
Saya percaya, selepas LKY tidak ada lagi nanti gaya politik sedemikian. Fikiran rakyat Singapura akan lebih terbuka dan bebas kerana tidak ada lagi penyakat seperti LKY. Kepimpinan baru juga lebih bebas dari menyakat rakyat, kerana tidak ada keuntungannya memerintah rakyat dalam psikologi sentiasa ketakutan.
Rakyat Singapura juga lebih terbuka dalam memilih kepimpinannya didekad akan datang. Calon-calon yang baik dari parti lain akan menang dalam pilihan raya apabila berlaku tsunami politik dinegara pulau itu suatu hari nanti. Itu saya pasti. Masa akan menentukan.
No comments:
Post a Comment