Kuasa-kuasa dunia masih lagi melebelkan dunia ini kepada tiga kelas utama iaitu negara maju, negara sedang membangun dan negara ketiga (mundur). Makanisma pengelasan menggunakan berbagai-bagai actor antarabangsa seperti PBB, WTO, Bank Dunia, IMF dan berbagai lidah lagi hingga negara sedang membangun dan dunia ketiga tidak boleh mempersoalkannya.
Tradisinya, negara Barat adalah negara maju. Negara sedang membangun dan negara ketiga (mundur) datangnya dari Asia atau sebelah Timur. Barat adalah penjajah dan timur adal terjajah. Itu mudah ceritanya.
Teori asalnya mereka mengelaskan kepada dua sahaja. Negara maju dan negara mundur. Tetapi selepas perang dunia kedua, negara-negara baru merdeka telah berazam dan melonjak ekonominya tidak tertahan hingga menjadi nadi kepada dunia, sukar bagi negara Barat menolaknya maka wujud kelas pertengahan negara-negara sedang membangun.
Kebangkitan beberapa negara perindustrian baru ( NIC) hingga dapat memecah tradisi Barat maka mereka memanggil " Harimau Ekonomi Asia" merangkumi Jepun, Korea Selatan, Hongkong, Singapura dan Malaysia sekitar tahun 1980-1990an. China dan India masih terkelas kepada dunia ketiga ( bahasa halus mundur) termasuk negara Asia- Afrika. Anehnya, negara-negara OPEC diTeluk tidak jelas dari kelas mana. Kelabu kerana kepentingan mereka besar disitu. Sekarang China, jauh berubah.
Dalam ruang terhad ini, saya mengambil pendekatan mudah untuk menerangkan apakah ciri-ciri negara maju mengikut perspektif Barat. Mengapa ciri-ciri itu sukar dicapai oleh negara sedang membangun ?.
Saya mengambil contoh mengapa sebuah hotel dilebelkan tiga bintang, empat bintang, lima bintang ?. Sekarang sudah naik lagi enam bintang. Sebelum ada enam bintang, lima bintang adalah tertinggi sekali. Tetapi setelah terlalu banyak lima bintang dicapai mereka menaikan lagi kepada enam bintang.
Ciri-ciri hotel lima bintang itu ada beberapa syarat utama: Dari jumlah biliknya dalam beberapa kategori, beberapa jenis lounge, beberapa jenis restoran, terdapat servis 24 jam, ruang arked perniagaan, business centre, sistem keselamatan, Spa, comfrence room berbagai saiz dan fesyen, kolam renang kanak-kanak dan dewasa, hall, kualiti bilik tidur, bilik mandi, berpuluh-puluh item bilik tidur, penthouse, golden lounge, pusat-pusat hiburan dan konsep dan menu hidangan, sistem telekomunikasi, kemudahan IT dan berbagai lagi. Tidak mudah untuk jadi five star.
Habis negara maju bagaimana?. Ada banyak syarat mereka tetapkan mengikut apa yang mereka ada. Sehingga ini Jepun dan Korea, Barat mendiamkan diri dalam pengiktirafan negara maju. Jika diikutkan, tidak ada negara barat setanding Jepun dalam apa segipun.
Yen, Euro, USD, Found sterling adalah mata wang kompetitif dunia. Rakyat negara maju sendiri pun kagum pada kejayaan Jepun. Toyota dan Honda pilihan utama di Barat. Bagi negara timur jepun adalah model negara maju. Tetapi barat tidak berkata apa-apa.
Ciri-ciri negara maju mengikut kacamata Barat adalah negara-negara yang teras ekonominya adalah perindustrian, pendapatan perkapita diparas tertentu, sistem politik demokrasi liberal, sistem kewangan liberal, ekonomi liberal, penarafan kesihatan dan insuran, tahap pendidikan, keselamatan dan berbagai lagi mengikut kejayaan mereka diBarat.
Semua ciri-ciri itu diperhalusi lagi. Contohnya bidang perindustrian adakah industri kapal laut, kapal udara, kenderaan darat, penyediaan logistic peperangan, sektor perkhidmatan dan lain-lain yang mereka ada mengikut produk keperluan manusia sejagat.
Contoh lagi, bidang pendidikan dari ibu mengandung, bayi, pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga keuniversiti. Universiti pula berapa banyak dalam ranking dunia dan ranking keberapa. Begitulah seterusnya jika diperincikan setiap cirri itu.
Pada asal industri sebagai batu pancang negara maju. Bila Timur sudah meluas industri. mereka mengangkat lagi ketahap kemajuan IT. Sekarang Timur bertapak luas dalam IT. Selepas ini apa pula syaratnya?. Industri nuclear?, angkasa lepas?, tinggal diMarikh, atau berkomunikasi dengan makhluk asing ?. Wallahu 'alam.
Kita sedang merangka pendapatan tinggi sebagai memenuhi tuntutan negara maju. Setelah kita capai nanti banyak syarat lain pula yang tidak terpenuh. Sebagaimana saya katakan tadi pendapatan perkapita yang tinggi adalah satu cabang dari syarat ditetapkan banyak perkara. Andainya kita lengkap ada syarat baru yang kita masih belum dengar.
Habis, tidak capai status negara majulah Malaysia?. Ya. Tidak ! Tidak tercapai. Sebab bagi mereka bangsa Timur tidak boleh sama taraf maju dengan mereka.
Habis macam mana?. Mudah. Issh... kamu ini sentiasa mudah ! main-main, serius ini ! cakaplah !. Ya, memang mudah jika kita mahu jadi negara maju setelah kita berusaha sampai bertungkat paruh. Begini:
Sampai sahaja tahun 2018, kita sediakan 1001 cara untuk memberi tahu dunia bahawa kita jadi negara maju pada tahun 2020. Gunalah apa cara sekali pun. Kita lantik perunding dari barat juga dan kita bayar berapa mereka mahu. Janji matlamat kita tercapai. Kita perah keringat mereka untuk barat mengakui kita negara maju. Untuk keluarkan air dari lubang telinga mesti air juga. Kepercayaan Barat pada Barat juga !.
2019 kita war-warkan bahawa kita sudah negara maju. Masuk tahun 2020 kita rayakan setahun bahawa kita meraikan kejayaan kita sebagai negara maju. Jemput Raja England melancarnya. Media, minta banyak komen dari orang barat yang kita planted. Kemudian setiap tahun kita tetapkan tarikh perayaan negara maju. Kita harus berani mendabik dada bahawa kita telah menjadi negara maju. Barat tidak boleh kata apa. Jika mereka kata pun kita buat pekak sahaja. Lama-lama mereka terpaksa terima juga.
Kita lihat sahaja Melaka. Sudah mendabik dada negeri maju 2010. Melaka maju 10 tahun lebih awal dari persekutuan. Kita pun sendiri was-was apa asasnya? . Perkapitanya masih rendah dari Persekutuan !. Tetapi Melaka berani, Datuk Wira Ali Rustam berani buat muka selamber – " MELAKA MAJU 2010" siapa berani kata apa?. Lama-lama nanti dunia akan terima juga. Seperti adidas Siam .Hari ini ramai pelancung barat pakai adidas Siam dan Jam Rolex dari Hongkong. Murah dan cantik diPetaling Streets. Peduli apa?, Negara maju itu hanyalah satu propaganda sahaja. Mana negara bangsa boleh jadi sebiji sama seperti keluar dari kilang. Asalkan kita ada ciri-ciri asas titik.
Yakinlah bahawa kita tetap negara maju tahun 2020 !.
2 comments:
SM,
Alas!, peduli apa kita dalam kategori mana pun kita. Maju ke, mundur ke, membangun ke?. Itu semua manifestasi KEEGOAN Dunia Barat dan Ahli ekonomi dan politik mereka untuk mengekal kan dominasi mereka. Apa kah itu realiti?. Itu hanya hayalan semata untuk menjustifikasi keperkasaan mereka.
Yang penting bagi kita, Orang Malaysia dan negara Malaysi kita dapat hidup aman damai, makmur ekonomi nya, jenayah terkawal, politik stabil, kerajaan yang kuat dan kukoh yang berjiwa rakyat, rakyat yang menerima hakikat berbagai bangsa, berbilang budaya dan ugama yang di pandu oleh pelembagaan negara. Kemana saja aman damai, tiada kekangan beribadat, senang cari rezeki dan harta, tidak mengambil dan merabus hak orang lain. ITU Kita sudah Maju dalam acuan kita.
Loh...SM.. Tamadun negara dan bangsa kan bersileh ganti, dari empire ROM barat dan Timor ke tamadun Islam, empire Genghis Khan, Kuasa Bipolar USA - USSR, Kuasa Unipolar USA, sekarang di jangka di gantikan pula oleh KUasa sebelah timur, CHINA dan INDIA? masa nya mendatang.Semua tidak kekal dan dapat bertahan, semua menuju kepupusan dan akhir nya mati. Sekarang senjata penjajahan adalah ekonomi dan ICT, tidak lagi lembing, keris, panah, bom dan meriam. ICT adalah senjata paling ampuh kerana menguasai MINDA.Ini Lebih dashatkesan nya berbandin NUKELIAR. Wah...kita kena selalu BERWASPADA dan Mencurigai! apa kah tujuan dan maksud......nya.
TQ
saya sangat setuju apa kata lesungindek. Tahniah dan terima kasih sdr LI, berani dan jiwa waja. Kalau ramai orang macam sdr Malaysia boleh hidup lama. Sekarang ramai yang nak memulas sahaja kah..kah..kah..
Post a Comment