TEORI adalah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan atau pendapat yang menerangkan sesuatu. Kali ini saya udarakan satu idea tentang peperangan politik pilihan raya secara umum.
Samada ia logik atau tidak teori juga memaknakan bahawa sesuatu pendapat itu tidak semestinya logik. Ianya adalah satu kaedah brainstorm agar otak aktif berfikir melihat disebalik perkara yang tidak logik ada logik.
Dalam bahasa yang paling mudah, teori itu satu agakan atau jangkaan berasas. Contohnya seseorang itu sentiasa pakai topi akan menjadi botak. Mungkin dia telah botak atau jika siang malam tertutup, rambut akan luruh dan akhirnya botak.
Sebagai mana pada artikel yang lalu bertajuk semua perkauman, saya menerangkan bahawa berbagai parti diMalaysia adalah diasaskan oleh perkauman kerana dominasi keahliannya. Teorinya begini:
UMNO lwn DAP = MCA lemah
MCA lwn DAP = UMNO kuat
MCA lwn PAS = UMNO lemah
UMNO lwn PAS = DAP lemah
Kita tinggalkan dahulu Gerakan, PKR, MIC , PPP. MIUP dan Makhal Sakti . Dan medan perbincangan ini kita sempitkan diSemenanjung sahaja.
UMNO LWN DAP = MCA LEMAH?.
Baik, UMNO adalah parti orang melayu dan bumiputera. DAP adalah parti dominasi kaum China. Apabila UMNO menyerang DAP dalam peperangan itu akan banyak isu-isu kaum China dibangkitkan. Ia pasti melibatkan perkara sensitif.
Pertentangan mungkin menjadi kasar yang boleh mendatangkan perasaan benci antara kaum China dan Melayu. Melayu semakin bersatu dan China pun semakin bersatu. Bagi kaum China mereka tidak bersatu dibawah MCA sebalik memilih DAP sebagai juara mereka. Jadi MCA akan lemah.
Soalnya mengapa UMNO terpaksa berperang dengan DAP Jika boleh melemahkan MCA ? Ini kerana MCA tidak menyerang DAP, alih-alih DAP tidak perlu mempertahankan diri dari MCA maka ia menyerang UMNO.Bukan UMNO sahaja, sebalikya menyerang semua institusi tunggaknya melayu. Mengapa MCA tidak menyerang DAP ?.
Ada tiga sebab utama : pertama disebabkan masalah dalaman parti itu hingga hliang punca dan kedua, sifat menyerah dan berpendapat jika DAP menang pun mewakili kaum China juga. Pihak yang kecundang adalah pemimpin. Ketiga, ingin membuat perubahan kepada pemerintahan baru. ( akan datang saya akan terangkan kesan jika berubah pada yang baru).
MCA LWN PAS = UMNO LEMAH
Jika MCA berperang dengan PAS, MCA akan mengutuk PAS yang keahliannya orang melayu ( walaupun mereka tidak mengaku melayu). Jika terlanjur cakap tentang Islam maka ia mengusik sentimen orang Islam tidak kira PAS atau UMNO. Pada ketika itu UMNO dilihat lemah kerana tidak dapat mengawal rakannya, maka sokongan kepada UMNO lemah.
Tetapi sejauh ini tidak berlaku kerana UMNO sentiasa bersedia berhadapan dengan PAS dalam apa keadaan . Sekali sekala berlaku ia tidak mendatangkan kesan besar.
MCA LWN DAP = UMNO KUAT
Mengikut rekod masa lampau MCA beradu jantan dengan DAP sebagai musuh utama. Peperangan besar dalam PRK atau PRU berasaskan kaum China. Kedudukan MCA sentiasa mendapat sokongan kaum China. Paling lemah berkedudukan 50-50.
Kekuatan MCA itu menjadikan UMNO ikut kuat. PRU 12, MCA tidak kuat maka UMNO ikut lemah.
UMNO LWN PAS = DAP LEMAH
Jika UMNO kuat menyerang PAS, DAP jadi lemah. Dengan syarat MCA menyerang DAP kerana penyumbang kepada kekuatan DAP adalah melayu dari PAS.
Dalam penuh tumpuan UMNO + MCA lwn DAP + PAS tiba-tiba parti underdog PKR berdesus naik . Parti Gerakan tergusur diPulau Pinang. PRU 12, BN tidak menduga PKR memecut kehadapan dan MIC + Gerakan begitu lemah.
PRU 13, UMNO lebih Fokus kepada PAS dan PKR. MCA + Gerakan + MIC + MIUP+ PPP+ Makhal Sakti harus Fokus berhadapan dengan DAP + PKR ( bukan Perkasa). Ia harus bersedia dari awal. UMNO sebagai tulang belakang BN wajar memberikan tumpuan kepada BN bukan lagi menumpu kepada masalah dalaman UMNO.
Sebagaimana yang saya katakan tadi, teori adalah pendapat tidak semestinya logik. Logik pun betul dan tidak logik pun betul. Lor... begitu pula. Habis yang mana satu?. Jawabnya mudah – dua-dua betul kerana berada dalam rangka unjuran akan berlaku.
Teori ini betul sebenarnya boleh dipakai. Tetapi kerana semua pihak boleh membacanya maka mungkin tidak berkesan. Dalam perang kedudukan askar dan strategi yang sama-sama tahu jalan masing-masing menjadikan perang itu sia-sia. Lambat dan membazir.
Sebenarnya ada buah lain lebih berkesan. Itu rahsia.
2 comments:
Saudara SM,apa teori atau idea yang di lontarkan yang pasti dalam keadaan apa sekali pun,buat masa ini UMNO YANG LEMAH,LEMAH DARAI SEMUA SUDUT,MUNGKIN TERLALU LAMA SANGAT MENJADI TUNGGAK PEMERINTAHAN NEGARA.Sokongan makin terhakis,kuasa pun sama,ORANG ORANG MELAYU SEKARANG RAMAI YANG BERSIKAP DIATAS PAGAR DARI MENYOKONG UMNO.Bukan disebabkan oleh parti2 lain begaduh menyebabkan umno lemah,jika UMNO KUAT PARTI KOMPONAN PUN SENYAP TAK BERKOKOK,MEREKA PUN TAKUT KEHILANGAN KUASA JIKA UMNO TERSUNGKUR, DATO,agak nya kalau kita chek betul2,entah2 banyak lagi yang lemahnya orang umno ne,rasa2nya termasuklah LEMAH TENAGA BATIN, i m sori hahaha. bukan parti komponan saja lari ne.orang rumah pun cabut....................
Salam SUARA MAJLIS@SM
Persoalan di sini apakah yang di perkatakan oleh SM itu TEORI atau HIPOTESIS?. Loh...jadi nya yang mana satu!. Justeru itu kita perlu perhalusi dan analisis ayat demi ayat sepertimana membaca tulisan Ahli Sufi atau karya falsafah.
Wah! dari pengamatan ana, apa yang SM nukilkan lebih condong kepada hipotesis daripada teori. loh.. telah diterima bahawa Teori itu terhasil melalui proses dan tengkat-tingkat nya ,iaitu pertama peringkat HIPOTESIS (Andaian atau sangkaan atau ramalan), peringkat kedua EKPERIMEN(ujikaji, penghasilan data, data dianalisis dari darjah keyakinan melalui teknik statistik) dan Peringkat Ketiga terhasil nya TEORI yang perlu disokong oleh fakta empirikal. Contoh tak semesti nya orang bertopi iru botak, kerana pada hari jumaat orng kemasjid tutup kepala tapi tak botak, begitu juga petani dan pekebun juga pakai topi tapi tak botak, makna nya selagi penyataan tidak muktamad dan dihujah keyakinan , maka itu belum boleh dikatakan TEORI.
Jadi nya.. Pernyataan SM itu sedikit masuk peringkat TEori tapi lebih berbentuk PERSEPSI. Makna nya pernyataan itu perlu lagi disokong secara emperikal.Namun begitu apa yang SM perkatakan itu boleh dirumuskan sebagai makanan minda kita untuk menerobosi otak kita untuk beraktivitas. Loh.... begitu lah pandangan saya.
Post a Comment