BENCANA DI INDONESIA - RAKYAT MALAYSIA RASA BERBELAH BAGI


                                                            Gunung Merapi Jawa Tengah
INDONESIA- Gempa bumi sekuat 7.5 skala Richter dekat Sumatera Barat  Okt 26, 2010 seramai 113 tewas dan 500 lagi hliang. 150 rumah rosak dan 2000 pindah ketempat tinggi dari tsunami setinggi 3 meter ( anggaran 10 kaki) melanda-beberapa buah pulau kecil.
Kedua, Okt 26 juga, di Yogyakarta, Jawa Tengah  gunung Merapi telah mula memakan korban sekurang-kurangnya 25 orang  dan 20 cedera akibat letusan permulaannya. 11,400 disekitar GM diarah berpindah. Namun demikian pemerintah menghadapi kedegilan penduduk enggan pindah.

CATATAN PINGGIR
Rakyat Malaysia amat simpati kepada rakyat Indonesia yang sering menghadapi bencana secara mendadak melibatkan nyawa dan harta benda yang bukan kepalang.
Rasa ingin membantu itu tetap tertanam dihati. Bila ada egensi menyeru bantuan diperlukan sebilangan besar akan rasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan seadanya.
Tetapi sejak beberapa kali tindakan segelintir rakyat Indonesia menghina Malaysia dengan berbagai bentuk menggores perasaan, hati jadi berbelah bagi untuk memberikan bantuan. Terlalu sukar untuk sembuh, bila ianya berlaku berulang kali.
Kita sedar, yang terlibat didalam bencana itu tidak berdosa sama sekali. Tidak ada kena mengena dengan mereka yang terlibat. Tetapi pemikiran belum dapat memujuk perasaan  atas kelukaan yang diperlakukan oleh segelintir kecil rakyat Indonesia di Jakarta kemarin.
Tambahan pula sekarang pemikiran rakyat Malaysia sedang menumpukan perhatian kepada PRK Galas dan Batu sapi lantaran itu konsentrasi terhadap kejadian bencana alam di Indonesia agak kabur dan tidak mendapat perhatian.

5 comments:

Anonymous said...

Susah mau cakap.....tak tolong,... bangsa serumpun dan seagama. Bila tolong nanti bertambah sakit hati...

Semasa bencana kat Padang dulu, media sana tak sebut pun bantuan yang negara kita hulurkan malah dikecam kerana memberikan makanan dan ubatan yang dah tamat tempoh guna...ada penduduk sana yang menuduh Malaysia kejam kerana tak menghulurkan apa-apa bantuan kerana di spin oleh media sana....

Tindakan melampau segelintir rakyat sana yang membenci malaysia dengan memijak,membakar dan menyapu najis pada jalur gemilang kebanggaan kita amat menyakitkan hati...Biarlah rakyat mereka yang membenci Malaysia sahaja yang mengutip derma sesama sendiri dan membantu bangsa mereka sendiri...

TAK GUNA SUSU DIBERI TUBA YANG DIBALAS...BUNGA YANG DIBERI NAJIS YANG DIBALAS....

Anonymous said...

SETUJU DGN SAUDARA. kALI INI KITA JUAL MAHALLAH SIKIT, KONON2 NAK AJAR RAKYAT INDO YG TAK RETI BAHASA BERTINDAK BODOH KE ATAS RAKYAT KITA DAN KEDUTAAN KITA TU. aPABILA RAKYAT MEREKA BERTINDAK BANGANG, KERAJAAN MEREKA HANYA MEMANDANG DGN PANDANGAN BODOH, DIBIARKANNYA BERLARUTAN. SEKARANG MEREKA TENTU NAK MINTA TOLONG DRP JIRAN, HAAAAAI SAKITKANLAH LG JIRAN TERDEKAT INI DGN PELBAGAI KARENAH.

chenerong ular said...

Cuba kita kaji,kenapa Malaysia sahaja yang menjadi mangsa protes rakyat mereka sedangkan negara negara lain juga ada masaalah yang dihadapi seperti negara kita,isu perkerja,pembantu rumah dan lain lain ?.

Ianya di dalangi oleh pengahsut penghasut yang anti kerajaan melaysia yang ingin menjatuhkan maruah kerajaan di mata dunia,yang datangnya dari sini juga.

Cuma apa yang kita kesalkan sedikit,pembabitan media tertentu di sana yang mengapi apikan lagi sentimen tersebut,kerajaan nya juga tidak proaktif untuk membendung dari awal,bila bercakap,omongnya kita negara serumpun,

APA YANG MEREKA BUAT UNTUK MENJAGA HATI KITA YANG SELALU BERLEBUT YANG MUNGKIN DI ANGGAP ADIK ? yang ngak bisa melawan dan harus menuruti sahaja ?

cucu said...

Cucu said...
Kita sedih dan merasa sayu hati melihat derita yg ditanggung oleh rakyat Indonesia- dan kita semua akan bertungkos lumus menghulur bantuan wang ringgit,tenaga dan bekalan keperluan kepada semua mangsa.Tapi ingat! Semuanya ini akan hanya dilaksanakan setelah kita menerima permohonan maaf secara terbuka oleh pihak BENDERA diatas sikap kurang ajar mereka terhadap Malaysia tempoh hari.Kita juga mahukan pihak BENDERA membersihkan dan menyamak najis yg mereka gunakan utk mencemari Kedutaan Malaysia di Jakarta.Kita juga mahu BENDERA berjanji tidak akan melakukakn sebarang demonstrasi atau provokasi keatas Malaysia spr yg pernah mereka lakukan selama ini.Kiranya pihak BENDERA enggan memenuhi terma2 ini maka kita hanya boleh menyatakan simpati dan berdoa agar derita yg di alami oleh mangsa gempa dan gunung Merapi itu diringankan.Setakat itu sahaja ! Justeru,Terpulang lah kpd BENDERA untuk memilih yg mana yg lebih kritikal baginya...BENDERA harus sedar provokasi melampau mereka terhadap maruah negara ini tidak mudah dilupakan begitu sahaja oleh rakyat negara ini.

Azizan Yaakob said...

terima kasih rakan-rakan Anons, CU dan Cucu memang patut kita rasa terluka atas perbuatan BENDERA itu. Sekali sekala kita juga harus jadi manusia yang ada hati dan perasaan.