WOU... RUPANYA KUAT MAKAN RASUAH


INDEKS  rasuah, Malaysia ditangga ke56 dari 178 negara didunia. Transparency International (TI) Badan Pemantau Rasuah Antarabangsa hari ini menyiarkan indeks persepsi rasuah bagi 2010. Indeks berskala 0 hingga 10.  Sifar sangat kotor dan 10 sangat bersih dari rasuah.
10 negara teratas adalah  Denmark 9.3,  New Zealand 9.3, Singapura 9.3, Finland 9.3, Sweden 9.2,  Kanada 8.9, Belanda 8.8, Australia 8.7, Switzland 8.7, Norway 8.6 .... Malaysia 4.4  turun semata pada tahun 2009,  4.5.  
Sumber: Akhbar yang boleh dipercayai Ututusan Malaysia Okt27, 2010.

SEMBANG SENJA
Kajian ini adalah kajian persepsi dari berbagai pihak hanya TI Sahaja yang tahu kumpulan sasarnya yang tidak dinyatakan.
Bila persepsi sudah berkuku dalam otak adalah sukar untuk menghakisnya kerana ia adalah satu tanggapan atau sudut pandangan boleh jadi prasangka atau prejudis.
Walaupun sekarang mengandaikan rasuah tidak berlaku tetapi persepsi itu masih kekal hingga dapat dibuktikan secara saintifik gejala rasuah sifar. Bagaimanapun, indeks tidak naik mendadak.
Rasuah adalah penyakit negara-negara sedang membangun terutama dalam zaman peralihan dari masyarakat pertanian kepada masyarakat perindustrian. Mana-mana negara melalui proses ini sebelum menjadi negara maju.
Rasuah ada banyak cara. Wang dan bukan wang. Sesetengah pihak tidak gemar pada wang sebalik ia suka benda-benda lain.  Apa pula benda lain itu?  contohnya melancung, main golf, hadiah-hadiah lain seperti golf-set, kereta, tas tangan (wanita), alat solek  dan lain-lain.
Ada lagi yang paling ramai suka!.  Lor.. apa pula ?  Emm..  Betina ! kah..kah.. kah..  Ada ke yang suka jantan? Kah..kah..kah...  emm tak pernah dengar.
Rasuah akan sendirinya berkurang bila ditahap negara maju kerana rakyat berpendapatan tinggi dan pemikiran rakyat puratanya mempunyai pendidikan tinggi yang ramai.
Masalahnya diMalaysia rasuah itu satu usaha untuk menjadi kaya raya (jutawan).  Mereka kata bukan rasuah tapi komisyen. Sebab mereka yang pegang jawatan juga berniaga kah.. kah... kah..
Kalau begitu payah hapuslah sampai bila-bila.

No comments: