GALAS PASTI MENANG JIKA HAPUS CAS KETING SAAT AKHIR




PAS hanya menunggu  untuk menunggu air keruh dan mengharapkan ada pemain BN sumbat gol gol sendiri' kata DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden UMNO.

SEMBANG SENJA
Memang benar kata DS Dr Ahmad Zahid itu kerana BN tidak akan kalah jika tiada usaha cas keting istilah yang popular diKelantan. Cas keting bermakna,  membentes kaki orang yang berlari laju dari belakang menyebabkan ia tersungkur dan berguling-guling.
Cas Keting tidak memerlukan tenaga yang banyak melainkan dengan kuis sedikit  kaki pelari itu, menyebabkan kakinya tersangkut sedikit dari kaki sebelah lagi terus tidak boleh dikawal dan tumbang seperti  pokok yang ditebang.
Bila berlakunya Cas keting?. Emm cas keting tidak berlaku diawal-awal kempen. Ia berlaku disaat akhir. Jika mengundi pada 4 haribulan November, ia akan bermula pada  senja  3 november hingga kepagi 4 november.
Mengapa lewat ?, sebab tidak mahu dikesan oleh pihak lain. Mereka yang akan melakukan cas keting ini ada rangkaiannya tersendiri dan mereka telah menyenaraikan para pengundi  yang boleh ikut sama dan menyimpan rahsia.
Cas keting boleh terjadi antara kumpulan dalam politik, dikalangan saudara mara dan para penyokong tegar masing-masing.
Dengan itu, disaat akhir harus dijaga sebaik-baiknya kerana ia boleh berlaku dalam berbagai bentuk pada malam akhir sampai kepagi mengundi.
Makanisma mengawalnya harus bijaksana dan fikirlah jalan yang terbaik. BN telah ada pengalaman banyak menghadapi cas keting disaat akhir.
Tidak bermakna sama sekali penat berhari-hari dan belanja berjuta disaat akhir tidak dikawal dengan baik. Tidak ada cas keting, BN Pasti menang.

1 comment:

chenerong ular said...

Salam SM,cas keting?,lama amat doh berlakunya,tak kira dari parti politik mana sekali,tetapi yang ketara sekali adalah dari pehak parti2 yang berpayung di bawah BN,KHUSUSNYA UMNO.

Seperti yang saudara SPU tulis dalam posting terbaru beliau,KP Gua Musang mendiamkan diri,itu baru tak terpilih untuk bertanding.

Sesetengahnya pulak cas keting,kerana tidak terpilih menjadi calun untuk kali kedua atau kali seterusnya,maka bekas wakil rakyat tersebut berkabung,tak boleh keluar rumah membantu calun baru.ajak sekali penyokong penyokong cas keting,menda tidak sakit hatinya, baru sekali jadi wakil rakyat nama gugur,kata urrang kampung hakuk,tak puas lagi?

Sejenis lagi,bekas wakil rakyat tak lah seberapa marahnya tapi penyokong penyokong pulak buat hal tak puas hati boss tak di calunkan untuk kali kedua atau seterusnya,cas keting lagi ?

Keciwa dengan pemimpin pemimpin baik pemimpin baru atau lama,rasa tak puas hati ?,cas keting lagi.

Kurang berlaku kepada parti parti pembangkang kerana kuasa memerintah belum di perolehi LAGI,untuk ke PUTRA JAYA,TAPI BAGI KURSI DUN YANG DIPERINTAH PEMBANGKANG PERKARA YANG SAMA TETAP BERLAKU, IA ITU CAS KETING, BETES WEI.....

Saya yakin dalam PRU 12 DULU PUN ramai yang ajk UMNO bahagian sendiri yang tidak memangkah kepada BN,BAGI TIGA KRUSI DUN DAN SATU PARLIMENT DI JERANTUT INI.CAS KETING BELAKA WEI BILA KECIWA ? POLOTIK POLITOK POLITIK....