KEMPEN HALALKAN MARIJUANA (DADAH)

George Soros hartawan Amerika  menderma AS 1Juta (RM3.1juta) bagi kempen menghalalkan dadah di California melalui inisiatif dimasukan dalam pilihan raya November 2, 2010 ini.
Kempen ini bertujuan supaya kerajaan membenar penggunaan dan perusahaan (beniaga), mengawal dan mengenakan cukai kerana penting bagi menyelamatkan berbilion USD wang rakyat yang membayar cukai bagi digunakan untuk menguatkuasa undang-undang dan kos penahanan penyalah gunaan dan pengedar dadah.
Dengan halalnya seluruh aktiviti dadah,  polis boleh memberi tumpuan kepada jenayah berat, mengelak rasuah, serta perlanggaran hak asasi kerana ramai ditahan untuk siasatan.
Kempen Proposition 19 atau Regulate, Control and Tax Cannabis Act of 2010 membenarkan had umur kebebasan memiliki, mengguna dan menghantar (perusahaan) untuk kegunaan sendiri adalah 21 tahun keatas.  Ref: Utusan Oct28, 2010: 18.

CATATAN PINGGIR
Beberapa tahun lalu saya berada diAmsterdam, Belanda saya tergamam apabila beberapa restoran menghidangkan menu dadah bersama dengan senarai minuman keras, kopi dan snap. Apa jua jenis ada disenaraikan. Pesan dan terus berdengong.
Apabila negara meningkat menjadi sebuah negara maju liberalisasinya sangat tidak terhad lagi. Tiada sempadan  dan tidak ada sekatan terhadap kebebasan individu.
Pembayar cukai atau tax payer akan mempersoalkan kerajaan jika menggunakan wang bagi perkara seperti usaha pemulihan, kos penahanan aktiviti dadah atau apa sahaja yang dianggap membazir.
Mereka hanya percaya kepada setiap individu dewasa bebas dan pandai-pandailah bawa diri.  Mereka boleh pilih warna mereka sendiri samada mahu hidup lama atau mahu mati cepat. Fikir sendiri.
Sebagai sebuah negara sedang membangun diMalaysia penegasan terhadap penyalahgunaan dan pengedaran dadah tidak ada tolak ansur dan mandatori. Kerana kita percaya, sebahagian rakyat tidak tahu membawa diri. Ia membawa kesan balik kepada kesejahteraan sosial dengan berbagai penyakit berjangkit, jenayah berat dan pengeksploitasian oleh pihak yang ingin membuat kekayaan mi maggi.
Soalnya, jika undang-undang memiliki, mengguna, membawa dan mengusaha dadah itu terhad kepada usia 21 tahun keatas adakah ia memberi jaminan tidak terkembang kepada remaja dibawah umur itu?. Tidak kah usaha mencari pasaran merebak kebawah umur yang tidak pandai bawa diri?.
Bagi negara-negara kapitalis liberal mereka tidak peduli itu semua. Jika tidak masakan ada undang-undang perkahwinan jantan sama jantan dan betina sama betina kah...kah...kah...
Woit... lambat sangat negara maju... 9 tahun lagi ketahun 2020 tak sabar-sabar rasanya. Nak buat undang-undang boleh kahwin jantan sama jantan kah..kah..kah.. sedap ke?  huhuhu. Agak sedap sangat sebab itu ada orang tak serik-serik  kah..kah..kah...
Woit... gempa bumi woy...kah..kah..kah..
Woit... Bumi terbalik woy..kah..kah..kah..
Woit... Tak percaya Tuhan ke....?

No comments: