GALAS – UMNO/BN BERSIKAP DEFENSIF AKAN KECUNDANG



PROF Datuk Dr.Mohd Yusof Hussein bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang sekarang sebagai Rektor Kolej Islam  Darul Redzwan melebelkan PAS  tiada Akhlak serta pengamal fitnah.  PAS juga sarat dengan emosi dan tidak amal kehidupan Islam asal cita-cita politiknya tercapai.
PAS  juga tuduh UMNO tidak amalkan ajaran Islam dan tidak memperjuangkan Islam. Tidak membela Islam. UMNO hanya memperkudakan Islam disamping gagal menangani masalah murtad. Ulama' UMNO hanya untuk tahlil, doa dan marhaban.
Lazimnya PAS melebelkan Ulama yang berkhidmat dengan kerajaan juga sebagai Ulama' UMNO-BN.

CATATAN PINGGIR
Itulah ulasan Prof. Datuk Dr.M Yusuf terhadap risalah bertajuk 'jangan sokong uMNO yang disebar dari rumah kerumah di Galas.
Itu antara strategi PAS yang bersifat ofensif agar UMNO tercungap-cungap menjawab segala tuduhan itu. Oleh itu, UMNO terpaksa menjawab tuduhan itu akhirnya tidak dapat mengupas isu-isu lain bagi membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang tidak Islamik dan gagal membangunkan umat Islam.
Taktik ofensif jarang dilakukan oleh UMNO-BN. Sebaliknya UMNO sering bersifat defensif  dalam peperangan politik tersebut. Walaupun UMNO mempunyai jentera yang besar dan kuat tetapi terhimpit kedinding dengan kaedah bertahan. Padahal ia boleh menyerang balas dengan berbagai jenis senjata yang dimiliki.
Kadang kala, sikap serdahana uMNO-BN merugikan. Contohnya, mengapa UMNO-BN perlu menjawab isu-isu umpama diatas hanya dalam ceramah-ceramah sahaja?.
Mengapa UMNO tidak mengadakan spontan risalah mempertahan dan sekali gus menyerang dengan risalah-risalah juga?. Bukan semua orang datang keceramah-ceramah. Jika mereka main risalah rumah-kerumah, UMNO-BN juga rumah kerumah.  Risalah penting dalam perang psikologi. Sekurang-kurangnya dengan balasan risalah-risalah itu kedudukan menjadi neuteral.
UMNO dan BN selalu cuai dalam serangan risalah-risalah yang bertebaran hingga masuk kerumah. Dengan masa yang ada sebelum mengundi UMNO-BN harus bertindak pantas mengadakan serangan balas itu.
Begitu juga pemuda UMNO hanya mengadu kepada media bila serang hendap terhadap poster-poster dan kain rentang yang diruntuh, dicat dan dibakar sebagainya.  Sedangkan ia boleh diadakan serangan balas. Apa bila berlaku ketegangan maka akan ada perundingan. Pada ketika itu win-win boleh dibentuk. Ini biasa, jika pemuda UMNO ada komandonya sendiri.
Serangan dari berbagai-bagai sudut, taktik dan pendekatan samada ceramah, mata-kemata( man-to man), body contack, media cetak, media letronik, media baru serta risalah dan lain-lain wajar digerakan dengan berkesan.

1 comment:

oRang kAmpong said...

Sy amat setuju dgn dato kita terlalu defensif.bab risalah ni kita memang jauh keterbelakang.sungguh pun le ni semenjak 2 menjak ni para blogger kita amat aktif sekali taniah kpd dato n the geng xp dato masih blm cukup bab pak ngah pak de dan tokki takyam xbaca blog.aaaaa disini RISALAH tu penting.kumpulan sasar.omputih ckp target group.elok kita tubuhkan oh pocot bukan kita AMANO tubuhkan jawatan risalah atau dlm PAS dipanggil jawatan FITNAH MEFITNAH ada betoi dato.klu ada jawatankuasa TOMPANG SEKAKI dato jgn lupa kwn.bab2 menyampok ni itulah kerje kwn.