PERJANJIAN SULIT- TIDAK PERLU BUKTI TAPI TINDAKAN




PERJANJIAN sulit atau perjanjian hantu  sukar dibuktikan melalui sebarang bentuk dokumen kerana ia lebih kepada perjanjian mulut tanpa dokumen bertulis, rakam dan tanda tangan sebagainya.  Tidak sama dengan perjanjian pangkor atau Englo-Dutch .
Perjanjian mulut tanpa minit itu lebih kepada bentuk 'gentleman agreement' dan percaya atas kejujuran setiap patah perkataan.  Inilah budaya taiko atau mafia dalam apa janji, arahan dan hukuman.
Apa yang perlu difikir, imbas dan lihat adalah kesan motivasi dan tindakan dari perjanjian sulit itu. Sebagai contoh ' hak autonomi Pulau Pinang kepada DAP' telah mula dilangsungkan dengan pemusnahan kepada pertapakan orang melayu diPulau Pinang. Itu satu daripada langkah permulaan.
Kita tidak mahu jadi bebal dengan mencari bukti-bukti perjanjian hantu itu kerana ia bukanlah satu kontrak biasa. Jika ada individu yang ada intergriti  atau sumber boleh percaya membongkar bayangan kandungan rahsia itu menandakan ia ada asas.
Rahman Manap bekas calon DAP Pulau Pinang meluahkan pengalaman keterlibatannya dalam DAP mengatakan DAP adalah total ekstrimis China dan anti melayu serta cita-cita meruntuhkan kekuasaan melayu dengan memperalatkan melayu.
DS Anwaar  bertindak sedemikian rupa atas alasannya ia dikhianati dengan selalu membangkitkan perjanjian Demang Lebai Daun dan Sang Sepurba. Khianat dibalas khianat itulah  jalan mengatasi dendam kesumatnya kepada pemimpin melayu sekali gus orang melayu secara umum.
Pertemuan antara dua 'niat' ini tidak hairan jika berlaku perjanjain sulit itu. Perjanjian sulit itu dibuat bagi mengelabui mata PAS. PAS masih diragukan walau pun Nik Azis mempunyai dendam yang sama terhadap UMNO. Mereka masih meragui PAS kerana berpendapat 'air dicincang tidak akan putus' walaupun sudah beku menjadi air batu. Sejarah terbukti 1970.

No comments: