Kenaikan harga air 25 hingga 44 peratus dikedah adalah tinggi dan tidak sepatutnya naik begitu rupa kerana kedah adalah negeri sumber air yang melimpah ruah berbanding dengan negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka.
Masalah bekalan air akan semakin genting dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat pada masa hadapan. Ia boleh jadi mendadak dan kritikal. Apabila Kerajaan negeri tidak begitu indah kepada sistem pengawasan, baik pulih loji-loji lama yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN. Kerugian, akan mengurangkan tabung baik pulih dan pengawasan terhadap loji, main pipe, paip pencawang dan sebagainya.
Di Kedah sudah mula ada demonstrasi kenaikan harga air dan menghatar memorandum ketidak puasan rakyat. Mereka juga minta supaya MB meletakan jawatan. MB sendiri mengakui demo itu digerakan oleh ahli partinya sendiri.
Jika bukan partinya sendiri menganjur demo sudah tentu tertutup isu air dan menjadi isu politik. Merapaklah tin kosong berbunyi mengatakan UMNO sudah meragam. Tidak demokratik dan usaha mengguling kerajaan cara tidak sah.
Tanpa sedia mendengar keluhan rakyat MB Kedah mengatakan bahawa yang menganjurkan demo itu adalah dikalangan orang yang sering bermasalah dan ditolak dalam masyarakat serta tidak berpengaruh. Betul ke begitu?. Cuba buktikan ada tidak ada pengaruh sekali lagi !. Sambut cabaran itu kalau anak jantan . ha ha ha..
Sepatutnya MB tidak membuat komen awal sedemikian, sebaliknya menerima memo tersebut dan sedia mendengar keluhan rakyat dengan dada terbuka. Seorang pemimpin adalah seorang pendengar yang baik dan bukan seorang 'pelebel ' yang baik. Mudahnya menjadi MB, hantar memo sahaja keluar cop didahi. Cop orang tidak laku.
Akan datang waktunya empat perkara melanda Kedah iaitu asal usul manusia ' tanah, air, api dan angin'. Bila tertekan rapat ketanah, bila kehausan air, bila api padam dan rakyat naik angin'.
Sekarang ' dah mula tahu' langit menimpa kepala.
1 comment:
DATO NEGERI2 yang bedekatan dengan sempadan harga air kena mahal dato,kerana ramai sangat orang2 luar yang datang berkunjung membazairq air,orang kedah tau perlis,penang jarang2 membazir air,ORANG LUAQ YANG MAI SINI BAZIR AIR,PANCUT SANA PANCUT SINI,TU SEBAB DEPA DOK PENAIK HARGA TAK BERI MEMBAZAIRQ,DATO MAI LAH SINI.HA HA HA
Post a Comment